Friday, 16 October 2015

BUNGA ROSELLE SEGAR

kajian khasiat roselle


Bunga Roselle atau nama saintifiknya Hibiscus Sabdariffa l, nama ini berbeza di setiap negara seperti bunga rosella (Indonesia), zuring (Belanda), oseile rouge (Perancis) atau karkadeh (Sudan).  

Pohon roselle tumbuh daripada biji dan mempunyai ketinggian sehingga mencapai 3-5 meter dan mengeluarkan bunga hampir setiap tahun. Ia berwarna cerah, kelopak bunga berwarna merah gelap dan agak tebal. 

Walaupun berbeza nama tetapi khasiat dan manfaatnya tetap sama. 

Kelopak Bunga
Diproses untuk dijadikan makanan seperti manisan, jeli, minum dan serbuk (teh).

Daun Muda
Dimakan sebagai ulam atau salad.

Biji
Mengandungi minyak tertentu.

Khasiat Roselle
Ia adalah sumber utama vitamin C untuk badan kita dan kandungan vitamin C ini melebihi 20 kali ganda daripada buah limau (citrus).  Dianggarkan 100 gm kelopak bunga segar mengandungi 3 kali ganda daripada buah anggur hitam, 10 kali ganda daripada buah belimbing dan 2.5 kali ganda daripada buah jambu.

Selain itu, roselle juga mengandungi vitamin D, Vitamin B1, B2, niacin, riboflavin, karoten, zat besi, asam amino, polisakarida, Omega 3 dan kalsium.

Cara penyedian

1. Roselle di cuci bersih.
2. biji roselle dibuang.
3. Roselle di rebus sehingga mendidih dengan air secukupnya. apabila mendidih, boleh masukkan beberapa helai daun pandan dan gula.
4. Siap dan sedia dihidangkan. Boleh juga dicampur susu.
5. sisa Roselle tadi jika tidak mahu membazir, boleh di buat jem. caranya, sisa Roselle dikisar (blender). bole tambah gula supaya jem tadi lebih manis.


jus roselle

Buah roselle segar
BUAH ROSELLE SEGAR


Friday, 9 October 2015

Manjakani Aleppo, Syria - Manjakani Terbaik

 Manjakani Aleppo, Syria

Manjakani Aleppo, Syria

Mengapa Manjakani Aleppo, Syria terbaik
Kerana kandungan Tannin-nya yang paling tinggi berbanding dengan manjakani dari tempat lain. Tannin (juga di kenali sebagai vegetable tanninnatural organic tannins atau stannoid) merupakan sebatian yang membuatkan rasa manjakani menjadi pahit dan kelat. Ia terdiri daripada protein, asid amino dan alkaloid.

Kebiasaanya manjakani yang ada di pasaran merupakan manjakani tempatan atau di import dari India.


Manjakani Aleppo, Syria

Pahit itu ubat
kebiasaanya, tumbuhan atau herba yang pahit dan kelat dijadikan ubat oleh masyarakat sejak dulu lagi. Herba yang pahit ini pula biasanya mengandungi tannin.
aleppo galls powder

Manjakani sangat berguna untuk merawat pelbagai masalah faraj wanita termasuk penyembuhan tisu faraj, mengurangkan keputihan berlebihan, mengembalikan keanjalan faraj, berkesan mengetatkan faraj dan menyembuhkan luka faraj.

Manjakani merupakan astringen semulajadi yang mengandungi bahan-bahan antiseptik dan antioksidan. Ia mempunyai astringen unik yang bertindak untuk memulihkan kesihatan dalam faraj. 

Manjakani juga sangat berguna, apabila diambil bersama-sama dengan herba wanita yang lain seperti Kacip Fatimah. Manjakani digunakan secara tradisional oleh wanita Malaysia selepas bersalin untuk mengembalikan keanjalan dinding rahim. 

Jika di ambil bersama dengan Kacip Fatimah, manjakani amat memudahkan proses penyembuhan rahim selepas bersalin. Pengambilan manjakani dari masa ke masa benar-benar akan memberi nafas baru dalam faraj dan membantu mencegah penuaan faraj yang terhasil daripada melahirkan anak, faktor umur dan ia memberikan kesihatan secara keseluruhan. 

Manjakani juga memberi manfaat kepada seseorang wanita dari segi meningkatkan libido tenaga seksual. Ia secara semulajadi membantu seorang wanita untuk mengetatkan faraj yang boleh memberikan seks yang lebih baik dan lebih menyeronokkan dengan pasangannya. Faraj lebih ketat juga boleh membantu wanita mencapai kepuasan seks lebih kerap. 

Manfaat lain manjakani untuk wanita termasuklah: 
  1. Anti-oksida dalam manjakani mengurangkan proses penuaan.
  2. Membantu menghindari dan menyembuhkan penyakit kencing manis (kerana Gallic Acid). 
  3. Membantu menghindari kanser payudara dan kanser pangkal rahim, membantu menghapuskan bakteria, yis dan jangkitan kulat (penyebab utama kegatalan dan bau yang tidak selesa pada faraj). 
  4. Keputihan berlebihan dikurangkan. 
  5. Menggalakkan kulit yang licin dan menghilangkan jerawat. 
  6. Wanita yang kerap mengambil kapsul manjakani akan membuatkan badan mereka dalam keadaan segar, sihat dan penuh tenaga dalam hubungan suami isteri.