Friday, 30 May 2014
Rawatan Alternatif Gout
Seorang lelaki pertengahan umur telah mengalami gout yang amat teruk. Beliau mengalami keradangan dan kesakitan pada kedua-dua belah kakinya, terutama di beberapa bahagian iaitu lutut, pergelangan kaki dan sendi ibu jari kaki.
Keadaan tersebut yang dialami selama tiga tahun menyebabkan beliau terpaksa berhenti kerja dan tidak pergi ke surau untuk menunaikan solat secara berjemaah.
Setelah berbincang, beliau bersetuju untuk mengubah gaya hidup dan mengambil beberapa jenis agen bagi meredakan gout yang saya cadangkan.
Perubahan gaya hidup difokuskan kepada mengelakkan makanan tertentu dan pengurusan stres, manakala agen bagi membantu meredakan gout yang saya cadangkan ialah cuka epal, minyak zaitun (extra virgin), vitamin C dos tinggi dan beberapa jenis herba.
Extra virgin merujuk kepada minyak zaitun yang diperah daripada buah zaitun segar. Ia kaya dengan bioflavonoids yang antara lain membantu proses detoksifikasi dan meredakan keradangan.
Setelah mengambil bahan yang dicadangkan selama sebulan, beliau menelefon boleh berjalan semula dan pergi solat berjemaah di surau.
Mengapa gout menyebabkan gejala seperti keradangan, kesakitan dan hingga seseorang sukar melakukan pergerakan fizikal? Sebenarnya gout ialah sejenis artritis yang amat menyakitkan penghidapnya. Ia biasanya menyerang ibu jari kaki, bahagian atas kaki (instep), lutut, tumit, siku, pergelangan kaki, pergelangan tangan dan jari-jemari.
Gout berlaku apabila longgokan asid urik secara berlebihan membentuk kristal pada sendi, terutama pada bahagian tubuh yang disebutkan di atas. Kristal-kristal asid urik yang terkumpul di celah sendi ini menyebabkan keradangan. Keradangan ialah sejenis keadaan dengan sifat-sifat bengkak, warna merah dan kesakitan.
Purine
Urik asid terbentuk daripada penguraian sekumpulan bahan kimia dikenali sebagai purine. Biasanya asid urik larut dalam darah dan dibuang melalui buah pinggang menggunakan air kencing.
Purine meningkatkan paras asid urik dalam darah. Ia menyebabkan peningkatan longgokan asid urik pada sendi dan menghasilkan gout. Protein haiwan seperti daging merah, ayam, makanan laut dan telur mengandungi paras purine yang lebih tinggi berbanding protein tumbuh-tumbuhan.
Simptom gout tidak berlaku secara serta-merta. Simptom yang menyakitkan dan hingga menyebabkan sebahagian penghidap sukar untuk bergerak hanya berlaku apabila longgokan asid urik terlalu berlebihan.
Faktor yang mencetus simptom tersebut, termasuk kesesakan hati (liver congestion), masalah metabolisme protein, buah pinggang tidak berfungsi secara sempurna dan pengambilan alkohol.
Asid urik menjalani metabolisme dalam hati sebelum ia dibuang melalui air kencing. Paras asid urik dalam tubuh meningkat jika keseimbangan fungsi hati terganggu seperti berpunca daripada stres emosi atau pengambilan alkohol. Stres emosi mudah mencetus simptom gout atau memburukkan simptom yang sedang dialami.
Hati ialah organ yang amat penting. Ia menjalankan pelbagai proses, termasuk membina dan mengurai bahan kimia serta menjadi stor simpanan bahan kimia tertentu. Apabila hati membengkak atau mengalami ketidakseimbangan fungsi, pembinaan asid urik meningkat pada paras yang tinggi. Keadaan ini membentuk gout.
Gluten daripadaa gandum, barli dan rai merupakan protein kompleks yang mengganggu fungsi usus. Kesensitifan usus terhadap gluten dikaitkan dengan masalah hati, termasuk keradangan hati. Sirap jagung tinggi fruktos (SJTF) yang terkandung dalam pelbagai minuman terproses seperti air berkarbonat, kordial dan air kotak adalah pencetus gout. Pengambilan SJTF secara berpanjangan dikaitkan dengan peningkatan lemak dalam tubuh termasuk dalam hati, menyebabkan kesesakan dan keradangan hati. Ia semua meningkatkan risiko gout.
Ubatan moden
Fisiologi (organ sistem dan fungsinya) tubuh kita dicipta oleh ALLAH bagi menyesuaikan diri dengan bahan semula jadi ciptaan-Nya. Sebab itu bahan sintetik dan bahan tidak holistik seperti bahan pewarna tiruan, plastik,
kimia pencemaran dan ubat-ubatan moden boleh mendatangkan kemudaratan kepada tubuh, termasuk hati.
Pengambilan ubat-ubatan moden tertentu seperti antibiotik, pelancar air kencing, dan ubat-ubatan kemoterapi bagi merawat kanser dipercayai antara faktor yang menyumbang kepada ketidakseimbangan fungsi hati dan buah pinggang. Ini juga dipercayai sebagai punca peningkatan risiko gout.
Berapa ramai agaknya penduduk dunia yang mengalami kegagalan buah pinggang dan hati tidak berfungsi, tidak tahu ia berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan moden tertentu. Kasihannya, apabila mereka bertanya doktor, mereka mungkin 'telan' bulat-bulat jawapan yang diberikan. Jawapan yang biasa diterima ialah ubat-ubatan bukan punca, tetapi faktor umur atau punca tidak diketahui.
Gout berlaku bukan kerana tubuh kekurangan ubat-ubatan tahan sakit, redakan keradangan atau kurangkan paras asid urik. Intervensi dengan bahan-bahan semula jadi ialah pilihan utama pengamal-pengamal perubatan alternatif.
Cuka epal, minyak zaitun, vitamin C dos tinggi dan herba tertentu semuanya dipercayai sesuai untuk merawat gout. Tiada sebarang ujian klinikal (kajian sains) pernah dijalankan terhadap bahan yang disebutkan. Namun
pengamal-pengamal perubatan alternatif pakar contohnya seperti penulis sendiri faham mengenai fungsi organ sistem dan tindak balas biokimia mudah mengenal pasti agen atau bahan yang sesuai bagi merawat sesuatu penyakit termasuk gout.
Sesungguhnya bahan-bahan yang disebutkan membantu mentona dan menguatkan fungsi hati. Minyak kelapa dara, sama ada yang sediakan dengan cara dimasak atau diperam kedua-duanya boleh digunakan untuk meredakan gout. Ia boleh diambil bersama minyak zaitun atau secara bersendirian. Sesungguhnya sebagaimana minyak zaitun, minyak kelapa dara juga berupaya mengharmonikan paras lipid dalam darah, termasuk hati.
Pada masa sama, herba berikut juga sesuai diambil untuk tindakan sinergi. Herba-herba yang boleh digunakan ialah dukung anak, chai-hu (herba Cina, Bepleurum chinense, Huang-qi (astragalus membranaceus) dan gambir sesuai digunakan bagi meredakan gout.
Vitamin C dos tinggi sering dibimbangi meningkatkan risiko batu karang. Ini kerana secara teori asid askorbik (nama sains vitamin C) diubah kepada oksalat (oxalate). Komposisi batu karang terdiri dari garam, sama ada kalsium oksalat.
Kalsium fosfat atau salah satu daripada kedua-dua bahan ini. Kalsium oksalat tidak larut dalam air dan larut amat sedikit dalam cuka. Namun jika ia diambil bersama-sama cuka epal bukan sahaja ia mencegah pembentukan batu karang, malah batu karang yang sedang dialami juga akan larut.
Mekanisme bagaimana cuka epal, di mana berupaya melakukannya tidak diketahui. Kemungkinan besar beberapa jenis asid organan lain yang terkandung dalam cuka epal membantu melarutkan kalsium oksalat.
Saturday, 24 May 2014
Rahsia herba untuk kesihatan
Sekarang ini kita sering mendengar ramai menghidap pelbagai penyakit. Malah, agak pelik jika diteliti kerana puluhan tahun lalu, statistik mengenai penyakit berbahaya tidak begitu tinggi.
Apa lebih merisaukan ialah apabila kita sendiri atau orang terdekat menerima ujian dari Allah SWT. Kita sudah sedia maklum dengan khasiat dan kemampuan pelbagai tumbuhan semula jadi untuk membantu mengatasi pelbagai penyakit.
Dari yang mudah diperolehi seperti pegaga, ulam-ulaman, buah-buahan tempatan kepada tumbuhan negara asing seperti beri, guarana, ginseng dan kaktus.
Manakala antara bahan yang banyak memberi kelebihan dalam penjagaan kesihatan ialah sireh, delima, guarana dan maca.
Sireh sebagai penawar
Di zaman silam, sireh merupakan salah satu pendekatan perubatan tradisional yang penting, bukan saja di Tanah Melayu malah di rantau Asia.
Di India, sireh digunakan untuk mengubati penyakit di mulut, tekak dan lapisan perut. Di Afrika Timur, daunnya digunakan untuk ulser, selesema serta radang kerongkong.
Masyarakat Filipina menggunakan sirih untuk mengubati masalah gastrik dan penyakit paru-paru yang dihadapi kanak-kanak.
Manakala di Kemboja, daun sirih yang ditumbuk dijadikan losyen mandian untuk mengubati penyakit seperti demam, demam campak, kelenjar membesar dan lymphagitis.
Di Indonesia, daunnya yang segar dicampurkan ke dalam bahan perubatan lain sebagai rangsangan antiseptik, gatal-gatal, astringen dan masalah dalaman lelaki.
Hasil penemuan kajian saintifik mendapati tumbuhan herba seperti sireh mengandungi rangkaian bahan komponen aktif semula jadi yang amat berguna dalam dunia perubatan.
Ia mengandungi antiseptik semula jadi yang berupaya membunuh kuman, bakteria dan kulat dengan khasiat hemostasis yang dapat melancar darah dan menghentikan perdarahan.
Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab turut disebut dalam hadis mauquf yang antara lain Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Buah delima adalah di antara buah-buahan syurga, tidak ada satu pun buah delima yang kalian tanam melainkan ia dibuahi dengan biji buah delima syurga.”
Petikan dari Surah al-An’am ayat 99 pula ada menceritakan mengenai delima: “Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.”
Terdapat kajian menunjukkan buah delima mengandungi bahan antioksidan (flavonoids) bagi meneutralkan dan melindungi sel kulit daripada kerosakan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
Radikal bebas sebenarnya memusnahkan sistem pertahanan badan yang membawa kepada punca pelbagai penyakit.
Di antara khasiat buah delima adalah untuk membaik pulih fungsi hati, membantu penghadaman serta mengurangkan alahan bagi wanita mengandung. Selain itu, delima juga mampu mengubah suai hormon bagi wanita yang sudah menopaus, membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah.
Dari segi kecantikan, ekstrak buah delima dikatakan dapat mencantikkan kulit wajah dan badan agar kelihatan lebih cantik bermaya. Khasiat lain buah delima termasuk mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, yang menjadi punca penyakit jantung.
Rahsia Maca untuk lelaki
Satu-satunya bahan herba yang digunakan pahlawan di Peru dan para atlik sukan Olimpik untuk mendapatkan lonjakan tenaga dengan cepat. Maca adalah sejenis tumbuhan unik dan hanya dijumpai di Banjaran Gunung Andes, Peru.
Menurut buku The Healing Power of Rainforest Herbs, maca mempunyai kandungan garam galian yang tinggi, menjadikan maca kaya dengan pelbagai khasiat seperti asid amino dan asid lemak penting.
Ia turut dikenali sebagai ‘Peruvian Ginseng’ di negara barat kerana keupayaannya merangsang libido lelaki dan wanita.
Menurut satu kajian dijalankan Balick MJ Lee R dalam buku ‘Maca: From Traditional Food Crop To Energy and Libido Stimulant’, ekstrak maca ini dapat membantu mengaktifkan rangsangan dan mengurangkan masalah dalaman lelaki dengan baik terutama golongan lelaki berumur 40 tahun ke atas.
Ia juga dapat memberi tenaga berterusan, meningkatkan kekuatan otot dan mengimbangi hormon dalam badan.
Guarana melawan keletihan
Jika anda memerlukan sesuatu yang mampu melawan keletihan terutama pada setiap hari pulang dari kerja, maka Guarana adalah jawapannya.
Ia dianggap sebagai sejenis herba yang mempunyai kandungan kafein semula jadi yang begitu tinggi.
Menurut kajian dari University of Northumbria, antara khasiat lain guarana atau ‘superfood’ ini adalah untuk membekalkan tenaga berterusan terutama kepada mereka yang berumur.
Guarana juga membantu membakar lemak berlebihan dalam badan dan sekali gus menurunkan berat badan dengan mudah.
Sebagai seorang Islam kita harus berusaha berlandaskan lunas Islam dan mempercayai semua penyakit ada penawarnya kecuali mati.
Friday, 23 May 2014
Kajian Pueraria Mirifica
Sumber: Perubatan Tumbuhan, Institut Penyelidikan, Jabatan Sains Perubatan, Kementerian Kesihatan Awam, Thailand; Julai 2000
Kwao Krua adalah tumbuhan herba asli yang ditemui di hutan di wilayah utara Thailand. Ianya terkenal di kalangan penduduk tempatan selama bertahun-tahun disebabkan oleh khasiat semulajadinya serta keberkesanan sebagai penawar kepada beberapa penyakit . Ianya dianggap sebagai identiti kebangsaan perubatan tradisional di negeri Thailand.
Para Penyelidik dan ahli akademik menggunakan kebijaksanaan dan pengetahuan orang-orang tua bagi mengetahui keajaiban tumbuhan ini manakala banyak universiti-universiti negeri memasukkan tanaman Kwao Krua sebagai kajian dalam kursus-kursus ijazah sarjana mereka. Terdapat 4 jenis Kwao Krua yang bermanfaat dan boleh digunakan bagi tujuan perubatan, sebagai makanan tambahan dan pembuatan bahan kosmetik iaitu White Kwao Krua (Pueraria Mirifica), Kwao Krua Merah (Butea Superba), Hitam Kwao Krua dan Grey Dull Kwao Krua.
Para Penyelidik dan ahli akademik menggunakan kebijaksanaan dan pengetahuan orang-orang tua bagi mengetahui keajaiban tumbuhan ini manakala banyak universiti-universiti negeri memasukkan tanaman Kwao Krua sebagai kajian dalam kursus-kursus ijazah sarjana mereka. Terdapat 4 jenis Kwao Krua yang bermanfaat dan boleh digunakan bagi tujuan perubatan, sebagai makanan tambahan dan pembuatan bahan kosmetik iaitu White Kwao Krua (Pueraria Mirifica), Kwao Krua Merah (Butea Superba), Hitam Kwao Krua dan Grey Dull Kwao Krua.
Masyarakat tempatan di Thailand menggunakan Pueraria Mirifica lebih daripada 100 tahun, bagi tujuan anti penuaan dari satu generasi ke generasi lain dan perkara ini telah di dedahkan dalam penerbitan oleh Luang Anusan Suntara.
Pada bulan Mei tahun 1931, Luang Anusan Suntara menerbitkan risalah mengenai subjek "Kwao Krua" yang menerangkan cara-cara menggunakan Pueraria Mirifica dalam perubatan dan sebagai anti penuaan. Ia ada di nyatakan di dalam risalah bahawa Pueraria Mirifica:
- Bertindak sebagai agen anti kedut;
- Meningkatkan pertumbuhan rambut dan membantu melambatkan pertumbuhan uban
- Mengurangkan masalah katarak
- Membantu orang yang mempunyai daya ingatan yang lembab atau hilang ingatan
- Meningkatkan tenaga dan kecergasan, pergerakan tubuh badan yang lebih refleksif
- Meningkatkan peredaran darah
- Meningkatkan selera makan, dan
- Mengurangkan gejala gangguan tidur atau sukar tidur malam
Pada tahun 1932, Dr. A.F.G. Kerr, Pengarah Seksyen Bunga Journal Persatuan Siam, telah menarik perhatian masyarakat saintifik bahawa tumbuhan Thailand "Kwao Krua", mempunyai nilai yang tinggi sebagai agen anti penuaan.
Dr. Kerr sebagai saintis pertama mewujudkan kesedaran antarabangsa mengenai keberkesanan kwao krua ini sebagai anti penuaan dan seterusnya berjaya mengasingkan phyto estrogen yang terdapat di dalam Pueraria Mirifica pada tahun 1952. Dari sinilah nama Pueraria Mirifica diberi. Berfungsi sebagai "Fountain of Youth" bagi lelaki dan wanita berusia.
Berita Ekonomi Asia, Jan 11, 1999 BANGKOK, 4 Jan
Biologis Thailand mendakwa telah membuktikan tumbuhan yang dikenali sebagai "Kwao Krua," boleh menghasilkan hormon seks estrogen wanita di kalangan wanita dan meningkatkan saiz payudara mereka.
Wichai Cherdshewasart, profesor madya di Universiti Chulalongkorn berkata beliau menghabiskan hampir setahun menjalankan penyelidikan mengenai ubi Kwao Krua (Pueraria mirifica), mendakwa bahawa ujian menunjukkan payudara seorang wanita meningkat 2.5 sentimeter dalam tempoh lima hari melalui penggunaan bahan ini.
Biologis itu berkata beliau telah memohon bagi mendapatkan paten untuk mengeluarkan ubat dari Kwao Krua dan kini dalam perancangan pengeluaran bagi industri perubatan. Tetapi keputusan yang tidak terjamin, kata Wichai, kira-kira 20% daripada kes-kes ujian menunjukkan tiada jawapan. "Ia bergantung kepada kesihatan anda.
Jika anda berada dalam keadaan yang baik, antara 20 dan 45 tahun dan mempunyai struktur badan yang agak besar, anda akan mendapat keputusan yang baik," kata Wichai. "Ia adalah mustahil untuk seorang wanita yang kurus untuk membesarkan payudara dari 75 cm hingga 90 cm dengan mengambil Kwao Krua (Pueraria mirifica)
Wichai Cherdshewasart, profesor madya di Universiti Chulalongkorn berkata beliau menghabiskan hampir setahun menjalankan penyelidikan mengenai ubi Kwao Krua (Pueraria mirifica), mendakwa bahawa ujian menunjukkan payudara seorang wanita meningkat 2.5 sentimeter dalam tempoh lima hari melalui penggunaan bahan ini.
Biologis itu berkata beliau telah memohon bagi mendapatkan paten untuk mengeluarkan ubat dari Kwao Krua dan kini dalam perancangan pengeluaran bagi industri perubatan. Tetapi keputusan yang tidak terjamin, kata Wichai, kira-kira 20% daripada kes-kes ujian menunjukkan tiada jawapan. "Ia bergantung kepada kesihatan anda.
Jika anda berada dalam keadaan yang baik, antara 20 dan 45 tahun dan mempunyai struktur badan yang agak besar, anda akan mendapat keputusan yang baik," kata Wichai. "Ia adalah mustahil untuk seorang wanita yang kurus untuk membesarkan payudara dari 75 cm hingga 90 cm dengan mengambil Kwao Krua (Pueraria mirifica)
Menurut legenda, seorang perempuan tua mula datang haid semula selepas sentiasa mengambil ubat Kwao Krua.Para saintis menghabiskan lebih daripada 10 tahun dalam usaha untuk mengesan cerita legenda itu. Pada bulan Februari 1947, mereka akhirnya tahu bahawa ubi ajaib itu ialah Pueraria mirifica.
Wichai mengesyorkan bahawa dalam sesetengah kes, wanita perlu minum susu di samping mengambil Kwao Krua. wanita kurus yang ingin membesarkan payudara 72,5-cm 77,5 cm dalam tempoh sebulan perlu minum sekurang-kurangnya satu liter susu setiap hari, katanya.
Selain membesarkan saiz payudara, ubi ini juga boleh membesarkan pinggul, menghaluskan kulit dan menjadikan rambut hitam, menurut Wichai.
Wichai mengesyorkan bahawa dalam sesetengah kes, wanita perlu minum susu di samping mengambil Kwao Krua. wanita kurus yang ingin membesarkan payudara 72,5-cm 77,5 cm dalam tempoh sebulan perlu minum sekurang-kurangnya satu liter susu setiap hari, katanya.
Selain membesarkan saiz payudara, ubi ini juga boleh membesarkan pinggul, menghaluskan kulit dan menjadikan rambut hitam, menurut Wichai.
Rm 25 /Botol Exclude Postage
BORONG
Rm 20 /Botol Exclude Postage
(Minima Order 4 Botol)
BORONG
Rm 20 /Botol Exclude Postage
(Minima Order 4 Botol)
Terima Kasih...Sila Datang Lagi
Sila Tinggalkan Testimonial Di Ruangan Komen Di Bawah
Idam Nak Cantik Jadi Gila
Gambar Hiasan |
Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba.
“Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.
Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.
Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.
Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine.
“Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.
Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit.
Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.
“Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya.
Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkat setiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522 (2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).
Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah, denda maksimum RM50,000.
INFO: Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan
Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
Kintop
Body Beaus
BMI-9 Xylimming Capsule
Senna Plus Capsule
Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
Lami
Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
Obexlim
Slimax Coffee
Beaute Fit Body Contour
Body Trimz
Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
357 Nasal Spray
Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
Makjun Taufiq Dua Istimewa
Majun Dua Istimewa
Ginseng Jin Fui Wan
Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
Makjun Syafiq 3 Istimewa
Reepo
Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
Air Ikan Haruan
Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
Eriesya Spa Beauty Cream
Atika Beauty Renewal Cream
Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
Ratna Sari Whitening Night Cream
Tia Amelia Krim Jeragat
Chantique Whitening Night Cream
RZAC White Pearl Cream
Nuriz Day and Night Cream
Elite Rias Er Cream
R&Z Whitening Night Cream
Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
Pigmentation Recovery Complex
Zara Rejuvenation Cream
Natasya Krim Herba Gold
De Putih Night Cream
Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill
Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
Qian Tong Dan
Raja Ubat Resdung
Coral Plus UA 350MG
Sumber: Berita Harian Online
Ramai wanita nak cantik, Tapi bila dah cantik....
Timbul pulak masalah seperti artikel akhbar di bawah ni...Hehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Antara spesies ikan yang menjadi buruan kaki pancing Ikan kakap menjadi buruan kaki pancing di mana2 tempat, selain kekuatan tarik...
-
Buah Kelentit Kering merupakan herba yang paling ideal untuk meningkatkan tenaga seksual wanita. 100% herba asli, tiada campuran bah...
-
Hampir semua produk yang menjanjikan penurunan berat badan secara drastik, tanpa perlu bersenam, pasti di buru. Demikian juga halnya den...