Syarikat telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak 15/04/2013 dengan nama "DLFCRO ENTERPRISE" (JM0653798-P) bagi menjalankan perniagaan secara online. Jangan lupa like Facebook "HERBA 100% ASLI"
 

ShahKB ShahKB Author
Title: Herba Daun Stevia
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Di Malaysia ia juga digelar...

Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Di Malaysia ia juga digelar sebagai Pokok Gula kerana dipercayai dapat mengurangkan kencing manis. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah stevia dari Spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb.

Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin di gemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.




Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat.



Antara Khasiat Stevia ialah:


1.Pemanis Semulajadi

2.Menurunkan Kadar Gula Dalam Darah.
3.Melawaskan Kencing
4.Menurunkan Tekanan Darah.
5.Membunuh Bakteria
6.Membunuh Kulat
7.Membunuh Virus
8.Mengurangkan Keradangan
9.Alat Bantu Untuk Menurunkan Berat Badan.


1 KILO RM 65 EXCLUDE POSTAGE

About Author

Advertisement

Post a Comment Blogger

 
Top