Wednesday 19 November 2014

Herba Ubi Jaga

Ubi Jaga

'Ubi Jaga' adalah herba tradisional yang digunakan oleh kaum asli untuk kesan afrodisiak merangsang seks. Untuk tujuan ini, ubi yang juga merupakan bahagian akar di gunakan.


Ubi Jaga adalah tumbuhan menjalar yang tumbuh liar di dalam hutan tropika di Asia Tenggara. Ia memperbaiki peredaran darah. Ia digunakan secara tradisional sebagai ubat herba untuk menguatkan tenaga lelaki, sebagai tonik umum dan untuk meningkatkan metabolisme badan.


Ia akan membantu meningkatkan keinginan seksual, meningkatkan sensitiviti, menguatkan ereksi dan membolehkan lelaki semua peringkat umur untuk menikmati seks lebih kerap dan lebih tahan lama.


Manfaat ini juga termasuk kesan penstabilan mood, promosi tahap tekanan darah yang sihat dan peningkatan tahap tenaga.


Ini pasti akan menyumbang untuk prestasi yang hebat di tempat tidur.


Sains perubatan kini mula menyedari kebaikan herba ini.



Kegunaannya:


* Mengatasi masalah kesihatan dan meningkatkan tenaga.

* Memulih tenaga batin termasuk membantu edaran darah dalam badan.
* Meningkatkan tenaga seksual lelaki.
* Tonik umum untuk lelaki.

Cara penyedian:


1 - Ambil 20 gram ubi jaga (untuk 3 kali minum).

2 - Ubi jaga di potong dan di basuh sehingga bersih.
3 - Gunakan 5 gelas air untuk merebus ubi jaga, rebus selama 30 minit atau 
     sehingga air mendidih dan bertukar kekuningan.
4 - Tapis dan minum 1 gelas. Baki air rebusan ubi jaga boleh di simpan dalam        peti sejuk.

Minum 1-2 gelas sehari.

Thursday 13 November 2014

Kebaikan Madu Lebah

Madu Lebah

Berikut 8 kebaikan mengamalkan madu lebah sebagai suplement tambahan anda:

1.  Mencegah kanser dan penyakit jantung:
Madu lebah mengandungi flavonoids dan antioksida yang boleh membantu mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung.

2. Mengelak ulser.
Kajian terkini menunjukkan madu boleh di gunakan dalam merawat penyakit ulser dan bakteria gastroenteritis.

3. Anti-bacteria dan anti-kulat:
semua jenis madu mempunyai kandungan anti bakteria. 

4. Meningkatkan prestasi.
Ramai atlet olaraga mengambil madu sebagai makanan untuk meningkatkan prestasi mereka.

5. Mengurangkan batuk dan gatal tekak:

6. Melancarkan aliran gula:
Walaupun di ketahui bahawa madu mengandungi gula tetapi ia bukanlah seperti gula putih atau pemanis buatan.  Gula yang terdapat dalam madu membantu melancarkan aliran gula dalam darah.

7. Probiotic:
Bagi sesetengah jenis madu mempunyai bakteria baik yang berfungsi sebagai terapi misteri merawat penyakit.

8. Mencantikkan kulit:
Kualiti anti bakteria yang terdapat dalam madu sangat berguna untuk menjadikan kulit cantik. ia juga mampu melembabkan kulit.

Faedah Menggunakan Minyak Wangi

212 sexy men
Salah satu minyak wangi yang ADMIN suka sangat


Ramai orang berusaha untuk kelihatan cantik dan menawan kepada orang lain. Perhatian sering diberikan kepada gaya rambut, pakaian, dan aksesori untuk menarik deria penglihatan orang lain.  Tetapi deria bau juga penting dalam menarik perhatian orang lain. Pemakaian minyak wangi yang sesuai boleh menjadikan anda kelihatan menawan. Contohnya, pemakaian minyak wangi tertentu yang menjadikan anda menarik kepada jantina yang berlawanan.


Faedah menggunakan minyak wangi:

  • Bau yang wangi -  Sebab utama mengapa ramai orang menggunakan minyak wangi adalah untuk bau yang wangi. Ini adalah manfaat yang paling besar dan paling penting menggunakan minyak wangi. ia akan membantu memastikan bahawa bau anda sentiasa wangi tidak kira apa yang anda lakukan.
  • Keyakinan diri -memakai minyak wangi boleh membantu meningkatkan keyakinan anda hanya kerana anda tahu bahawa diri berbau yang indah. Memilih bau yang tepat menggambarkan personaliti dan juga membantu membaiki mood.
  • Meningkatkan daya tarikan - Ramai individu mempunyai pengalaman tertarik kepada seseorang hanya kerana minyak wangi yang di gunakannya. Sama ada minyak wangi yang mengandungi pheromones atau tidak, ia dengan mudah berfungsi sebagai penarik semulajadi. 
  • Meningkatkan kesihatan - Walaupun tidak ada bukti khusus untuk membuktikan bahawa menggunakan minyak wangi boleh meningkatkan kesihatan , manfaat yang dibincangkan di atas, terutama mengenai meningkatkan perasaan seseorang, akan membantu untuk meningkatkan kesihatan seseorang.

Wednesday 12 November 2014

Kapsul Buah Tunjuk Langit

Kapsul Buah Tunjuk Langit

Buah Tunjuk Langit (Swietenia Macrophylla atau Mahogany) juga dikenali sebagai Sky-fruit. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang banyak di tanam di Asia Tenggara. Tumbuhan ini sebenarnya berasal dari Amerika Selatan.


Khasiat Buah Tunjuk Langit ialah sebagai:

  1. Anemia
  2. Tekanan darah tinggi
  3. Menyembuhkan luka
  4. Penyakit kulit
  5. Kencing manis
  6. Melancarkan aliran darah
  7. Anti kanser
  8. Meningkatkan Keinginan seks
  9. Menguatkan sistem imunisasi
  10. Merendahkan Paras Kolesterol dan lemak
Nutrient yang terdapat dalam Buah Tunjuk Langit seperti:
  1. Fiber
  2. Protein
  3. Saponins
  4. phytochemicals
  5. Flavonoids
  6. Vitamins
  7. Minerals
 kapsul halal keluaran syarikat Nashmir Capsule sdn bhd
Saya menggunakan kapsul halal keluaran syarikat Nashmir Capsule sdn bhd



Tunjuk langit ubat diabetes (Artikel Harian Metro 18/8/2014)

Buah tunjuk langit mempunyai banyak khasiat yang mampu menangani pelbagai penyakit, antaranya kencing manis kerana ia dapat menurunkan kadar gula dalam darah.


Selain itu, buah yang mempunyai 1,001 khasiat ini juga mampu membantu individu yang mempunyai masalah lebihan berat badan selain boleh menjadi penawar penyakit migrain. 


Mengandungi pelbagai jenis vitamin antaranya vitamin A, B6 dan B selain protein, kalsium dan magnesium, buah ini yang juga membantu menangani masalah gout, sakit sendi, darah tinggi, melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan kecergasan badan. 


Buah ini mendapat perhatian dunia sejak akhir-akhir ini selepas banyak kajian bioteknologi dijalankan berjaya menemukan pelbagai kebaikannya.


Pakar saintis bioteknologi berpendapat, biji buah ini mengandungi banyak khasiat semula jadi yang boleh dijadikan penawar bagi membantu dan meningkatkan sistem peredaran darah dalam tubuh manusia.


Tumbuhan liar ini berasal daripada jenis pokok Meliaceae (keluarga pokok mahogani atau mahoni) yang tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang mempunyai suhu kering dan lembap terutama di Amerika Selatan, India Barat, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia. 

Wanita China Teruja Ubah Wajah Supaya Lebih 'Barat'

Wanita China Teruja Ubah Wajah Supaya Lebih 'Barat'

WANITA China yang memasuki Korea Selatan dan melakukan pembedahan plastik untuk mengubah raut wajah menghadapi kesulitan untuk pulang ke negara mereka kerana tidak melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang.
Perkara itu berlaku kerana gambar pada pasport tidak lagi menyerupai wajah pemiliknya ketika membuat pemeriksaan di lapangan terbang sebelum dibenar meninggalkan Korea Selatan.
Rata-rata wanita China memasuki negara tersebut dan mengubah wajah secara keseluruhan termasuk memutihkan kulit, membesarkan kelopak mata supaya kelihatan lebih 'barat', membentuk semula bibir, meninggikan hidung dan memanjangkan dagu.
Yan Xu, a 22-year-old broker, pictured before surgery - she had eyelid surgery, a nose job, and chin implantsYan Xu, a 22-year-old broker, pictured after surgery - she had eyelid surgery, a nose job, and chin implants
Perubahan secara 100 peratus pada wajah membuatkan wanita yang pulang ke China tidak lagi dikenali serta mudah untuk menjadi model dan sebagainya.
Berikutan kesulitan yang dialami oleh ramai wanita China di lapangan terbang, sesetengah hospital yang menjalankan pembedahan plastik mengeluarkan sijil pengesahan perubahan yang dilakukan.
Hasil kejayaan hospital-hospital di Korea Selatan mengubah wajah wanita, pembedahan plastik kini menjadi perniagaan utama dalam sektor kecantikan di negara itu.
Kebanyakkan pelanggan mereka adalah dari China - wanita yang ingin 'mencari' kehidupan lebih baik selepas pulang dengan raut wajah jelita serta muda.
Berikut merupakan wajah sebelum dan selepas pembedahan plastik oleh wanita China.-
Xu Yan, a 21-year-old kindergarten teacher, pictured before surgery - Xu underwent the V-line surgery, nose reconstruction surgery and received Botox injectionsXu Yan, a 21-year-old kindergarten teacher, pictured after surgery - Xu underwent the V-line surgery, nose reconstruction surgery and received Botox injections

Liu Yisong, a 26-year-old dance teacher, before the plastic surgery Liu Yisong, a 26-year-old dance teacher, after the plastic surgery
A 26-year-old Wuhan woman named Yumei Xie, who works as a jazz instructor, before surgery A 26-year-old Wuhan woman named Yumei Xie, who works as a jazz instructor, after surgery

Huang Silan, a 20-year-old lounge singer, before surgery Huang Silan, a 20-year-old lounge singer, after surgery
Zhang Cher is a 27-year-old Chongqing woman and aspiring singer before surgery Zhang Cher is a 27-year-old Chongqing woman and aspiring singer after surgery

This unidentified woman is pictured before cosmetic surgery This unidentified woman is pictured after cosmetic surgery
Usia tidak menghalang wanita China untuk terus kekal jelita dan menyaingi gadis-gadis.
A 56-year-old woman (pictured before) sought treatment for the sagging skin on her face and neck, wrinkles, eye aging and age spots. She also had work done on her nose A 56-year-old woman (pictured after), sought treatment for the sagging skin on her face and neck, wrinkles, eye aging and age spots. She also had work done on her nose




Makan serangga untuk kurus

Makan serangga untuk kurus

BANGKOK – Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) yang kini menetap di Thailand mendakwa, dia berjaya mengurangkan berat badannya selepas mengamalkan memakan serangga.
Lelaki itu, Jason Brink, 29, berkata, dia mengamalkan makan serangga selepas secara tidak sengaja memakan haiwan berkenaan di sebuah kelab malam di sini beberapa bulan lalu.
Sejak kejadian itu, Brink terus menjadikan serangga termasuk tebuan dan semut sebagai antara menu dalam dietnya selepas mendapati makanan itu mempunyai kandungan protein yang tinggi serta sihat.
“Saya tidak makan makanan yang mempunyai lemak yang tinggi sebaliknya memakan makanan yang dicampur dengan pelbagai jenis serangga.
“Sejak beberapa bulan lalu saya berjaya mengurangkan berat badan saya sebanyak beberapa kilogram dan berasa semakin sihat,” katanya.
Menurutnya, serangga seperti belalang dan cengkerik mempunyai kandungan kalori yang rendah sekali gus membantu seseorang itu mengurangkan berat badan. – Agensi

Eating Insects Is the Simplest Way to Lose Weight
29-year-old Jason Brink, born and raised in the US, moved to Thailand quite a while ago. Apparently, his stay in this part of the world has worked wonders for his waistline. Simply put, the once obese man is now love handles-free.
As surprising as this may sound, it's insects that the 29-year-old has to thank for his success getting back in shape. Dead, fried insects seasoned with chili, salt and all sorts of other spices, to be more precise.
That's right, Jason Brink maintains that it was his taking up the habit of eating insects that helped him lose weight. 
In a post on Daily Mail, Jason Brink explains that folks in Thailand have been eating all sorts of insects, crickets, locusts, wasps, ants and termites included, for decades now. They've even perfected several recipes that the 29-year-old argues are downright delicious.
“Recently, I was introduced to an excellent Thai delicacy from Northern Thailand that is essentially young wasps and termites with a few giant ants, cooked with lemongrass and chilli peppers and served over rice, you can see that particular dish below.”
“In addition to being delicious, it was far and away healthier than the alternative stir-fried chicken or beef. Available seasonally, this delicacy is something I would happily eat any day of the year,” the young man writes in his post.
As far as crickets are concerned, Jason Brink says that, when he first put one in his mouth, he assumed that he was chewing on a peanut. It was only when he realized that the treat was too soft and had too metallic a taste that he figured out that he was in fact eating one such insect.
Truth be told, odds are that many of you find the idea of eating insects nothing short of appalling. Still, Jason Brink is quite right when saying that crickets, termites and all sorts of other creepy crawlers are a great source of nutrients and can help people lost weight.
Thus, first off, insects pack very few calories, especially when compared to the foods people usually eat. Just to put things into perspective, it need be said that 100 grams (3.5 ounces) of crickets have a calorie count of just 121 while at the same time containing all sorts of healthy compounds.
Specifically, experts with the World Health Organization say that, as shown by several investigations, insects are a great source of proteins. Besides, they contain loads of zinc, magnesium, phosphorus, manganese, iron and the like, and even fibers.
“While eating insects is seen by us as a strange thing to do, they are, gram for gram, some of the best protein available,” Jason Brink says. “It is up to us to make decisions about the future of our waistlines and our planet, and the best option might be a little more creepy-crawly than we initially suspected,” he adds.

Friday 7 November 2014

Kementerian Kesihatan larang penjualan SF Protect & Perfect Day Cream

Kementerian Kesihatan larang penjualan SF Protect & Perfect Day Cream
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melarang serta merta penjualan 'SF Protect & Perfect Day Cream' yang dikesan mempunyai racun berjadual logam berat merkuri dan menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan produk kosmetik itu.
Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata syarikat produk yang dicampur palsu dengan merkuri itu sudah diarahkan memberhentikan penjualan dan pembekalan dengan serta-merta.
"Ia tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia dan pihak syarikat bertanggungjawab ke atas notifikasi produk itu sudah diarah memanggil balik semua stok fizikal produk berkenaan daripada pasaran dalam tempoh 72 jam," katanya.
Noor Hisham berkata, produk yang dicampur palsu dengan merkuri itu lazimnya dipasarkan untuk mencerahkan kulit dan rawatan antipenuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan namun pengguna tidak mengetahui penggunaan campuran ini mengakibatkan kerosakan buah pinggang dan sistem saraf apabila merkuri itu menyerap masuk ke dalam badan.
"Sesiapa yang mempunyai stok produk itu dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaan produk berkenaan dengan serta-merta," katanya.
Beliau berkata, pemilikan produk itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan jika didapati bersalah boleh dihukum maksimum tiga tahun penjara dan denda RM25,000 atau kedua-duanya.
Sementara itu, beliau berkata, syarikat yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 dan hukuman bagi kedua-dua individu ataupun syarikat akan meningkat jika didapati mengulangi kesalahan sama.
Pengguna yang mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan buruk akibat penggunaan produk kosmetik, dinasihatkan menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), di talian 03-8835532/5533/5537.
Berita harian 7 november 2014

Tuesday 4 November 2014

20 daftar sebagai penanam roselle

roselle

Bunga merah roselle atau nama saintifiknya hibiscus sabdariffa L.
Melangkah masuk ke ladang roselle membuatkan ramai terpegun kerana bunga merah yang turut dikenali asam paya, asam kumbang dan asam susur itu tumbuh subur di kawasan terbabit.

Di hadapan ladang itu tertera papan tanda projek tanaman 'Roselle: Kluster Herba Jabatan Pertanian Negeri Johor'.

Agensi pemasaran di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) membantu meningkatkan kualiti produk untuk pasaran eksport.
Hasilnya roselle yang kaya dengan kandungan antioksidan dan vitamin C menembusi pasaran Eropah dan Amerika Syarikat.

Pejabat Pusat Memproses Makanan FAMA Rengit menjadi tulang belakang kepada pemprosesan dan membantu pergerakan pasaran roselle.

Bagi menjamin kualiti yang diperlukan pengeksport, proses penggredan roselle dilakukan FAMA membabitkan Gred A untuk pasaran eksport dan Gred B bagi pasaran tempatan.

Bagaimanapun, semua bahan mentah yang dikumpulkan perlu melalui proses pembersihan rapi terlebih dulu.

Bagi memastikan kebersihan makanan, pelawat dikehendaki memakai penutup rambut atau topi, kasut keselamatan, kod makmal, apron, sarung mulut dan sarung kaki biru.

Di sebalik tanaman roselle itu terbangun sekumpulan petani yang mengusahakan ladang berkenaan.

Mereka antara peserta ladang kontrak FAMA di bawah pengurusan Syarikat Aslah Supply & Services (ahli Kumpulan Syarikat Aslah) atau lebih dikenali ASLAH HIBISCUS.

Pengarah Operasi­nya, Rizuan Nizar berkata, projek itu diusahakan dengan kerjasama FAMA dan Jabatan Pertanian.

Beribu pejabat di Kuala Terengganu, syarikat berkenaan membuka operasinya di Batu Pahat dengan melaksanakan rancangan penanaman, pemprosesan dan pengeksportan roselle menerusi pelabuhan Johor.

"Projek tanaman roselle ini bermula penghujung tahun 2011 di Batu Pahat dan mendapat bekalan dari Rompin dan Mersing," katanya.

Kerjasama dijalinkan itu membolehkan roselle bergred A menembusi pasaran luar negara.

"Untuk gred B, FAMA dan ASLAH akan me­ngedarkan untuk pasaran tempatan," katanya.

Kini terdapat 20 peserta berdaftar menjadi penanam roselle dan mempunyai kontrak aktif bagi memenuhi keperluan pasaran.

"Kami turut menanam tanaman selingan seperti serai gajah dan tanaman kontan yang mempunyai pasaran," katanya.

Katanya, syarikat itu bergerak di sekitar daerah Rengit dan Senggarang, Batu Pahat selain berkembang ke beberapa daerah lain mengikut keperluan pasaran," katanya.

Menurutnya, 20 hektar setahun diperuntukkan untuk projek penanaman roselle yang diusahakan dalam dua fasa.

"Fasa pertama bermula Disember manakala selebihnya pada Mei dan bergerak mengikut momentum pasaran semasa.

"Terdapat tiga peserta wanita aktif terbabit dalam aktiviti perlada­ngan, manakala 100 peratus menggunakan tenaga wanita untuk kerja memetik dan proses pembuangan biji roselle,"
katanya.

Menurutnya, sejak melaksanakan projek itu, peserta kontrak syarikat ada menerima kemudahan pembersihan, kawasan, sistem saliran dan pengairan daripada Jabatan Pertanian.

"FAMA menyalurkan bantuan pusat pengumpulan, khidmat pengambilan dan kemudahan bilik sejuk.

Penasihat tanaman syarikat, Lukman Zainal berkata, syarikat akan menetapkan indeks buah selepas tempoh matang pokok mencapai usia dua setengah bulan dan kerja memetik bunga dilakukan selama tiga bulan.

"Semua pekebun menggunakan sumber air tadahan hujan, sungai dan sistem telaga tiub untuk kawasan ladang.

"Penggunaan bahan kimia seperti racun serangga sangat minimum dan akan dihentikan selepas ia mengeluarkan hasil," katanya.

Monday 3 November 2014

Herba kaya khasiat - Limau purut, serai dan halia penawar pelbagai masalah kesihatan

Limau purut, serai dan halia penawar pelbagai masalah kesihatan

Limau purut
 
Pokok dengan nama saintifik Citrushystrix ini mengandungi asid sitrik semula jadi yang berupaya membantu mengekalkan kelembapan kulit, merawat luka dan lebam. 

Ia berkhasiat merangsang perjalanan darah dan melegakan gigitan serangga berbisa. Ia juga berupaya membunuh dan menanggalkan pacat yang melekat pada kulit. 

Limau purut mengandungi jus berkhasiat untuk memelihara kecantikan rambut. Dengan menggosok jus limau purut pada kulit kepala, anda mampu memiliki rambut berkilat dan bebas kelemumur. 

Buah ini juga dikatakan antara ramuan pencegah barah, manakala ekstrak pati minyaknya memenuhi keperluan aromaterapi dan nutraseukal. 

Jika sesak nafas, sapukan pati minyaknya pada dada, tengkuk dan belakang badan sehingga anda boleh bernafas seperti biasa. Daun yang ditumbuk halus apabila dicampurkan bersama garam, membantu menyelesaikan masalah kekuningan pada gigi.



Serai 

Disebut Cymbopogon ciatrus dalam bahasa latin, tumbuhan ini adalah genus yang mengandungi kira-kira 55 spesies rumput. Serai hidup subur dalam cuaca panas dengan ketinggian dua hingga empat meter. Penyedap makanan ini juga memiliki kandungan zat antimikroba dan antibakteria. 

Kandungan itu mengubati jangkitan kuman pada perut, usus, saluran najis dan luka, malahan penawar kepada jangkitan kulit, keracunan makanan selain diyakini dapat menghilangkan bau badan. 

Kajian mendapati, setiap 100 gram air rebusan serai mengandungi lebih 24.205 mikrogram beta karotin yang dikenali sebagai salah satu komponen antioksidan kuat dalam mencegah barah. 

Daun serai pula mengandungi elemen citral yang mampu merangsang dalam menyingkirkan kolesterol berlebihan, asid urik, toksin serta lemak dalam badan. Mengambil serai dalam sajian menggalakkan peredaran darah ke seluruh anggota badan. 

Kelebihan lainnya adalah mengatasi lenguh dan kebas badan, selain berkhasiat sebagai diuretik, meredakan kekejangan otot dan antireumatik. 

Mereka yang batuk tidak berhenti pula boleh mengamalkan minum air rebusan serai untuk mengurangkan gejala itu. 

Serai memberi manfaat besar bagi ibu selepas bersalin dan sedang berpantang. Ia berkesan untuk membuang lemak yang banyak terkumpul sewaktu hamil, mengurangkan kolesterol, membuang toksik, membersihkan buah pinggang dan merawat selulit. 

Bagi ibu yang sering sakit kepala akibat ubat bius ketika pembedahan, serai antara penawar boleh mengatasi masalah itu. 


Halia 

Dikenali dengan nama botani Zingiber officinale Roscoe. Ia dipercayai berasal dari China sebelum ditemui dan digunakan secara meluas di India, Asia Tenggara, Afrika Barat termasuk kepulauan Caribbean. Kini, India, China, Nigeria, Australia dan Thailand antara negara pengeluar utama. 

Bersifat panas dan lembap, halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik. 

Semua khasiat itu membantu mengeluarkan angin dalam badan, penawar muntah, cirit-birit dan sakit perut. 

Halia menghangatkan badan, melegakan pedih hati akibat terlalu lama berada dalam pendingin hawa di samping membantu penghadaman makanan. 

Berkesan merawat sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, asma, sakit perut, reumatik dan keracunan makan laut, khususnya udang. 

Halia juga melegakan sakit pinggang, lemah urat saraf, mabuk kenderaan, kekejangan, batuk kering bahkan meningkatkan kekuatan seks. Bagi wanita sedang haid, minum air halia berupaya menyingkirkan bau hamis darah haid. 

Bahkan, menerusi penyelidikan dilakukan sekumpulan penyelidik Universiti Michigan yang kemudian merekodkannya dalam American Association of Cancer Research, halia berkesan membunuh sel barah
.

4 Makanan Sumber Perubatan Dalam Islam

Makanan Sumber Perubatan Dalam Islam
1. MADU:

Allah Ta’ala berfirman,Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia.  Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang  memikirkan” (QS. An Nahl : 69)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ”Kesembuhan itu ada pada tiga hal, iaitu dalam pisau pembekam, meminum madu, perawatan dengan besi panas (kayy).  Dan aku melarang umatku melakukan rawatan dengan besi panas” (HR. al Bukhari no. 5681)

Dalam sebuah riwayat lain disebutkan,”Alaykum bisy syifaa-ayna al ‘asali wal qur-aani” yang artinyaHendaknya kamu menggunakan dua macam penawar; madu dan al Qur’an (HR. Ibnu Majah dan al Hakim dalam Sahih-nya, beliau berkata, Hadis ini sahih sesuai dengan sistem periwayatan al Bukhari dan Muslim, dan disetujui oleh al-Zahabi.  

Dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu secara marfu’)Imam Ibnu Qayyim al Jauziyah mengatakan, “Madu memiliki banyak khasiat.  Madu dapat membersihkan kotoran yang terdapat pada usus, pembuluh darah, dapat meneutral kelembaban tubuh, baik dengan cara di minum atau di sapu.


2. HABBATUSSAUDA (JINTAN HITAM):

 Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,Sesungguhnya di dalam habbatus sauda (jinten hitam) terdapat penyembuh bagi segala macam penyakit kecuali kematian (HR. al Bukhari no. 5688 dan Muslim no. 2215, ini lafazhnya Muslim, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)

Imam Ibnu Qayyim al Jauziyah berkata: ‘Jintan hitam memiliki banyak sekali khasiat.  Erti dari sabda Nabi, “Penawar segala jenis penyakit“, seperti firman Allah, “Menghancurkan segala sesuatu dengan perintah Rabb-nya“, yakni segala sesuatu yang boleh hancur.  Banyak lagi ungkapan-ungkapan sejenis.  Jintan hitam memang berkkhasiat mengubati segala jenis penyakit dingin, juga membantu kesembuhan berbagai penyakit panas.

3. AIR ZAM-ZAM:

Dari Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Air zam-zam itu penuh berkah.  Ia makanan yang mengenyangkan (dan ubat bagi penyakit)”(HR. Muslim IV/1922, yang terdapat di dalam kurung adalah menurut riwayat al Bazzar, al Baihaqi dan ath Thabari dan sanadnya shahih, lihat Majma’uz Zawaa-id III/286).

Imam Ibnu Qayyim rahimahullah menceritakan pengalamannya berkaitan dengan cara menyembuhkan penyakitnya dengan air zam-zam yang dikombinasikan dengan metode ruqyah dari al-Quran ini,’ Pada suatu ketika aku pernah jatuh sakit, tetapi aku tidak menemukan seorang doktor atau ubat penyembuh.  

Lalu aku berusaha merawat dan menyembuhkan diriku dengan surah al-Fatihah, maka aku melihat pengaruh yang sangat menakjubkan. Aku ambil segelas air Zam zam dan membacakan padanya surat al Fatihah berkali-kali, lalu aku meminumnya hingga aku mendapatkan kesembuhan.  

Selanjutnya aku bersandar dengan cara tersebut dalam merawat berbagai penyakit dan aku merasakan manfaat yang sangat besar. Kemudian aku beritahu kepada orang ramai dan ramai dari mereka yang sembuh dengan cepat’


4. MINYAK ZAITUN 

Allah Ta’ala berfirman,“.. yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah Timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah Barat” (QS. An Nur : 35). 

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Makanlah oleh kalian minyak (zaitun) dan poleskan dengannya, kerena sesungguhnya minyak (zaitun) itu dari pohon yang diberkahi” (HR. Ahmad III/497, at Tirmidzi no. 1851 dan Ibnu Majah no. 3319, dishahihkan oleh Syaikh al Albani dalam Shahiih at Tirmidzi II/166)

4 Makanan Sumber Perubatan Dalam Islam

Sunday 2 November 2014

Kopi baja asli penawar kanser

Kopi baja asli penawar kanser

Sekumpulan penduduk di kampung Jinshicun, wilayah Hunan beralih kepada ‘penawar’ baru untuk merawat penyakit barah - baja asli yang direndam dengan air.

Ia mungkin memeranjatkan. Tetapi, itulah yang dilakukan oleh sekurang-kurangnya 20 penduduk kampung berkenaan selepas seorang nenek di kampung itu yang disahkan menghidap barah paru-paru pulih selepas minum kopi baja asli itu selama lapan bulan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bagaimana dia memperoleh idea untuk menjadikan baja itu ubat penyakit yang dihidapnya itu.

Sejak nenek berkenaan pulih, penduduk kampung terbabit mengumpulkan najis kambing dan lembu, menjemurnya hingga kering, menggorengnya dan kemudian menumbuknya menjadi serbuk.

Mereka akan mengambil satu sudu sebuk baja itu dan mencampurkannya dalam air panas serta meminumnya dua kali sehari. - Agensi

Saturday 1 November 2014

Chinese Pearl Barley, Jobs Tears, Coix Seeds

Chinese Pearl Barley, Jobs Tears, Coix Seeds

A tall cereal grass cultivated in Asia and Africa, but rarely found in the Western world. The grain is named Jobs Tears because its shape is similar to a teardrop. When the hull is removed and the grain is polished, it resembles polished barley and it is often considered to be a form of barley.

Cooking Chinese Pearl Barley

Like many other grains, Jobs Tears can be prepared by boiling or steaming. One part of Jobs Tears to 2 parts of water for a pilaf caserole. One part of Jobs Tears to 8 parts of water for a soup.


Before boiling or cooking raw Job’s Tears, rinse and soak in water for about an hour. Then boil with the same water for an hour.


Chinese Recipe: The Chinese cook it into a drink, served hot or chilled and seasoned with sugar or honey, which is then the popular yì mí shui. By adding a tea spoon of fresh lemon juice, it is another hit way of savoring the drink.

benefits Of Chinese Pearl Barley

Among Chinese, coix seed has been valued for its ‘cooling’ property, a concept related to Chinese food therapy, for acting on an ‘inflammed’ human body, mostly occurred after taking considerable spicy, grilled or barbecued foods. In addition to this, Chinese herbalists have regarded the seeds as being capable of: 


enhancing immunity, inducing diuresis, excreting dampness, strengthening spleen,


-- It is not suitable for pregnant women. But there are claims mention that coix is good for nourishing the skin making it look soft and smooth.


-- Job's tears might decrease blood sugar levels. Diabetes medications are also used to lower blood sugar. Taking Job's tears along with diabetes medications might cause your blood sugar to go too low


-- People take Job’s tears for hay fever, high cholesterol, cancer, warts, arthritis, obesity, and respiratory tract infections. It is also used to treat a disease called toxoplasmosis that is caused by a parasite.


-- Some research has been done in people. It suggests that fiber contained in Job's tears might decrease how much fat and cholesterol the body absorbs.
Job's tears contains chemicals that might interfere 


-- with cancer cell growth. Other chemicals might also have antioxidant effects and might also decrease growth of bacteria and parasites. But most research on Job's tears is in animals and test tubes. There isn't enough information to know if Job's tears works the same way in people

-- It is an excellent source of iron and calcium and it is reported that it is beneficial in revitalizing the blood and nervous system. The grain can be stored for a long time.