Wednesday 29 July 2015

Apa Itu Penyakit Crohn?

Penyakit Crohn

Adakah anda selalu muntah, rasa mual dan makanan yang kasar seringkali tak boleh masuk pada saluran pencernaan anda? Hati-hati, mungkin anda terkena penyakit Crohn. Apa itu penyakit Crohn? Apa penyebab dan gejala-gejalanya? ini penjelasan yang diberikan oleh lama web Medicinenet.com tentang penyakit Crohn. 


Anda mungkin belum pernah mendengar nama penyakit Crohn bukan? Apa itu penyakit Crohn?


penyakit Crohn

Penyakit Crohn terjadi kerana berlaku keradangan yang kronik pada usus. Ini menyebabkan lapisan usus kecil ke usus besar tidak berfungsi. Walaupun terjadi pada usus, penyakit ini boleh merebak ke seluruh sistem pencernaan, dari mulut hingga ke anus (dubur). Penyakit Crohn mulai ditemui pada tahun 1932. Biasa juga disebut sebagai enteritis granulomatosa, kolitis, enteritis regional, ileitis atau ileitis terminal.

Penyakit Crohn yang disertai dengan peradangan pada usus besar biasa disebut penyakit radang usus. Biasanya penderita penyakit ini tidak merasainya secara berterusan. Penyakit ini sering di kesan di Amerika dan Eropah, namun tidak mustahil penyakit ini juga boleh terkena kepada penduduk di negara Asia.


penyakit Crohn

Apa yang menyebabkan penyakit Crohn?

Penyebab penyakit Crohn masih belum diketahui. Beberapa ilmuwan menduga  ia terjadi kerana infeksi oleh bakteria tertentu, seperti strain mycobacterium. Namun hingga kini belum ada bukti yang meyakinkan tentang punca penyakit. 

Penyakit Crohn tidak berjangkit. Biasanya cara pemakanan seseorang mempengaruhi  pembentukan penyakit Crohn, namun ini bukan punca sebenar penyakit ini.

Aktiviti sistem kekebalan tubuh dalam usus berperanan dalam menentukan berlakunya peradangan usus. Sistem kekebalan tubuh terdiri dari sel-sel kekebalan tubuh dan protein yang menghasilkan sel-sel kekebalan. Biasanya sel-sel dan protein pertahanan tubuh melawan bakteria berbahaya, virus, jamur dan zat-zat jahat lainnya.

Biasanya, sistem kekebalan tubuh di aktifkan hanya ketika tubuh mengesan adanya serangan dari zat-zat berbahaya. 

Bagi orang yang mengidap penyakit Crohn, seringkali kekebalan tubuh diaktifkan walaupun tiada serangan zat-zat berbahaya. Ini menyebabkan peradangan usus berlaku terus-menerus dan membuatkan seseorang terkena penyakit Crohn.


Cara Rawatan Penyakit Crohn

Cara Rawatan Penyakit Crohn

Cara yang paling mudah mencegah penyakit Crohn ialah menjaga diet pemakanan seharian anda. Amalkan pemakanan sihat.

Untuk merawat gegala awal keradangan usus yang mungkin berpunca dari penyakit Crohn ialah dengan menggunakan fiber yang di panggil Psyllium Husk.

Baca:  Khasiat Psyllium Husk

Apa Itu Psyllium Husk Dan Khasiatnya

Psyllium Husk

Psyllium Husk

Psyllium adalah sejenis fiber atau serat yang diperolehi dari tumbuhan yang dipanggil PLANTA OVATA.

Fiber ini terkenal kerana fungsinya sebagai julap (bahan pencahar untuk mengatasi sembelit). Kajian juga menunjukkan psyllium mempunyai banyak manfaat lain kepada tubuh badan manusia, iaitu utk kesihatan hati dan pankreas.

Psyllium biasanya di ambil oleh mereka yang ada penyakit berkaitan dengan usus atau penyakit Crohn.


Beberapa penyelidikan telah menunjukkan bahawa memakan 10 gram psyllium adalah selamat dan berkesan untuk merawat penyakit Crohn. 

Walau bagaimanapun, keberkesanaan adalah berbeza mengikut individu. Sesetengah orang akan mendapat kesan sampingan yang teruk. Boleh baca tentang penyakit Crohn di sini. 

Baca : Penyakit Crohn

Walaupun berfungsi untuk mengatasi sembelit, mengambil fiber ini juga membantu meningkatkan kesihatan sistem penghadaman dalam tubuh secara keseluruhan.

Psyllium akan menyerap cecair dalam badan dan boleh memberi anda rasa kenyang. Psyllium telah terbukti banyak membantu pesakit kencing manis menurunkan gula dalam darah mereka. (kerana pesakit tak perlu makan banyak, makanan biasanya mengandungi gula dan ini tidak bagus untuk pesakit kencing manis)

Selain menjaga pergerakan usus, keupayaan psyllium untuk melembutkan najis membantu mengatasi sembelit. Sembelit boleh merangsang  terjadinya penyakit buasir dan rekahan dubur.

Penyelidikan menunjukkan serat mudah larut atau fiber boleh membantu menguruskan paras kolesterol. Kajian juga menunjukkan psyllium adalah cara yang berkesan untuk menurunkan paras kolesterol.

Kolesterol tinggi boleh memberi kesan buruk kepada hati. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa serat seperti psyllium, sebagai sebahagian daripada diet yang sihat, boleh membantu mengurangkan risiko seseorang mendapat penyakit jantung. Psyllium boleh merendahkan tekanan darah, meningkatkan paras lipid  dan mengukuhkan otot jantung.


Selain psyllium, serat daripada bijirin dan buah-buahan juga boleh menyumbang kepada kesihatan jantung.

Mengekalkan berat badan yang ideal adalah sesuatu yang di ingini oleh ramai orang, terutama bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis. Selain baik untuk jantung dan mengawal tahap gula dalam darah, psyllium juga boleh membantu anda menurunkan berat badan.

Kerana psyllium akan menyerap cecair di dalam badan anda, ia boleh membantu memberikan anda rasa kenyang. Ini boleh membantu anda mengawal jumlah makanan yang anda makan.

Secara ringkas khasiat Psyllium Husk:
  1. Merawat sembelit
  2. Kesihatan jantung
  3. Mengawal paras gula dalam darah
  4. Menurunkan berat badan
  5. Mengawal paras kolesterol

Tuesday 28 July 2015

Khasiat Stevia Sebagai Pemanis Semulajadi

Khasiat Stevia


Nama Tempatan: Stevia
Nama Saintifik: stevia rebaudiana
Nama Lain: Teh manis, sweet leaf of Paraguay, caa-he-éé, kaa jheéé, ca-a-jhei, ca-a-yupi, azucacaa, eira-caa, sinonim: Eupatorium rebaudianum capim doce, erva doce, sweet-herb, honey yerba, honeyleaf, yaa waan, candy leaf, sugarleaf
Famili: Astereacea
Asal: Paraguay

Abstrak:

Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Ia merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika selatan dan Amerika tengah. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah stevia dari spesis rebaudiana.

Ciri-ciri Pokok Stevia


tanaman stevia pemanis

Stevia pemanis semulajadi penganti gula


Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium (bekas) yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram.

Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air.

Daunnya berbentuk bujur. Dalam keadaan optimun stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwarna putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster cuma saiznya kecil.

Bunga ini akan menghasilkan biji benih apabila matang. Pembiakannya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun ia boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah dan ia jarang dibiak dengan menggunakan biji benih.

Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di brazil dan paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum red Indian Guarani di paraguay sejak 1500 tahun yang silam. 

Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba. Selain dari itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan. Mereka juga menggunakan stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.


Kajian stevia:

Kegunaan stevia sebagai pemanis mula di sedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah di bawa ke asia. 


kajian terhadap stevia mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang pahit. 

Ia mula dikaji oleh seorang ahli botani Paraguay bernama Moises S. Bertoni yang kemudiannya menulis antara artikel-artikel awal mengenai stevia pada awal kurun ke 19.

Ciri paling unik mengenai stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. 

Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap stevia. Kajian terhadap kandungan toksiknya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid. 

Ia juga di dapati tidak menyebabkan mutasi sel, ia juga tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan. Walaubagaimanapun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan stevia. 

Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang di ekstrak daripada daun stevia di dapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.

Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus. Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000.

Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari. 

Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun. Selepas 3 bulan , tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. 

Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi. 

Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam stevia. Mereka juga mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid, steviol, isosteviol dan glukosilsteviol. 

steviol didapati tidak menghasilkan glukos. pada tahun 2000 juga, Para pengkaji di Denmark telah menjalankan satu kajian yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang dilakukan oleh steviosid dan steviol adalah hasil daripada keupayaan kedua-duanya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta.

Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.

Stevia juga digunakan sebagai tonik untuk jantung. Ia berfungsi dengan cara menstabilkan tekanan darah, ia juga menstabilkan degupan jantung. Kajian tentang ini telah dilakukan pada tahun 1978 terhadap tikus.

Kini, berjuta-juta pengguna di Brazil dan jepun telah menggunakan stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semulajadi. 

Ia telah diluluskan sebagai perisa makanan selama hampir 20 tahun. Jepun merupakan pengguna yang paling besar di dunia dan stevia digunakan untuk memaniskan hampir kesemua produk makanan termasuk jeruk, minuman ringan dan coklat. 

Syarikat besar seperti coca cola juga menggunakan ekstrak stevia sebagai gantian kepada NutaSweet dan sakarin untuk produk mereka yang dipasarkan di jepun, brazil dan negara-negara lain.


Serbuk Stevia beli online

daun Stevia

Antara khasiat stevia ialah:

1.pemanis semulajadi
2.menurunkan kadar gula dalam darah.

3.Melawaskan kencing

4.Menurunkan tekanan darah.
5.membunuh bakteria
6.membunuh kulat
7.membunuh virus
8.Mengurangkan keradangan
9.Alat bantu untuk menurunkan berat badan.


Monday 27 July 2015

Hari Raya Haji 2015



Cuti Umum & Cuti Sekolah Malaysia 2016

Cuti Umum & Cuti Sekolah Malaysia 2016
January
SMTWTFS
12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31
February
SMTWTFS
123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
2829
March
SMTWTFS
12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031
April
SMTWTFS
12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
May
SMTWTFS
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031
June
SMTWTFS
1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930
July
SMTWTFS
12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31
August
SMTWTFS
123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031
September
SMTWTFS
123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930
October
SMTWTFS
1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031
November
SMTWTFS
12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930
December
SMTWTFS
123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031



Public National Holidays and State Holidays
DateHolidayApplicable to
1 Jan (Fri)New YearAll except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Jan (Thu)Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan's Birthday
Negeri Sembilan only
18 Jan (Mon)Sultan of Kedah's BirthdayKedah only
1 Feb (Mon)Federal Territory DayFederal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
TBCThaipusamKuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
8 Feb (Mon)Chinese New YearNational
9 Feb (Tue)Chinese New Year (2nd Day)National
4 Mar (Fri)Anniversary of Installation
of Sultan of Terengganu
Terengganu only
25 Mar (Fri)Good FridaySabah & Sarawak only
15 Apr (Fri)Declaration of Malacca as
a Historical City
Malacca only
26 Apr (Tue)Sultan of Terengganu's BirthdayTerengganu only
1 May (Sun)Labour DayNational
5 May (Thu)Israk & MikrajKedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 May (Sat)Hari Hol PahangPahang only
17 May (Tue)Raja Perlis' BirthdayPerlis only
21 May (Sat)Vesak DayNational
30 May (Mon)Harvest FestivalSabah & Labuan only
31 May (Tue)Harvest FestivalSabah & Labuan only
1 Jun (Wed)Hari GawaiSarawak only
2 Jun (Thu)Hari GawaiSarawak only
4 Jun (Sat)Agong's BirthdayNational
6 Jun (Mon)Awal Ramadan *Johor, Kedah & Malacca only
22 Jun (Wed)Nuzul Al-QuranKelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor ,Terengganu and Federal Territories (Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan) only
6 Jul (Wed)Hari Raya Puasa *National
7 Jul (Thu)Hari Raya Puasa *National
7 Jul (Thu)Georgetown World Heritage City DayPenang only
9 Jul (Sat)Penang Governor's BirthdayPenang only
31 Aug (Wed)National DayNational
TBCSarawak Governor's BirthdaySarawak only
12 Sep (Mon)Hari Raya Haji *National
13 Sep (Tue)Hari Raya Haji (2nd Day) *Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu Only
16 Sep (Fri)Malaysia DayNational
TBCSabah Governor's BirthdaySabah only
TBCMalacca Governor's BirthdayMalacca only
2 Oct (Sun)Awal Muharram (Maal Hijrah)National
24 Oct (Mon)Sultan of Pahang's BirthdayPahang only
30 Oct (Sun)Deepavali *National except Sarawak
11 Nov (Fri)Sultan of Kelantan's BirthdayKelantan only
12 Nov (Sat)Sultan of Kelantan's BirthdayKelantan only
TBCHari Hol Almarhum Sultan JohorJohor only
TBCSultan of Johor's BirthdayJohor only
TBCSultan of Perak's BirthdayPerak only
11 Dec (Sun)Sultan of Selangor's BirthdaySelangor only
12 Dec (Mon)Prophet Muhammad's Birthday
(Maulidur Rasul)
National
25 Dec (Sun)ChristmasNational
* Subject to change, TBC - To be confirmed