Wednesday, 29 January 2014

Sabun Gliserin Lebih Selamat ?


Its Natural, Moisturizes Your Skin, Its Gentle, Great Cleanser
and has Anti-Aging Properties.

Many people suffer from sensitive skin these days because of the increasingly toxic environment. The skin is exposed to a lot of harmful substances which get absorbed inside and can lead to various skin disorders. Choosing the right skin care products becomes a daunting task in such cases. Nobody will want to use beauty products which will cause irritation to the skin. If you have the same fear in your mind, glycerin soap can come to your rescue. There are several glycerin soap benefits.

Sabun yang di buat daripada gliserin lebih selamat. ini kerana ia tidak perlu di campurkan dgn bahan kimia pnghasil buih, pewarna berbahaya ataupun pewangi tiruan. sabun ini juga boleh di buat di rumah. sangat senang !!! 
Dalam masa 15 minit sabun siap di masak.

sabun ini juga sesuai untuk kulit yg sensitif dan bayi.

Glycerin - Properties

Glycerin is a colorless, odorless and viscous organic compound. It is a neutral, sweet tasting substance which has a high boiling point and freezes to form a thick gummy paste. Glycerin is a good solvent as it dissolves a lot of things easier than water or alcohol. It absorbs moisture from the air. It has soothing effect on your skin when diluted with water and is also known to soften the skin. This is the reason why it is so widely used in cosmetics.


Glycerin Soap Benefits - Natural

Soaps with synthetic chemicals can harm your skin in many ways. They can be responsible for irritation, redness, swelling and itching of the skin. Homemade glycerin soap is free of synthetic chemicals and is all natural. People who are allergic to chemicals or synthetic soaps can use natural glycerin soap without thinking twice. It will surely benefit them.


Glycerin Soap Benefits - Moisturizer

Glycerin is a humectant that is capable of drawing moisture towards itself. When you use glycerin on your face, it attracts moisture towards your skin and locks the water molecules there. This keeps your skin hydrated constantly and gives it a moist feeling. Regular use of glycerin soaps can make your skin softer and suppler.


Glycerin Soap Benefits - Skin Disorders

People with skin diseases like eczema or psoriasis find it very difficult to choose the right soap. Slightest amount of toxic chemicals in their soaps can aggravate their condition. Glycerin soap is very mild and gentle on the skin and can even help in relieving symptoms of certain skin disorders.


Gliserin di potong halus sebelum di cairkan

Glycerin Soap Benefits - Cleanser

Glycerin soap can be a very good cleanser for your face and can help you get rid of the extra oils and dirt that clogs your skin. It is also effective for acne prone skin and helps keep the acne away.


Glycerin Soap Benefits - Anti Aging

Glycerin soap keeps your skin moisturized all the time and prevents a lot of skin problems. It prevents the skin from developing wrinkles and stretch marks, thus acting as an 
anti aging product. It keeps your skin healthy all the time.





Terima Kasih....Sila Datang Lagi
Sila Tinggalkan Komen Di bawah

Tuesday, 7 January 2014

Herba Kapsul Tongkat Ali

Herba Serbuk Tongkat Ali
Eurycoma Longifolia Jack is the herb name for 
what is more commonly known as Tongkat Ali, Malaysian Ginseng, or Longjack.
Herba Serbuk Tongkat Ali


Antara kandungan aktif dalam tongkat ali ialah alkaloid, saponins, quassinoids, erycomanone dan eurycomalactone.phyto compounds yang terdapat dalam tongkat ali dapat membantu merangsangkan pengeluaran hormon testosterone bagi lelaki.

Untuk mendapatkan ekstraknya dua cara yang biasa digunakan ialah dengan merebus lama akarnya atau dengan cara mengisar akarnya hingga menjadi serbuk halus dan dijadikan pil, dimasukan ke dalam kapsul serta boleh dijadikan campuran dalam minuman kopi dan teh. 


Kesan pengambilan tongkat ali terhadap libido seks telah dikaji terhadap tikus dan di dapati ianya dapat meningkatkan kekerapan seksual tikus tersebut.


Selain daripada itu herba ini juga dapat merawat masalah sengal-sengal tulang, gatal-gatal, demam kuning ,cirit-birit, masalah penghadaman, sakit pinggang. cegah barah serta menjadi anti HIV


Ada yang menjadikan Tongkat Ali sebagai minuman rutin harian. Sebenarnya Tongkat Ali tidak elok dijadikan minuman harian. Ia sebenarnya hanya minuman ubat-ubatan. Tongkat Ali juga tidak digalakkan pengambilannya secara berterusan. Bukannya tidak boleh minum, tetapi tidak boleh terlalu kerap. Oleh yang demikian,  di sebalik khasiat dan kesedapan Tongkat Ali yang mampu memberikan tenaga, ada juga kelemahannya dan ianya tidak elok untuk kesihatan kita.


Tongkat Ali terkenal kerana mempunyai kesan afrodisiak (penggalak seks). Secara tradisi, Tongkat Ali digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan termasuk pening kepala, kurap, disentri, bengkak, antitumor, antiradang dan antioksida. Eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak terdapat dalam akarnya merupakan kandungan kimia penting industri. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam Tongkat Ali boleh meningkatkan paras testosteron iaitu hormon yang diperlukan untuk fungsi seksual lelaki.

British Journal of Sports Medicine pernah menerbitkan keputusan kajian saintifik pada tahun 2003, yang menunjukkan Tongkat Ali mengakibatkan peningkatan saiz dan kuasa otot berbanding placebo. Ini mungkin menunjukkan ciri-ciri anabolik pada Tongkat Ali. Sesetengah atlet dan bina badan kini menggunakan hasilan Tongkat Ali dengan harapan ia akan bertindak sebagai penguat testosterone, bagi meningkatkan saiz otot dan prestasi tanpa dadah.


Sebatian aktif dalam Tongkat Ali adalah Glyco Saponins dan Eurypeptides. Eurypeptides adalah rantaian besar asid amino yang bertanggungjawab bagi kesan peningkatan testosterone dalam Tongkat Ali. Ia juga penting bagi mengesahkan jika hasilan Tongkat Ali mengandungi tambahan maltodextrine atau sebarang pengisi lain.

Menerusi kemajuan teknologi dan kajian saintifik, kini Tongkat Ali digunakan sebagai antara bahan utama di dalam pelbagai produk minuman terutamanya kopi. Herba ini juga telah banyak dipasarkan dalam bentuk kapsul.


Menurut pengamal perubatan tradisional, khasiat Tongkat Ali amat sesuai untuk :

i. Menghilangkan rasa letih setelah melakukan aktiviti lasak atau kerja berat; dan
ii. Melancarkan peredaran darah dalam badan.

Namun begitu, pengambilan herba Tongkat Ali ini sebenarnya hanyalah apabila perlu sahaja. bukannya dijadikan sebagai amalan harian.




Herba Serbuk Tongkat Ali


30 BIJI KAPSUL RM 10
Makan 1 biji sehari (mlm seblum tidur)

Sunday, 5 January 2014

Keajaiban habbatus sauda


SEJAK tahun 1998, Abdul Malek Faisal Mohd. Hyffny tidak pernah cuai dalam jadual pengambilan kapsul habbatus sauda atau jintan hitam sebagai makanan tambahan setiap pagi dan malam. Jarang sekali beliau terlupa untuk memakannya.
Bekerja sebagai pengamal media membuatkan rutin hidupnya sentiasa berdepan dengan tekanan. Situasi itu secara tidak langsung menyebabkan Abdul Malek diserang hipertensi.
Justeru, Abdul Malek berikhtiar merawat kesihatan dirinya. Selain mendapatkan rawatan di hospital, beliau turut menggunakan kaedah alternatif bagi mengawal penyakit yang dihidapnya.
Dalam tempoh dua minggu mengamalkan pengambilan habbatus sauda atau nama saintifiknya Nigella sativa, Abdul Malek menyedari perubahan positif pada kesihatan dirinya.
“Saya mengambil dua biji kapsul habbatus sauda pada waktu pagi dan dua biji pada waktu petang.
“Apa yang menggembirakan, saya dapat menghidupkan salah satu daripada sunah Rasulullah SAW dalam aspek pemakanan,” ujar Abdul Malek, 46, ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.
Tidak lama selepas itu, beliau membuat keputusan meletak jawatan kerana mahu menimba ilmu di Syria. Berada di negara Asia Barat itu selama tiga tahun membuka peluang kepada Abdul Malek untuk mengenali tumbuhan habbatus sauda.
Di Syria, beliau mengunjungi sebuah ladang hijau yang subur dengan tumbuhan hababtus sauda di Hama.
Hama merupakan sebuah bandar di tebing Sungai Orontes yang terletak di bahagian tengah Syria atau 213 kilometer ke utara Damsyik.
Memiliki populasi kira-kira 700,000 orang, Hama merupakan bandar keempat terbesar di negara itu selepas Aleppo, Damsyik dan Homs.

Rentetan daripada itu, Abdul Malek tidak teragak agak untuk menjalankan perniagaan memasarkan produk berasaskan habbatus sauda ke Malaysia.

Niatnya semata-mata untuk mempromosikan produk dan amalan pemakanan yang mengikut sunah Rasulullah SAW.
“Melalui kerjasama dengan seorang sahabat di Syria, saya menubuhkan syarikat M Faisal Sdn. Bhd.
“Visi kami adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kebaikan produk ini di samping menjadi peneraju penghasilan produk berkenaan,” jelas Abdul Malek sambil memaklumkan bahawa perkataan M itu merujuk kepada sahabatnya, Shaikh Markhzan Jalani selaku pengarah bersama syarikat itu.
Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Asalnya ia tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean.
Kemudian ia ditanam secara meluas di utara Afrika terutama Mesir, selatan Eropah, Syria dan Asia Tengah seperti Iran dan India.
Ketinggian khasiat tumbuhan itu diperakui oleh ramai cendekiawan silam, ratusan saintis dan pakar perubatan di seluruh dunia.
Ibnu Sina dalam bukunya The Canon of Medicine menyatakan habbatus sauda mampu merangsang tenaga serta membantu memulihkan kepenatan dan semangat.
Penyelidikan yang dilakukan oleh Universiti Carolina Selatan di Amerika Syarikat pula mendapati, ekstrak habbatus sauda memiliki khasiat antitumor tanpa kesan sampingan.
Makam Firaun
Mengikut catatan sejarah, habbatus sauda pada awalnya ditemui di dalam makam Firaun Tutankhamen. Penemuan tersebut memberi gambaran bahawa tumbuhan itu amat penting dalam kehidupan orang Mesir purba.
Walaupun kegunaan sebenarnya tidak diketahui secara tepat, ia dipercayai mampu memberi manfaat kepada raja mereka selepas mati.
Bagaimanapun, hakikatnya kegunaan habbatus sauda dalam perubatan tercetus selepas kedatangan Islam.
Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Kekallah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati.”
Prof. Dr. Latiffah A. Latiff dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia menjelaskan, tumbuhan Nigella sativa adalah salah satu anugerah Allah yang amat bernilai buat manusia.
Justeru, sebagai saintis dan pakar perubatan kesihatan awam, beliau bertanggungjawab untuk menghuraikan hakikat tersebut dengan fakta sains bagi membuktikan kebenaran sabda Nabi Muhammad.
“Habbatus sauda memang menakjubkan kerana setiap butir bijirin ini terdiri daripada berjuta-juta sel yang menyerupai sel darah manusia,” ujar beliau yang menjalankan penyelidikan tentang habbatus sauda selama sedekad.
Latiffah mengakui semakin banyak kajian dilakukan, semakin banyak pendedahan baharu ditemui.
“Apa yang pasti terdapat lebih 100 bahan aktif yang terkandung dalam bijirin hitam dengan timokuinon mendominasi antara 70 hingga 80 peratus daripada jumlah keseluruhannya.
“Hasil beberapa kajian yang kami jalankan membuktikan bahawa bahan timokuinon yang diekstrak daripada habbatus sauda berupaya menurunkan paras kolesterol, glukos dalam darah dan berat badan sekali gus mengurangkan risiko penyakit sindrom metabolik dan penyakit jantung,” jelas beliau.
Lewatkan penuaan
Ujar Latiffah, kajian pada haiwan makmal yang diaruh penyakit Alzheimer atau nyanyuk dan diberi makan bahan aktif timokuinon daripada minyak habbatus sauda turut mempunyai kesan tersendiri.
“Penyelidikan itu merumuskan bahawa habbatus sauda telah menurunkan paras beta amiloid iaitu sejenis protein yang terdapat pada otak haiwan nyanyuk berbanding haiwan kawalan yang tidak menerima suplemen habbatus sauda.
“Kajian pada tisu kultur dan sel kultur pula menunjukkan bahan aktif asid linoleinik daripada ekstrak minyak habbatus sauda mampu mengurangkan pertumbuhan sel kanser payu dara secara signifikan.
DR. LATIFFAH banyak menjalankan penyelidikan tentang keberkesanan khasiat habbatus sauda sejak lebih sedekad lalu.


“Di samping itu, pengambilan habbatus sauda sebagai makanan tambahan berupaya melambatkan proses penuaan,” terang Latiffah yang turut mengkaji keberkesanan habbatus sauda terhadap wanita menopaus dalam aspek peningkatan kualiti kehidupan seperti kecergasan mental, spiritual dan hubungan kelamin.
Tambah beliau, pengambilan habbatus sauda sebagai makanan tambahan dalam tempoh dua minggu mampu melancarkan sistem penghadaman, melawaskan pembuangan najis terutamanya bagi mereka yang mengalami sembelit, meningkatkan tenaga dan kadar kecekapan seseorang.
“Buat masa ini, saya masih mengkaji tentang persediaan habbatus sauda yang terbaik untuk diambil iaitu sama ada dalam bentuk asli, minyak atau dicampur dengan bahan lain.
“Namun, secara saintifik sukar untuk dipastikan keberkesanan makanan yang bercampur. Misalnya, mengambil habbatus sauda dengan madu.
“Kita tidak tahu yang mana satu antara kedua-duanya yang menjadi penyembuh dan memberi kesan positif kepada sesuatu keadaan,” jelas beliau.

sumber: kosmo Online 



Terima Kasih...Sila Datang Lagi
 Shahkb Online
Sila Tinggalkan Komen Di Bawah

Beberapa Manfaat Jintan Hitam

1.Menguatkan sistem kekebalan tubuh 
Jintan hitam / Habbatus sauda dapat meningkatkan jumlah sel-sel T yang baik untuk meningkatkan sel-sel pembunuh alami. Prof. G.Reimuller, Pengarah Institut Imunologi dari Universiti Munich mengakui bahawa ekstrak habbatus sauda berkhasiat meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan dapat digunakan sebagi bioregulator. Dengan demikian habbatus sauda dapat dijadikan ubat bagi penyakit yang menyerang kekebalan tubuh seperti kanser dan AIDS.

2. Meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi
Dengan kandungan asam linoleat (omega 6) dan asam linolenat (omega 3), habbatus sauda merupakan nutrisi bagi sel otak yang berguna untuk meningkatkan daya ingat dan kecerdasan. habbatus sauda juga memperbaiki peredaran darah ke otak dan sangat sesuai diberikan pada anak usia pertumbuhan dan warga tua.

3. Meningkatkan bioaktiviti hormon
Hormon adalah zat aktif yang dihasilkan oleh kelenjar endokrin yang masuk dalam peredaran darah.Salah satu kandungan habbatus sauda adalah sterol yang berperanan aktif dalam sintesis dan bioaktivitas hormon.

4. Meneutralkan racun dalam tubuh
Racun dapat mengganggu metabolisme dan mengurangkan fungsi organ penting seperti hati, paru-paru dan otak. Keracunan boleh menimbulkan gejala berupa cirit-birit, pening, gangguan pernafasan dan daya tumpuan yang menurun. Habbatus sauda yang mengandung saponin dapat meneutralkan dan membersihkan racun dalam tubuh.

5. Mengatasi gangguan tidur dan stress
Saponin yang terdapat di dalam habbatus sauda mempunyai fungsi seperti kortikosteroid yang dapat mempengaruhi metabolisme karbohidrat, protein dan lemak serta mempengaruhi fungsi jantung, ginjal, otot tubuh dan syaraf. Saponin berfungsi untuk mempertahankan diri dari perubahan lingkungan, gangguan tidur dan dapat menghilangkan stress.

6. Anti histamin / anti alahan
Alahan adalah zat yang dilepaskan oleh rangkaian tubuh yang memberikan reaksi alergi seperti pada asma. Dari minyak habbatus sauda dapat diasingkan ditymoquinone. Kompaun pada minyak yang meruap (mudah menguap) ini disebut nigellone. pengambilan minyak ini memberi kesan positif terhadap pesakit asma. Kajian yang dilakukan Nirmal Chakravaty MD tahun 1993 membuktikan bahawa kristal dari nigellone memberikan kesan supressive. Kristak-kristal ini dapat menghambat protekinase C, sebuah zat yang memicu pelepasan histamin. Kajian lain membuktikan hal sama. Ahli imunologi dari Universiti Munich Dr. Med Peter Schleincher melakukan ujian terhadap 600 orang yang menderita alergi. Hasilnya cukup meyakinkan, 70% yang menderita alergi terhadap serbuk, jerawat dan asma sembuh setelah diberi minyak nigella (Habbatus sauda).

7. Memperbaiki saluran pencernaan dan sebagai anti bakteria
Habbatus sauda mengandungi minyak atsiri dan meruap yang telah diketahui manfaatnya untuk memperbaiki pencernaan. Secara tradisional minyak atsiri digunakan untuk ubat cirit-birit. Tahun 1992, jurnal Farmasi Pakistan memuatkan hasil kajian yang membuktikan bahawa minyak meruap dari habbtaussauda lebih mampu membunuh strainbakteri V Colera dan E Coli berbanding dengan antibiotik seperti Ampicillin dan Tetraciclin.

8. Melancarkan air susu ibu
Kombinasi asid lemak dan struktur hormonal yang terdapat dalam minyak habbatus sauda dapat melancarkan air susu ibu. Kajian mengenainya di siarkan dalam kesusasteraan kajian di Universiti Potchestroom tahun 1989.

9. Tambahan nutrisi pada ibu hamil
Pada masa pertumbuhan, anak memerlukan nutrisi untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Kandungan omega 3, 6, 9 yang terdapat dalam habbatus sauda merupakan nutrisi yang membantu perkembangan jaringan otak dan janin.

10. Anti tumor
Pada kongres kanser antarabangsa di New Delhi, minyak habbatus sauda diperkenalkan saintis dari makmal Kanser dan Imunologi, California Selatan. Habbatus sauda dapat merangsang sumsum tulang dan sel-sel kekebalan. Kompaun yang terkandung di dalamnya dapat menghancurkan sel-sel tumor dan meningkatkan antibodi.

11. Nutrisi bagi manusia
Habbatus sauda yang kaya dgn nutrisi sangat sesuai untuk warga tua terutama untuk menjaga daya tahan tubuh dan otak agar tidak cepat nyanyuk. Habbatus sauda mengandungi 15 macam asid amino termasuk di dalamnya 9 asid amino essensial. Asid amino essensial tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dalam jumlah yang cukup sehingga perlu adanya tambahan yang dapat mencukupinya seperti habbatus sauda.

Jintan hitam mengandungi bahan aktif yang disebut Nigellion dan timocinon. Nigellion dan timocinon berfungsi dalam tubuh sebagai anti alergi, antioksida, anti infektif dan broncodialating (melonggarkan tekak). Selain itu, juga kaya dgn sumber asid lemak tak tepu seperti asam linoleat, arakidat, eikosanoat, miristat, palmitik dan stearik. Asid-asid lemak ini membantu tubuh mencegah jangkitan, meningkatkan sistem kekebalan dan mengendalikan reaksi alergi. Asam linoleat gamma juga boleh membantu menstabilkan membran-membran sel.


Rasulullah saw bersabda: Gunakanlah Habbatus sauda, ​​kerana di dalamnya terdapat obat untuk segala macam penyakit kecuali maut (Shahih Bukhari dan Muslim)


Terima Kasih...Sila Datang Lagi
 Shahkb Online
Sila Tinggalkan Komen Di Bawah