Monday 10 December 2012

Rumpai Laut Herba Untuk Kesihatan Dan Kecantikkan

Rumpai Laut


SELEPAS Indonesia dan Filipina,
Malaysia berada di tangga ketiga sebagai
negara pengeluar utama dunia bagi
tumbuhan akuatik rumpai laut. 
Penternakan rumpai laut Dilaksanakan di kawasan perairan 
timur laut Sabah iaitu sekitar Semporna,
Kota Belud dan juga Kudat, aktiviti ini telah bermula sejak lebih 30 tahun lalu. 



Perubahan cita rasa pengguna terhadap makanan yang
mudah sedia, berkhasiat dan tanpa kesan sampingan dijangka meningkatkan permintaan terhadap rumpai laut.

Pengeluaran rumpai laut basah dijangka
meningkat daripada 149 ribu tan metrik pada
tahun 2010 kepada 900 ribu tan metrik pada
tahun 2020 iaitu sebanyak 19.7% setahun
Nilai eksport bagi rumpai laut dalam bentuk
kering dan produk karagenan dijangka meningkat daripada RM235 
juta pada tahun 2010 kepada
RM1.4 bilion dalam tahun 2020. Selain pasaran tempatan, rumpai laut malaysia turut dieksport ke China, Jepun dan Denmark.



Melihat kepada pengeluaran dan permintaannya yang begitu tinggi, tentu ada bertanya apakah sebenarnya kegunaan rumpai laut. 

Rumpai laut berpotensi untuk digunakan sebagai makanan manusia dan
makanan ternakan. Karagenan yang dihasilkan daripada rumpai laut digunakan dalam pelbagai industri seperti 
farmaseutikal, kosmetik,
penapisan, pengawetan, pembuatan biomaterial serta industri makanan sebagai bahan penstabil dan agar-agar.
Rumpai laut juga digunakan sebagai makanan haiwan dan baja. Sebagai makanan haiwan, boleh diberikan kepada kambing, lembu, kuda dan  ayam.
Pertumbuhan haiwan ternakan boleh meningkat dengan cepat memandangkan rumpai laut kaya dengan mineral dan vitamin. 

Lembu yang diberi makan rumpai laut juga didapati menghasilkan susu yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Sekiranya ayam diberi makan rumpai laut, telur yang dihasilkan didapati mempunyai kandungan iodin yang tinggi. Masyarakat di pinggir laut juga menggunakan rumpai laut sebagai baja.  Alga perang ini kaya dengan kalium, fosforus, unsur surih dan bahan pertumbuhan. 
Rumpai laut dibiarkan reput di ladang 
atau dicampurkan dengan bahan organik 
yang lain. 

Baja rumpai laut bukan sahaja memperkaya tanah dengan nutrien tetapi juga membantu dalam membaiki struktur tanah.


Rumpai laut telah digunakan sejak berkurun untuk mengubati beberapa penyakit seperti goiter, disenteri, diarea dan masalah usus kecil dan pundi. Beberapa spesies rumpai laut dilaporkan mempunyai nilai antibiotik, antibakteria, antikulat, antitumor, vermifuj dan ubat cacing. Sesetengah spesies pula diketahui boleh merendahkan tekanan darah dan aras kolestrol plasma.
Menurut Dr. Ragnar Berg dari United States, ‘Setiap orang memerlukan hidangan makanan yang terdiri dari 20% makanan berasid dan 80% makanan beralkali. 
Sama ada badan anda beralkali atau berasid adalah bergantung kepada makanan yang anda ambil. Badan yang sihat adalah beralkali (pH7.3 ke 7.4). Adalah penting sekali bagi anda untuk mengetahui jenis makanan yang anda ambil agar anda dapat mencapai kesihatan yang seimbang iaitu 80% alkali dan 20% asid.
Kajian menunjukkan bahawa pesakit yang mempunyai kandungan asid yang tinggi di dalam urea mempunyai kadar penyembuhan penyakit yang lebih rendah berbanding pesakit lain yang mempunyai nilai kandungan asid yang lebih rendah di dalam urea mereka.
Kesimpulannya, badan beralkali adalah sistem pertahanan pertama melawan penyakit dan kematian. 
Badan yang mempunyai kandungan asid yang berlebihan akan mempercepatkan proses penuaan, merendahkan imuniti serta mudah jatuh sakit dan seterusnya menjadi penyebab kemerosotan sistem badan.
Bersifat anti-mutagen dan  anti-oksidan, justeru mampu merendahkan kadar kolestrol dan mencegah kedatangan 
Beberapa jenis Rumpai Laut bertindak sebagai agen detox. Terdapat komponen di dalamnya yang mampu bergabung dengan metal toksik dalam sistem pencernaan kita, lalu dinyahkan secara semulajadi.
-Menurunkan berat badan dan menstabilkan hormon
-Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
-Menyihatkan rambut dan kuku
-Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
-Mengurangi proses penuaan seperti kulit muka berkedut
-Mengurangi selulit atau lemak berlebihan
-Memberikan tenaga
-Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
-Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
-Merawat penyakit gout
-Mencegah kanser atau barah
-Menurunkan tekanan darah tinggi
-Anti bakteria
-Merawat anemia
-Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
-Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
-Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit
-Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
-Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka
-Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
-Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas punca penyakit
-Menberikan rasa kekenyangan kerana kaya dgn serat (diet)
• Nilai nutrisi 10 kali ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu (rm300/mangkuk)
• Khasiatnya sama dengan sarang burung layang-layang (rm400 hingga ribu2 ringgit)
• 24% kolagen ini bersamaan 2 keping sarang burung layang2
• PH bernilai 7.6
• KALSIUM- 37 kali lebih tinggi daripada hati ikan.
• ANTIOKSIDA – 55O kali lebih kuat dari vitamin C.
• VITAMIN A – 40 kali lebih hebat dari Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu.
• OMEGA 3 DAN OMEGA 6 – 2326 kali lebih banyak dari ikan.
• Mempunyai mineral kalsium, kalium, zat besi, magnesium, potasium,vitamin  B6, B12, C, A, dan antioksidan
• Penuh dengan KOLAGEN
• Kandungan SERAT yang tinggi
• Kandungan IODIN yang tinggi, 
cara memasak rumpai laut
  1. Basuh rumpai laut, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali.
  1. Rendam rumpai laut yang telah dibasuh semalaman (rendam 5-8jam). 
  1. Basuh rumpai laut lagi, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali
  1. Nisbah air,  100gram rumpai laut = 2.5 liter air kosong
  1. Masak dengan api yang perlahan selama 30 minit. Kacau sehingga hancur
  1. Biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais
  1. Kolagen ni tahan lama sebab ianya anti bakteria.
Resepi Rumpai Laut
  1. 1/2 biji kelapa parut
  1. Bawang merah dihiris
  1. Bawang putih dihiris
  1. Lada hitam ditumbuk
  1. Ikan kembong.Dibakar dan diambil isinya.
  1. Serai dihiris
  1. Garam dan gula
  1. Rumpai laut yg telah direndam dan potong halus
  1. Gaulkan ke semua bahan2 di atas, siap.
  1. Mangga muda, potong halus
  1. Bawang besar dihiris
  1. Tomato dihiris
  1. Limau nipis
  1. Cili padi
  1. Garam, gula dan sos ikan
  1. Rumpai laut yg telah direndam dan potong halus
  1. Gaulkan ke semua bahan2 di atas, kemudian perah asam limau dan siap.





Kajian juga telah di jalankan ke atas binatang. Binatang tersebut terdiri dari binatang beralkali dan berasid. Kedua-dua badan binatang ini kemudiannya disuntik dengan virus. Binatang yang mengandungi badan beralkali hanya mengalami sedikit kecederaan dan 
lebih cepat sembuh.  Binatang yang mempunyai badan berasid pula akan lebih cepat jatuh sakit dan seterusnya mati.




Kenapa sifat alkali dalam Rumpai Laut itu tinggi? 


Antaranya adalah disebabkan kehadiran mineral yang tinggi dan pelbagai di dalamnya, mencukupi untuk keperluan manusia. Menurut Seibin dan Teruko arasaki, penulis buku vegetables from sea. Semua mineral yg diperlukan oleh manusia seperti kalsium, natrium, magnesium, iodine, zat besi dan zink ada dlm rumpai laut. Ia juga mengandungi Vitamin A dlm bentuk Beta Karotin, B1, B2, B6 dan Asid Folik. Rumpai laut juga mempunyai antioksida 


yg lbh tinggi berbanding
buah beri atau delima.



Salah satu cara yang tercepat untuk memastikan pH badan kembali seimbang ialah dengan mengambil kolagen rumpai laut kerana ia merupakan makanan beralkali yang berketumpatan tinggi dengan nutrien. 

Asid folik boleh mengurangkan risiko kecacatan bayi. 
Iodin boleh mengurangkan risiko penyakit 
kanser tiroid. Magnesium boleh 
mengurangkan risiko penyakit 
jantung dan merendahkan 
tekanan darah tinggi.Antioksida 
boleh mengurangkan risiko kanser 
usus.

Ia mampu mengurangkan penyakit 
obesiti, kencing manis, penyakit nyanyuk, melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kanser. Serat yg hadir dalam rumpai laut merangsang usus kita berfungsi 
dengan betul dan ditambah lagi 
ia mencegah kita 
dari makan terlalu banyak! Di samping itu, rumpai laut mengandungi kebaikan Omega-3 yang bekerja dengan nutrisi yang lain untuk membantu mengurangkan penyimpanan 
lemak dalam badan. ia boleh mengurangkan rasa lapar kerana kandungan serat yg tinggi dan ini boleh menurunkan berat badan bagi mereka yg berdiet. ia mampu merendahkan kadar asid dalam 
makanan yang diambil, justeru 
sesuai dimakan bersama nasi dan 
lauk-pauk berprotein yang 
mana kedua-duanya 
bersifat asid. Ini secara langsung mampu mengawal paras gula dalam darah pemakannya.

penyakit seperti kanser dan 
penyakit jantung. 



Meskipun berkhasiat, namun tidak 
boleh diambil dalam kuantiti yang terlalu banyak kerana dikhuatiri akan mengakibatkan keracunan iodin. Namun kejadian ini amat jarang berlaku tapi sekiranya ada tanda-tanda sakit perut, batuk, cirit-birit dan demam anda disyorkan minum segelas susu supaya dapat melegakan proses penghadaman



SECARA RINGKAS KESAN PENGAMBILAN KOLAGEN ASLI:
-Melancarkan peredaran darah
-Meningkatkan fungsi penghadaman, merawat gastrik
-Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit atau buasir)



SECARA RINGKAS KHASIAT KOLAGEN:

• PROTEIN – 21 kali lebih banyak dari susu.




Perhatian: Utk mengurangkan rasa hanyir rumpai laut, rendam rumpai laut dgn daun pandan atau asam keping  atau letak sehelai daun pandan semasa memasak rumpai laut.


CONTOH PENGAMBILAN 

1.KOLAGEN SIAP MASAK - Ambil 2-3 sudu kolagen yg disimpan dlm peti ais dan campurkan dlm minuman kegemaran anda.
2.MASAKAN - Sediakan rumpai laut yang telah dibersihkan , campurkan dalam masakan sup.
3.MINUMAN - Sediakan rumpai laut yang telah dibersihkan, telah direndam dan dipotong halus. campurkan dalam apa jua jenis perisa kesukaan seperti air buah, abc, cendol dll.
4.MASKER - sapukan kolagen siap dimasak pada muka, biar sehingga kering dan cuci.Amalkan 2-3 kali sehari.
5. BOLEH disapu di lengan, bahu, tengkuk, atau tumit kaki yg pecah. Boleh juga di campur dlm air mandian.Amalkan 2-3 kali sehari.




Rumpai laut boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan. amalkan memakan rumpai laut mentah setiap hari untuk hasil terbaik