Adapun kaedah yang paling relevan dan mudah diamalkan ialah dengan melakukan saranan diri. Dinamakan juga auto-suggestion. Di sini kita menyarankan memberitahu dan menyakinkan kepada diri sendiri bahawa diri kita mempunyai kekuatan yang jauh lebih hebat dari yang disangkakan.
Saranan diri mempunyai kuasa dan kekuatan dalam mempertingkatkan kemampuan minda dan memajukan diri.
Dr. Joseph Murphy, pakar Ilmu Pemikiran Bawah Sedar menceritakan perihal seorang wanita berusia 75 tahun, mempunyai tabiat memberi saranan yang negatif kepada dirinya. Dia selalu berkata, "Kekuatan ingatanku semakin melemah sekarang". Memang benar, lama-kelamaan ingatannya menjadi betul-betul lemah. Selepas belajar menggunakan kekuatan minda terpendam, dia mula membuat saranan diri yang positif.
"Ingatanku bertambah baik dari hari ke hari. Aku mampu mengingati apa sahaja yang aku kehendaki pada sebarang masa dan tempat. Aku tidak akan lupa. Apa sahaja yang aku cuba ingatkan akan dapat diingati dengan tepat dan segera. Sekarang daya ingatanku meningkat dengan cepatnya pada setiap hari. Dalam tempoh yang singkat ingatanku akan bertambah baik, bahkan lebih baik daripada sebelum ini."
Dia melakukan saranan diri dengan penuh keyakinan dan hasrat yang menyala-nyala pada setiap hari. Pada akhir minggu ketiga, ingatannya pulih seperti sediakala. Dia begitu gembira. Begitulah besarnya kesan kuasa saranan diri. Dalam melakukan saranan diri, anda bebas memilih ayat dan perkataan sendiri. Gunakan apa jua ayat yang dirasakan berkesan untuk mempergaruhi dan menyakin diri sendiri bahawa kita mampu memperolehi apa yang dihajatkan.
TEKNIK SARANAN DIRI YANG BERKESAN
- Hajat atau matlamat yang hendak diperolehi mestilah jelas dan tepat.
- Dilakukan dengan hasrat yang menyala-nyala, bersungguh-sungguh dan penuh harap.
- Yakin sepenuhnya bahawa akan memperolehi apa yang kita sarankan kepada diri sendiri.
- Berimanigasi bahawa kita sedang mendapat apa yang dihajati.
- Konsisten, amalkan pada setiap malam sebelum tidur dan pagi selepas bangun dari tidur secara berterusan 6-7 minggu atau sehingga berjaya.
No comments:
Post a Comment