Syarikat telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak 15/04/2013 dengan nama "DLFCRO ENTERPRISE" (JM0653798-P) bagi menjalankan perniagaan secara online. Jangan lupa like Facebook "HERBA 100% ASLI"
 

ShahKB ShahKB Author
Title: Khasiat Biji Selasih Untuk Kesihatan
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
Berikut ini adalah jadual klasifikasi Selasih Kingdom (Dunia / Kerajaan): Plantae (Tumbuhan) Subkingdom: Tracheobionta (Tumbuhan ber...
Berikut ini adalah jadual klasifikasi Selasih
Kingdom (Dunia / Kerajaan):Plantae (Tumbuhan)
Subkingdom:Tracheobionta (Tumbuhan berpembuluh)
Super bahagian:Spermatophyta (Menghasilkan biji)
Divisio (Pembahagian):Magnoliophyta (Tumbuhan berbunga)
Classis (Kelas):Magnoliopsida (berkeping dua / dikotil)
Sub Kelas:Asteridae
Aliran (Bangsa):Lamiales
Familia (Suku):Lamiaceae
Genus (Marga):Ocimum
Species (Jenis):Ocimum basilicum L.
NAMA-NAMA LAIN SELASIH
Malaysia: Selasih 
Inggeris: Sweet basil 
Filipina: Balanoy

A. CIRI-CIRI SELASIH

BATANG
Bercabang banyak di bahagian atas, dengan tinggi sekitar 50 -80 cm.
DAUN
Ciri-ciri daun selasih tunggal, letaknya berhadapan, bertangkai panjangnya 0.5 - 2 cm, berbentuk bulat telur, daun berambut halus, hujung daun runcing dan tepinya bergerigi.
BUNGA
Bunga tersusun dalam tandan, keluar dari ujung percabangan, berwarna ungu dan putih. Selasih berbiji keras dengan warna coklat tua
BUAH dan BIJI
Biji ini jika kering berwarna hitam bersaiz kecil sebesar biji bijan hitam. Jika direndam dalam air akan kelihatan selaput bening di pinggirannya. Biasanya, biji yang disebut biji selasih ini digunakan sebagai pelengkap dalam jus buah, puding, atau makanan ringan lain.
DESKRIPSI TANAMAN SELASIH
Selasih termasuk tumbuhan tahunan, berbau wangi / harum, Tumbuhan ini menyukai tempat-tempat yang lembap dan teduh. Sering kita di jumpai tumbuh liar di tepi jalan. Ada juga yang ditanam di pekarangan rumah dan di kebun.
Gambar Tanaman Selasih
Photo: Tanaman Selasih
Pernahkah anda mengambil campuran minuman yang berbentuk bulat-bulat kecil dengan selaput bening seperti telur-telur katak? Mungkin bagi sebahagian orang tidak mengetahui namanya. Tetapi bagi mereka yang pernah atau suka memakannya akan menamakan dia dengan telur katak atau malah menyangka bahawa benda itu benar-benar telur katak. Sebenarnya benda itu adalah biji tanaman selasih yang mempunyai nama lain solasih, ruku-ruku atau kuruku dan dalam bahasa Inggerisnya termasuk kumpulan Sweet Basil atau dalam bahasa saintifiknya termasuk kumpulan Ocimum spp.
gambar jus biji selasih
Minuman Biji Selasih
Pelbagai bahagian tumbuhan ini berbau dan berasa khas, kadang-kadang langu, harum, atau manis, bergantung kultivarnya. Beberapa di antaranya bahkan boleh membuat mabuk. Beberapa jenis selasih, misalnya kemangi, berasal dari Asia Tenggara, namun sebahagian besar dianggap berasal dari benua India.
Terdapat 35 jenis species selasih, di antaranya: Ocimum americanum, Ocimum basilicum, Ocimum campechianum, Ocimum gratissimum, Ocimum kilimandscharicum, Ocimum tenuiflorum

B. KANDUNGAN ZAT TANAMAN SELASIH

Berdasar kajian, selasih mempunyai 3 jenis bahan aktif yang sudah di kenalpasti yaitu eugenol yang boleh berfungsi sebagai racun kulat, tymol yang dapat berfungsi sebagai repellent (penghalau serangga) dan metal eugenol yang berfungsi sebagai atraktan (pemikat) perosak lalat buah.
Kandungan utama tanaman selasih lain adalah minyak atsiri yang terdiri dari linalool, methylchavicol, citral, geraniol, ocimenen, 1.8 cincole, encalyptole, himonene, eugenol methyl ether, furfural, methyl cinnamate, farnesol

C. KHASIAT DAN MANFAAT SELASIH

Itali, China, India, dan Thai banyak menggunakan selasih sebagai sebahagian dari penyedap utama. Di Itali, daun selasih yang kering merupakan salah satu komponen sos pesto yang khas di Genoa.
Ibadah di gereja-gereja Kristian Ortodoks melibatkan selasih (basil) sebagai sebahagian daripada kebaktian. Tanaman basil biasa diletakkan pada sejumlah tempat di gereja.
Menurut Prof. Hembing, seorang ahli botani menyebut bahawa biji selasih mempunyai beberapa khasiat, Khasiat biji selasih bagi kesihatan, di antaranya:
  • Biji Selasih untuk Mengurangkan Kegelisahan ataupun Susah Tidur
    Bagi anda yang mengalami kegelisahan teruk, baik kerana keadaan keluarga ataupun persoalan kerja. Cubalah pengambilan beberapa biji selasih ataupun makanan yang telah dilengkapi dengan biji selasih. Kerana menurut kajian biji selasih mempunyai khasiat menenangkan.
  • Khasiat Biji Selasih untuk Mengatasi Gangguan Pencernaan
    Biji selasih sangat baik untuk mengatasi gangguan pencernaan seperti sembelit, gunakanlah biji selasih secukupnya bila perlu penggunaan biji selasih disajikan dengan makanan.
  • Biji selasih Sebagai ubat herba
    Biji selasih banyak digunakan untuk campuran beberapa jenis hidangan seperti jus, ais buah / ais campur, pudding maupun jelly. Biji selasih dalam hal ini banyak mengandungi nutrisi seperti karbohidrat, vitamin, mineral, lemak dan serat yang sangat bagus digunakan sebagai herba pereda gangguan pencernaan, sakit tekak, sembelit dan cirit-birit.
  • Mengawal kadar gula darah
    berfungsi mengawal kadar gula darah tinggi pada mereka yang terkena sakit diabetes jenis 2. Menurut beberapa kajian kesihatan, biji selasih dapat membantu menjaga kadar gula darah supaya tetap stabil.
  • Membantu menahan lapar
    Biji selasih sangat bagus diberikan kepada mereka yang sedang melakukan program diet kerana berfungsi membantu menahan rasa lapar.
  • Membantu insomnia
    Khasiat biji selasih bagus untuk mengurangkan kegelisahan atau pun susah tidur.Bagi anda yang menderita penyakit gelisah berlebihan atau susah tidur, sangat baik secara rutin mengambil beberapa biji selasih ataupun makanan / minuman berasaskan biji selasih. Kerana biji selasih mempunyai khasiat menenangkan.
  • Khasiat Biji Selasih lainya
    Khasiat biji selasih lainya menurut Prof. Hembing iaitu untuk merangsang penyerapan, melancarkan peredaran darah, meredakan pesakit kejang, sebagai penurun demam, sebagai pembersih racun dan meningkatkan daya tahan tubuh.
  • Sebagai ramuan kecantikan
    tumbukl biji selasih hingga halus, campur dengan air panas secukupnya. Aduk rata hingga terbentuk pasta, dinginkan. Gunakan sebagai lulur pada wajah dan leher anda, lakukanlah 1 hari sekali iaitu menjelang mandi petang.
  • Untuk ubat sakit gigi
    ambilah 10 gr biji selasih, rebuslah bersama 4 butir cengkeh dengan air mendidih secukupnya. Lalu minumlah air tersebut semasa hangat-hangat kuku selama masa sakit hingga sembuh betul.
  • Sebagai penenang
    anda yang sering mengalami kegugupan, rasa bimbang berlebihan dan mudah marah, biji selasih boleh dijadikan ubat penenang, caranya campurkan 5 gram biji selasih dengan air 200 cc. Lalu minumlah selagi hangat, boleh ditambah dengan campuran madu.
IKLAN BERGAMBAR
BUNGA MUKMIN RATU PARI

About Author

Advertisement

Post a Comment Blogger

 
Top