Sunday 22 December 2013

Senarai Kopi Beracun Di Malaysia


Kementerian Kesihatan mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Vardenafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.

Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini.

Penggunaan bahan perangsang seks seperti Sildenafil, Tadalafil dan Verdabafil tanpa pengawasan doktor boleh membawa kesan sampingan yang serius seperti tekanan darah rendah dan pengguna yang mengambilnya akan berasa pening dan pengsan.

Penggunaan bahan pelangsing seperti Sibutramine pula boleh menyebabkan kesan kepada saraf otak serta menyerang organ badan lain sehingga mengakibatkan pengguna mengalami masalah mental dan psikosis.

Sekiranya ia bercampur dengan bahan nitrat yang ada dalam ubatan lain, ia boleh menyebabkan kesan kardiovascular atau serangan jantung.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata ada dua kategori produk minuman segera di pasaran di negara ini, iaitu produk yang asli serta selamat diminum dan minuman erotik yang sudah dicampurkan bahan kimia aktif.

“Bahan kimia ini sangat berbahaya sekiranya produk itu digunakan oleh mereka yang mempunyai sakit jantung atau buah pinggang atau mempunyai masalah lain kerana kesan sampinganya boleh membawa maut,” katanya kepada Berita Harian.

Tinjauan Berita Harian di beberapa lokasi di sini, termasuk sekitar Jalan Raja Bot, Jalan Chow Kit dan Jalan Raja Abdullah mendapati kebanyakan produk terbabit yang sudah diharamkan Kementerian Kesihatan masih dijual secara terbuka.

Kebanyakan produk itu didapati dijual warga asing yang tidak mengetahui kesan langsung penggunaannya.

Mazlan berkata, minuman yang sudah dicampur racun dan bahan kimia dapat dikesan dari segi harga jualannya yang tinggi, iaitu RM5 sepaket berbanding produk asli yang hanya dijual pada harga RM1 hinggan RM 1.50 sepaket.

“Selain itu, paketnya ada imej erotik seperti gambar wanita seksi seolah-olah mempromosi kekuatan seksual atau kaedah melangsingkan badan dengan cara mudah dan pantas.

“Kita menasihatkan orang ramai supaya jangan membeli atau menggunakan produk yang dicampuri bahan racun berjadual itu kerana ia boleh membawa maut,” katanya.

Mazlan berkata, di Malaysia, penggunaan Sildenafil, Tadalafil dan Verdanafil biasa digunakan bagi rawatan mati pucuk bagi lelaki yang sudah mendapatkan pengesahan doktor bertauliah, namun dewasa ini penggunaannya disalahgunakan untuk kepuasan seks yang melampau.

“Sifat bahan terbabit yang aktif dan berkesan dieksploitasi golongan pencari keuntungan yang tidak beretika serta tidak menghiraukan kesan buruknya terhadap individu dan masyarakat,” katanya.

Antara produk minuman segera yang dikenal pasti dicampur dengan bahan terlarang dan sudah diuji Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan adalah;

Café Abang Yes
Candi Gold
Candy 193
Extend Up Energy Drink
Extremen
Extrewomen
Goji Guarana
Goji Guarana Extra
Goji More
Goji Yumberry
Guara Café
HBW Ice Lemon Tea
Hotton Vitality Candy
Ie2 O
King Cappucino
Knight Cofee
Kolek Café Power Plus
Kopi Angguk
Kopi Asmara
Kopi Bagus AAA
Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus
Kopi Pahlawan
Kopi Super Angguk
Kopi Tenaga Tok Lebai Plus
Maca Max
Macagin Ginseng Candy
Mentalk Candy
Nexus MXP
Night Café
Red Energizer Candy for Men
Royal Beverage Maqrifatun
Sasanergy Drink
Trica Jus
Tri-Max
True SR
Vigor Candy
Vitca-F
Vitca-M
Winnie Beauty V1
XKL Sky Fruit Juice Premix.


Sumber : Berita Harian, Isnin, 15/08/2011, 




Terima Kasih....Sila Datang Lagi
Sila Tinggalkan Komen Di Bawah

Thursday 19 December 2013

Bahaya Tidur Lewat Malam

Bahaya Tidur Lewat Malam


Berhati-hatilah bagi anda yang suka tidur lewat malam, kerana dengan kebiasaan tidur lewat malam itu dapat menyebabkan kanser hati. Selain itu, tidur lewat malam juga menyebabkan diabetes dan penyakit jantung.

Profesor Philippe Froguel dari Imperial College London mengatakan, ” kawalan gula dlm darah adalah salah satu dari banyaknya proses yang diatur oleh biologi tubuh.” Salah satu biologi itu adalah tidur, dan terganggunya proses tidur itu akan memberi kesan pada paras gula dlm darah.


Berikut adalah penjelasan singkat tentang tidur lewat malam dengan kerosakan hati :

Pada malam hari ketika jam 9-11 mlm => pembuangan zat-zat tidak berguna atau menjadi beracun (de-toxin) di bagian sistem antibodi (kelenjar getah bening). Selama tempoh  waktu itu seharusnya dilalui dengan suasana yang tenang.

Pada malam hari dari jam 11 – jam 1 pagi=> saat proses de-toxin di bagian hati, maka harus berlangsung dalam keadaan tidur .

Ketika  jam 1-3 pagi => proses de-toxin dibagian hempedu juga berlangsung dlm keadaan tidur

Pada jam 3-5 pagi=> de-toxin ada dibagian paru-paru.

Pada jam 5-7 pagi => de-toxin ada pada bagian usus besar, harus melakukan buang air kecil atau besar.

Pagi hari pada jam 7-9 pagi => waktu penyerapan gizi makanan bagi usus kecil, maka harus selalu makan pada pagi hari.


Tidur lewat malam dan bangun tgh hari juga akan mengacau proses pembuangan zat-zat yang tidak berguna.

selain itu, dari tengah malam sampai pukul 4 pagi adalah waktu bagi sumsum tulang belakang berfungsi untuk memproduksi darah. Maka dari itu mulai dari sekarang dan seterusnya anda harus tidur yang cukup. 

Bahaya Kayu Manis



BAHAYA KAYU MANIS

Jangan Ambil Secara Berlebihan

Faktanya, di dalam kayu manis tersimpan kortikosteroit yang berpengaruh buruk pada tubuh kita apabila di ambil secara terus menerus dan dalam jangka waktu yang lama. Apabila Kortikosteroit tertimbun di dalam tubuh, maka ia akan menyebabkan gangguan pada sistem metabolisme tubuh, mengganggu fungsi organ hati, merubah pola pencernaan hingga menjadi penyebab kanker. Memang kayu manis sering kita jumpai ada dalam obat-obatan, tapi had pemgambilannya tidak sampai berbulan-bulan apa lagi bertahun. 

Pastikan Dos pengambilan Tepat! 

Penelitian lainnya berpendapat bahwa ekstrak kayu manis yang di ambil dalam jangka waktu pendek memang akan memberi efek yang baik bagi tubuh. pengambilan berlebihan berpotensi memunculkan efek sampingan  berupa jantung yang berdebar-debar lebih dari 100 denyutan per minit. 

Selain itu, mereka yang memiliki kulit sensitive terhadap minyak atsiri yang terdapat dalam kayu manis akan merasakan alergi utamanya pada bagian kulit (awas jangan pakai sebagai masker bagi yg kulit sensitif).

Kayu manis ini juga menyebabkan iritasi pada gusi jika digunakan sebagai ubat kumur-kumur oleh mereka yang memiliki kulit sensitive.

Terima Kasih...Sila Datang Lagi
 Shahkb Online
Sila Tinggalkan Komen Di Bawah

Khasiat Kayu Manis

KHASIAT KAYU MANIS


CINNAMON atau lebih dikenali dengan nama kayu manis dalam kalangan masyarakat Melayu, mempunyai pelbagai kelebihan untuk merawat kulit secara semula jadi tanpa kesan sampingan berbahaya bahan kimia.

Sejenis rempah yang diambil dari bahagian kulit pokok dalam kalangan keluarga Cinnamomum, kayu manis selalunya digunakan untuk menambah rasa dalam makanan sama ada yang berperisa pedas atau manis.

Berasal dari Sri Lanka, kayu manis sama ada dikisar atau dibentuk menjadi minyak, mempunyai khasiat kepada kulit kerana ia mampu melancarkan peredaran darah serta menyalurkan nutrien ke kulit.

Kayu manis adalah rempah berkualiti yang dihargai semua bangsa sehingga pada satu tahap sekitar kurun pertama, sejarah menunjukkan nilai 350 gram kayu manis bersamaan dengan lima kilogram perak.

Pakar perubatan zaman pertengahan juga menggunakan kayu manis sebagai ubat untuk merawat batuk, serak, sakit tekak, sakit perut, kembung, cirit-birit dan senak perut.

Ia juga mampu bertindak sebagai antiseptik semula jadi yang boleh membunuh kuman. Oleh itu, sekiranya tangan terluka dan tidak sempat mencari ubat, kayu manis boleh digunakan dengan disapu sedikit pada luka untuk mematikan kuman, namun ia agak pedih.

Kayu manis adalah bahan kecantikan semula jadi dan bertindak sebagai ejen yang berkesan mengurangkan parut, menghilangkan jerawat dan melegakan kegatalan kulit kepala.

Campuran minyak kayu manis dan minyak zaitun mampu mengurangkan garis halus pada wajah kerana ia melembap­kan kulit, seterusnya membuat­kan kulit lebih lembut dan kurang berkedut termasuk di bahagian hujung mata, selain boleh menggantikan pelembap bibir.

Lebih menakjubkan, kayu manis juga mampu bertindak membersihkan dan menyuburkan kulit kepala, dengan cara menyingkirkan kulit mati dan menggalakkan pengaliran darah di bahagian berkenaan.

Ia boleh dilakukan dengan cara mencampurkan sesudu serbuk kayu manis bersama madu dan minyak zaitun, kemudian disapu ke kulit kepala sambil mengurut lembut, dibiarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum syampu seperti biasa.

Rempah berkenaan mempunyai beberapa sifat semula jadi yang boleh digunakan dalam rawatan rambut. Bukan saja selamat, kayu manis juga memberi pilihan lebih murah untuk merawat masalah rambut gugur dan bercabang sekiranya digunakan secara konsisten.

Ia juga boleh membantu merawat jerawat namun ia perlu disapu nipis kerana ia agak pedih sekiranya disapu tebal. Lebih baik sekiranya ia dicampur dengan bedak sejuk atau madu sebelum disapu ke kulit.

Selain mujarab pada luaran tubuh, kajian mendapati kayu manis mampu menurunkan kadar kolesterol LDL yang mengakibatkan masalah kardiovaskular, melalui pengambilan setengah sudu rempah itu setiap hari.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa kayu manis mungkin mempunyai kesan kawalan gula dalam darah, menjadikan ia bermanfaat terutama bagi orang yang mengidap diabetes.

Kayu manis juga menunjukkan kebolehan menakjub­kan dengan menghentikan jangkitan yis yang gagal dimusnahkan ubatan lain.

Dalam kajian yang diterbitkan penyelidik di Jabatan Pertanian Amerika Syarikat di Maryland, kayu manis didapati mengurangkan percambahan sel kanser leukemia dan limfoma, selain mempunyai kesan antipembekuan darah.

Menerusi satu kajian di Universiti Copenhagen pula, pesakit yang mengidap artritis diberi setengah sudu teh serbuk kayu manis digabung­kan dengan satu sudu madu setiap pagi sebelum sarapan pagi.

Selepas seminggu, didapati pesakit dapat merasai perbezaan yang nyata dan boleh berjalan tanpa rasa sakit dalam tempoh satu bulan.

Apabila ditambah pada makanan, kayu manis dapat menyekat pertumbuhan bakteria dan kerosakan makanan, menjadikannya pengawet makanan semula jadi.

Satu kajian mendapati bau kayu manis juga mempunyai manfaat apabila ia mampu meningkatkan fungsi kognitif dan ingatan selain sumber makanan yang kaya mineral, serat, besi dan kalsium.

Bagi setiap 5.2 gram kayu manis atau bersamaan dua sudu teh, ia mengandungi 45.5 peratus mineral, 11 peratus serat dan 5.2 peratus kalsium.

Penyelidik di Universiti Negeri Kansas, pula mendapati kayu manis mampu melawan bakteria E. coli dalam jus yang tidak dipasteur.

Jika dicampur bersama teh hijau, kayu manis juga didapati mempunyai kesan yang mampu mengawal berat badan secara semula jadi.

Rempah berkenaan juga terbukti berkesan untuk mengawal kesakitan senggugut di mana ia mengandungi bahan kimia semula jadi yang dipanggil cinnamaldehyde.

Kajian menunjukkan cinnamaldehyde meningkat­kan hormon progesteron dan mengurangkan penghasilan testosteron pada wanita, membantu untuk mengimba­ngi hormon.

Namun bagi mereka yang mahu mencuba keberkesanan kayu manis, mereka perlu memastikan kesan sampingan sapuan atau pengambilan kayu manis dengan mendapatkan nasihat doktor atau mencubanya sedikit terlebih dulu, bagi mengelak masalah alahan.

Pada masa sama, ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk menikmati keenakan kayu manis selain mendapat seribu satu khasiat daripadanya.

Antaranya adalah dengan menyapu kepingan roti dengan madu dan ditabur serbuk kayu manis untuk dinikmati sebagai sarapan atau merendam kayu manis dalam susu soya suam serta dicampur ke dalam makanan sebagai penambah perisa.

Terima Kasih...Sila Datang Lagi
 Shahkb Online
Sila Tinggalkan Komen Di Bawah

Antara Khasiat Kesihatan Dari Madu dan Kayu Manis




Campuran madu dan kayu manis menjadi penawar kebanyakan penyakit. Perubatan Ayurvedic dan Yunani telah berkurun menggunakan madu sebagai ubat utama. Madu dihasilkan di kebanyakan negara-negara di dunia. Saintis hari ini juga mendapati madu sebagai ubat yang sangat berkesan untuk semua jenis penyakit. Madu boleh digunakan tanpa kesan sampingan. Walaupun madu manis, apabila ia diambil dalam dos yang betul sebagai ubat, ia tidak membahayakan walaupun pesakit kencing manis.

1. PENYAKIT JANTUNG: Buat pes madu dan serbuk kayu manis, letak pada roti bakar, (sebagai ganti sekaya dan jem)  amalkan makan untuk sarapan pagi. Ia mengurangkan kolesterol dan berpotensi menyelamatkan daripada serangan jantung. Walaupun anda sudah mempunyai sejarah serangan jantung, ia boleh elakkan serangan yang berikutnya.

Penggunaan tetap kayu manis dan madu menguatkan denyutan jantung. Di Amerika dan Kanada, pelbagai rumah kejururawatan telah merawat pesakit dengan jayanya, dan telah mendapati bahawa arteri dan vena yang telah kehilangan fleksibiliti dan tersumbat; madu dan kayu manis mampu menguatkan arteri dan vena semula.


2. GIGITAN SERANGGA: Ambil satu bahagian madu dan dua bahagian air suam, tambahkan satu sudu teh kecil serbuk kayu manis, gaul dan sapukan di tempat yang sakit. Kesakitan akan berkurangan dalam seminit dua.

3. ARTHRITIS: Pesakit arthitis boleh mendapat manfaat dengan mengambil satu cawan air panas dengan dua sudu madu dan satu sudu kecil serbuk kayu manis. Apabila diambil setiap hari walaupun artritis kronik, boleh diubati.

Dalam kajian baru-baru ini yang dijalankan di Universiti Copenhagen, ia telah mendapati bahawa apabila doktor merawat pesakit mereka dengan campuran satu sudu madu dan setengah sudu teh serbuk kayu manis sebelum sarapan pagi, mereka mendapati bahawa dalam masa seminggu (daripada 200 orang dirawat) hampir 73 pesakit telah benar-benar lega sakit – dan dalam tempoh sebulan, kebanyakan semua pesakit yang tidak boleh berjalan atau bergerak kerana artritis kini mula berjalan tanpa rasa sakit.

4. RAMBUT GUGUR: Sebelum mandi, letak campuran minyak zaitun panas + 1 sudu besar madu + 1 sudu teh serbuk kayu manis di kepala selama 5 – 15 minit. Kemudian, bilas dengan air.

5. JANGKITAN PUNDI KENCING: Ambil dua sudu serbuk kayu manis dan satu sudu teh madu dalam segelas air suam dan minum. Ia memusnahkan kuman dalam pundi kencing.

6. SAKIT GIGI: Letakkan campuran 1 sudu teh serbuk kayu manis + 5 sudu teh madu pada gigi yang sakit, 3 kali sehari sehingga hilang sakit.

7. KOLESTEROL: 2 sudu besar madu dan 3 sudu teh serbuk kayu manis bercampur dalam 16 auns air teh yang diberikan kepada pesakit kolesterol telah didapati mengurangkan tahap kolesterol dalam darah sebanyak 10% dalam tempoh 2 jam. Seperti yang disebutkan untuk pesakit artritis, apabila diambil 3 kali sehari, mana-mana kronik kolesterol boleh diubati. Menurut maklumat, madu asli yang diambil dengan makanan harian melegakan masalah kolesterol.

8. DEMAM SELSEMA: Mereka yang mengalami selesema biasa atau teruk perlu mengambil 1 sudu besar madu suam dengan 1/4 sudu serbuk kayu manis setiap hari selama 3 hari. Proses ini akan menyembuhkan batuk yang paling kronik, sejuk, dan melegakan sinus, dan ia adalah lazat juga!

9. KEMANDULAN: Perubatan Yunani dan Ayurvedic sudah beribu tahun menggunakan madu untuk merawat masalah lelaki. Jika lelaki mandul mengamalkan pengambilan 2 sudu besar madu sebelum tidur setiap hari, masalahnya akan selesai.

Wanita yang tidak hamil boleh ambil secubit serbuk kayu manis yang dicampur 1/2 sudu teh madu, letak pada gusi supaya ia boleh larut bersama air liur dan ditelan. Buat secara kerap.

Satu pasangan di Maryland, USA tidak dapat zuriat selama 14 tahun. Isteri itu mengandung setelah 4 bulan mengamalkan madu dan kayu manis seperti kaedah di atas.


10. SAKIT PERUT: Madu diambil dengan serbuk kayu manis penawar sakit perut dan juga dikatakan untuk membersihkan ulser perut dari akar.

11. GAS: Menurut kajian yang dilakukan di India dan Jepun, ia mendedahkan bahawa apabila madu diambil dengan serbuk kayu manis, perut lega dari gas.

12. SISTEM IMUN: Penggunaan harian madu dan serbuk kayu manis menguatkan sistem imun dan melindungi tubuh daripada serangan bakteria dan virus. Saintis telah mendapati bahawa madu mempunyai pelbagai vitamin dan zat besi dalam jumlah yang besar. Pengamalan madu secara kerap menguatkan sel darah putih untuk melawan penyakit bakteria dan virus dan penyakit berjangkit.


13. TIDAK HADAM:  Serbuk kayu manis ditaburkan pada dua sudu madu diambil sebelum makan melegakan keasidan dan menghadamkan makanan berat.

14. INFLUENZA: Seorang saintis di Sepanyol telah membuktikan bahawa madu mengandungi kandungan semulajadi  yang membunuh kuman selesema dan menyelamatkan pesakit dari selesema.

15. AWET MUDA: Teh dibuat dengan madu dan serbuk kayu manis, apabila diambil dengan kerap, melambatkan kesan tua. Gunakan 4 sudu madu, 1 sudu teh serbuk kayu manis, dan 3 cawan air mendidih untuk membuat teh. Minum 1/4 cawan, 3 hingga 4 kali sehari. Ia mengekalkan kulit yang segar dan lembut dan awet muda.

16. SAKIT KERONGKONG: Apabila tekak rasa menggelitik atau parau, ambil minum satu sudu madu. Ulangi setiap tiga jam sehingga tekak sudah selesa.

17. JERAWAT: 3 sudu madu dan 1 sudu teh pes serbuk kayu manis. Sapukan pes ini pada jerawat sebelum tidur dan basuh pada keesokan harinya dengan air suam. Apabila dilakukan setiap hari selama 2 minggu, ia membuang semua jerawat dari akar.

18. JANGKITAN KULIT: Sapukan madu dan serbuk kayu manis di bahagian yang terjejas ekzema, kurap, dan semua jenis jangkitan kulit.

19. TURUN BERAT: Setiap pagi sebelum sarapan, ketika perut kosong, dan pada waktu malam sebelum tidur, minum madu dan serbuk kayu manis direbus dalam satu cawan air. Apabila diambil dengan kerap, ia mengurangkan berat walaupun orang yang paling gemuk. Juga, minum campuran ini kerap tidak membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun seseorang makan makanan yang berkalori tinggi.

20. KANSER: Penyelidikan baru-baru ini di Jepun dan Australia telah mendedahkan bahawa kanser perut dan tulang telah sembuh dengan jayanya. Pesakit yang menderita kanser dari jenis ini setiap hari perlu mengambil 1 sudu besar madu dengan 1 sudu teh serbuk kayu manis 3 kali sehari selama 1 bulan.

21. LESU: Kajian terbaru telah menunjukkan bahawa kandungan gula madu adalah lebih membantu kekuatan badan dan bukan memudaratkan. Warga emas yang mengambil madu dan serbuk kayu manis adalah lebih cergas dan fleksibel.

Dr Milton, yang telah melakukan kajian, berkata bahawa 1/2 sudu madu diambil dalam segelas air dan ditaburi dengan serbuk kayu manis, walaupun apabila kecergasan badan mula berkurangan, apabila diambil setiap pagi dan di sebelah petang pada kira-kira pukul 03:00, kecergasan badan meningkat dalam tempoh seminggu.


22. NAFAS BERBAU: Rakyat Amerika Selatan, berkumur dengan 1 sudu teh madu dan serbuk kayu manis dicampur air panas di pagi hari jadi nafas mereka kekal segar sepanjang hari.

23. HILANG PENDENGARAN: Setiap hari, pagi dan malam, amal madu dan serbuk kayu manis, yang diambil dengan jumlah yang sama, mengembalikan pendengaran.

Friday 6 December 2013

Figure Up Beracun ?



Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihatkan orang awam agar mengelakkan daripada membeli dan menggunakan PRODUK TIDAK BERDAFTAR dengan nama “Figure-Up” yang dijual bagi tujuan pelangsingan badan.
 

PERIHAL PRODUK

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM telah mendapat maklumat bahawa produk “Figure-Up” telah dikesan oleh pihak berkuasa Brunei mengandungi bahan racun berjadual sibutramine. Semakan juga mendapati produk ini banyak dipromosikan dan dipasarkan melalui penjualan internet bagi menurunkan berat badan. Label produk juga mengelirukan pengguna dengan menyatakan ia hanya mengandungi ramuan semulajadi dan dihasilkan di kilang yang bertaraf Amalan Pengilangan Baik (APB). Hasil siasatan lanjut mendapati nama syarikat yang tertera pada label produk iaitu Biospecialty Food Trading yang beralamat palsu di Kota Damansara, Selangor merupakan syarikat yang tidak dilesenkan di bawah  Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.
 

PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL

Sibutramine adalah ubat terkawal yang digunakan untuk rawatan obesity. Namun demikian, ubat-ubatan yang mengandungi sibutramine telah ditarik balik pendaftarannya di Malaysia pada 23 Disember 2012 atas sebab peningkatan risiko kesan advers kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok. Antara kesan sampingan lain yang biasa dikaitkan dengan sibutramine adalah peningkatan tekanan darah dan kadar denyutan jantung, kering mulut dan tekak, muntah, cirit-birit, pening, sakit kepala dan kesukaran tidur.
 

BACA LEBIH LANJUT: portal.bpfk.gov.my
BACAAN BERKAITAN: drzubaidi.com/