Saturday, 7 February 2015
Tidur Dengan Perut Lapar?
Tidak elok jika Anda membiarkan perut kelaparan semasa tidur kerana ini akan mengganggu waktu tidur. Anda juga mungkin sukar untuk tidur dengan keadaan perut yang lapar.
Menurut seorang pakar pemakanan Stephanie Clarke, belum ada kepastian apakah itu baik atau buruk, semua itu bergantung kepada kebiasaan setiap orang dan tujuan kesihatan yang ingin di capai. Namun betulkah makan malam sebelum tidur boleh membuat berat badan naik dan dengan cara tidak makan Anda akan jadi lebih kurus?
Menurut popsugar.com, makan pada malam hari tidak akan membuat Anda gemuk, jika Anda tidak mengonsumsi makanan melebihi keperluan kalori harian Anda.
Pemilihan makanan perlu diperhatikan sebelum mulai makan malam.
Karbohidrat merupakan makanan yang mudah membuat perut kenyang sekaligus mampu membuat mata mengantuk dengan cepat dan tidur lebih nyenyak. Namun pengambilan karbohidrat di malam hari juga menjadi punca kegemukan.
Justeru untuk mengatasi perut lapar, anda boleh makan makanan tinggi karbohidrat seperti nasi sebelum jam 7 malam.
Pilih makanan yang kaya dengan protein dan serat seperti kacang-kacangan atau roti. Boleh juga makan buah-buahan. Jadi, tidak ada alasan untuk menghindari makan malam semata-mata untuk menjadi kurus.
Kata Motivasi Diri
Kuasai pikiranmu, kamu akan dapat melakukan apapun
yang kamu inginkan dengan pikiran tersebut
(Plato)
Anda dapat mengubah , siapa Anda
dengan mengubah apa yang masuk dalam pikiran Anda
Friday, 23 January 2015
Baju Doktor Warna Hijau Sebab...
Warna hijau membantu para doktor untuk melihat dengan lebih baik karena dua alasan. Pertama, melihat warna biru atau hijau dapat menyegarkan penglihatan doktor dari hal-hal yang berwarna merah, seperti organ dalaman dan darah pesakit semasa operasi pembedahan. Kerana, otak menafsirkan warna secara relatif terhadap warna yang lain.
Jika seorang pakar bedah menatap pada sesuatu yang berwarna merah atau merah muda, ia akan menjadi terbiasa dengan warna tersebut sehingga penglihatannya terganggu. isyarat merah di otak akan memudar, yang boleh menyulitkan doktor melihat organ dan jaringan tubuh manusia. Sedangkan, jika doktor melihat sesuatu yang berwarna hijau dari waktu ke waktu, ia dapat membuat matanya lebih sensitif terhadap variasi dalam warna merah.
Kedua, karena penglihatan doktor terus menerus terfokus terhadap organ dalaman pesakit yang berwarna merah, warna merah ini dapat menyebabkan ilusi optik berwarna hijau di permukaan yang putih dan tentu dapat mengganggunya.
Tuesday, 20 January 2015
Teknik Saranan Diri
Adapun kaedah yang paling relevan dan mudah diamalkan ialah dengan melakukan saranan diri. Dinamakan juga auto-suggestion. Di sini kita menyarankan memberitahu dan menyakinkan kepada diri sendiri bahawa diri kita mempunyai kekuatan yang jauh lebih hebat dari yang disangkakan.
Saranan diri mempunyai kuasa dan kekuatan dalam mempertingkatkan kemampuan minda dan memajukan diri.
Dr. Joseph Murphy, pakar Ilmu Pemikiran Bawah Sedar menceritakan perihal seorang wanita berusia 75 tahun, mempunyai tabiat memberi saranan yang negatif kepada dirinya. Dia selalu berkata, "Kekuatan ingatanku semakin melemah sekarang". Memang benar, lama-kelamaan ingatannya menjadi betul-betul lemah. Selepas belajar menggunakan kekuatan minda terpendam, dia mula membuat saranan diri yang positif.
"Ingatanku bertambah baik dari hari ke hari. Aku mampu mengingati apa sahaja yang aku kehendaki pada sebarang masa dan tempat. Aku tidak akan lupa. Apa sahaja yang aku cuba ingatkan akan dapat diingati dengan tepat dan segera. Sekarang daya ingatanku meningkat dengan cepatnya pada setiap hari. Dalam tempoh yang singkat ingatanku akan bertambah baik, bahkan lebih baik daripada sebelum ini."
Dia melakukan saranan diri dengan penuh keyakinan dan hasrat yang menyala-nyala pada setiap hari. Pada akhir minggu ketiga, ingatannya pulih seperti sediakala. Dia begitu gembira. Begitulah besarnya kesan kuasa saranan diri. Dalam melakukan saranan diri, anda bebas memilih ayat dan perkataan sendiri. Gunakan apa jua ayat yang dirasakan berkesan untuk mempergaruhi dan menyakin diri sendiri bahawa kita mampu memperolehi apa yang dihajatkan.
TEKNIK SARANAN DIRI YANG BERKESAN
- Hajat atau matlamat yang hendak diperolehi mestilah jelas dan tepat.
- Dilakukan dengan hasrat yang menyala-nyala, bersungguh-sungguh dan penuh harap.
- Yakin sepenuhnya bahawa akan memperolehi apa yang kita sarankan kepada diri sendiri.
- Berimanigasi bahawa kita sedang mendapat apa yang dihajati.
- Konsisten, amalkan pada setiap malam sebelum tidur dan pagi selepas bangun dari tidur secara berterusan 6-7 minggu atau sehingga berjaya.
Friday, 9 January 2015
7 health benefits of broccoli
Broccoli is known to be hearty and tasty vegetable which is rich in dozens of nutrients. It is said to pack the most nutritional punch of any vegetable.
Here are some of the benefits of broccoli:
1.Cancer prevention: Broccoli shares these cancer fighting, immune boosting properties with other cruciferous vegetables such as cauliflower, Brussels sprouts and cabbage.
2. Cholesterol reduction: Like many whole foods, broccoli is packed with soluble fiber that draws cholesterol out of your body.
3. Reducing allergic reaction and inflammation: Research has shown the ability of kaempferol to lessen the impact of allergy-related substances on our body. Broccoli even has significant amounts of omega 3 fatty acids, which are well know as an anti-inflammatory.
4. Powerful antioxidant: Of all the cruciferous vegetables, broccoli stands out as the most concentrated source of vitamin C, plus the flavonoids necessary for vitamin C to recycle effectively. Also concentrated in broccoli are the carotenoids lutein, zeaxanthin and beta-carotene, other powerful antioxidants.
5. Bone health: Broccoli contains high levels of both calcium and vitamin K, both of which are important for bone health and prevention of osteoporosis.
6. Heart health: The anti-inflammatory properties of sulforaphane, one of the isothiocyanates (ITCs) in broccoli, may be able to prevent (or even reverse) some of the damage to blood vessel linings that can be caused by inflammation due to chronic blood sugar problems.
7. Diet aid: Broccoli is a good carb and is high in fiber, which aids in digestion, prevents constipation, maintains low blood sugar, and curbs overeating.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Hampir semua produk yang menjanjikan penurunan berat badan secara drastik, tanpa perlu bersenam, pasti di buru. Demikian juga halnya den...
-
Buah Kelentit Kering merupakan herba yang paling ideal untuk meningkatkan tenaga seksual wanita. 100% herba asli, tiada campuran bah...
-
Pokok Patawali juga dikenali sebagai Akar Seruntun, Brotowali, Batang Wali dan Andawali. Nama botani bagi tumbuhan ini ialah Tinospora c...
















