Friday, 18 December 2015

Batang Wali / Akar Seruntun / Patawali Penawar Kencing Manis dan Darah tinggi

Batang Wali

Pokok Patawali juga dikenali sebagai Akar Seruntun, Brotowali, Batang Wali dan Andawali. Nama botani bagi tumbuhan ini ialah Tinospora crispa (Miers). Ia mempunyai rasa yang pahit dan dipercayai dapat memahitkan darah, dengan itu mengurangkan gigitan nyamuk. 

Patawali sering digunakan dalam perubatan tradisional bagi mengubati penyakit darah tinggi, kencing manis, malaria, gonorea, kusta, gout, kepialu dan demam kuning selain menjadi penawar racun.

Untuk memudahkan pengambilan Batang Wali, saya ada menjual batang wali yang siap di kapsulkan.


Batang Wali
POKOK PATAWALI
Batang Wali
SERBUK PATAWALI


HARGA KAPSUL PATAWALI @ BATANG WALI

saya sudah tidak jual batang wali
harap maklum

Friday, 16 October 2015

BUNGA ROSELLE SEGAR

kajian khasiat roselle


Bunga Roselle atau nama saintifiknya Hibiscus Sabdariffa l, nama ini berbeza di setiap negara seperti bunga rosella (Indonesia), zuring (Belanda), oseile rouge (Perancis) atau karkadeh (Sudan).  

Pohon roselle tumbuh daripada biji dan mempunyai ketinggian sehingga mencapai 3-5 meter dan mengeluarkan bunga hampir setiap tahun. Ia berwarna cerah, kelopak bunga berwarna merah gelap dan agak tebal. 

Walaupun berbeza nama tetapi khasiat dan manfaatnya tetap sama. 

Kelopak Bunga
Diproses untuk dijadikan makanan seperti manisan, jeli, minum dan serbuk (teh).

Daun Muda
Dimakan sebagai ulam atau salad.

Biji
Mengandungi minyak tertentu.

Khasiat Roselle
Ia adalah sumber utama vitamin C untuk badan kita dan kandungan vitamin C ini melebihi 20 kali ganda daripada buah limau (citrus).  Dianggarkan 100 gm kelopak bunga segar mengandungi 3 kali ganda daripada buah anggur hitam, 10 kali ganda daripada buah belimbing dan 2.5 kali ganda daripada buah jambu.

Selain itu, roselle juga mengandungi vitamin D, Vitamin B1, B2, niacin, riboflavin, karoten, zat besi, asam amino, polisakarida, Omega 3 dan kalsium.

Cara penyedian

1. Roselle di cuci bersih.
2. biji roselle dibuang.
3. Roselle di rebus sehingga mendidih dengan air secukupnya. apabila mendidih, boleh masukkan beberapa helai daun pandan dan gula.
4. Siap dan sedia dihidangkan. Boleh juga dicampur susu.
5. sisa Roselle tadi jika tidak mahu membazir, boleh di buat jem. caranya, sisa Roselle dikisar (blender). bole tambah gula supaya jem tadi lebih manis.


jus roselle

Buah roselle segar
BUAH ROSELLE SEGAR


Friday, 9 October 2015

Manjakani Aleppo, Syria - Manjakani Terbaik

 Manjakani Aleppo, Syria

Manjakani Aleppo, Syria

Mengapa Manjakani Aleppo, Syria terbaik
Kerana kandungan Tannin-nya yang paling tinggi berbanding dengan manjakani dari tempat lain. Tannin (juga di kenali sebagai vegetable tanninnatural organic tannins atau stannoid) merupakan sebatian yang membuatkan rasa manjakani menjadi pahit dan kelat. Ia terdiri daripada protein, asid amino dan alkaloid.

Kebiasaanya manjakani yang ada di pasaran merupakan manjakani tempatan atau di import dari India.


Manjakani Aleppo, Syria

Pahit itu ubat
kebiasaanya, tumbuhan atau herba yang pahit dan kelat dijadikan ubat oleh masyarakat sejak dulu lagi. Herba yang pahit ini pula biasanya mengandungi tannin.
aleppo galls powder

Manjakani sangat berguna untuk merawat pelbagai masalah faraj wanita termasuk penyembuhan tisu faraj, mengurangkan keputihan berlebihan, mengembalikan keanjalan faraj, berkesan mengetatkan faraj dan menyembuhkan luka faraj.

Manjakani merupakan astringen semulajadi yang mengandungi bahan-bahan antiseptik dan antioksidan. Ia mempunyai astringen unik yang bertindak untuk memulihkan kesihatan dalam faraj. 

Manjakani juga sangat berguna, apabila diambil bersama-sama dengan herba wanita yang lain seperti Kacip Fatimah. Manjakani digunakan secara tradisional oleh wanita Malaysia selepas bersalin untuk mengembalikan keanjalan dinding rahim. 

Jika di ambil bersama dengan Kacip Fatimah, manjakani amat memudahkan proses penyembuhan rahim selepas bersalin. Pengambilan manjakani dari masa ke masa benar-benar akan memberi nafas baru dalam faraj dan membantu mencegah penuaan faraj yang terhasil daripada melahirkan anak, faktor umur dan ia memberikan kesihatan secara keseluruhan. 

Manjakani juga memberi manfaat kepada seseorang wanita dari segi meningkatkan libido tenaga seksual. Ia secara semulajadi membantu seorang wanita untuk mengetatkan faraj yang boleh memberikan seks yang lebih baik dan lebih menyeronokkan dengan pasangannya. Faraj lebih ketat juga boleh membantu wanita mencapai kepuasan seks lebih kerap. 

Manfaat lain manjakani untuk wanita termasuklah: 
  1. Anti-oksida dalam manjakani mengurangkan proses penuaan.
  2. Membantu menghindari dan menyembuhkan penyakit kencing manis (kerana Gallic Acid). 
  3. Membantu menghindari kanser payudara dan kanser pangkal rahim, membantu menghapuskan bakteria, yis dan jangkitan kulat (penyebab utama kegatalan dan bau yang tidak selesa pada faraj). 
  4. Keputihan berlebihan dikurangkan. 
  5. Menggalakkan kulit yang licin dan menghilangkan jerawat. 
  6. Wanita yang kerap mengambil kapsul manjakani akan membuatkan badan mereka dalam keadaan segar, sihat dan penuh tenaga dalam hubungan suami isteri. 

Tuesday, 29 September 2015

Halba (Fenugreek Recipes) – Herba Terbaik Untuk Membesarkan Payudara

Herba Terbaik Untuk Membesarkan Payudara

HALBA sudah terkenal sebagai agen untuk menambahkan air susu ibu yang baru lepas bersalin. Kesan pengambilan halba boleh di lihat dalam tempoh 1-3 hari pengambilan. 

Dalam masyarakat China, ia di ambil untuk menghilangkan rasa mual bagi ibu yang mengandung. Halba juga berkesan untuk megurangkan demam, tekanan darah tinggi dan kencing manis. Tetapi kepopularitian herba ini lebih kepada khasiatnya untuk menambah saiz payudara wanita

Halba mengandungi phytoestrogen yang merupakan komposit penting dalam menambahkan saiz payudara wanita. Dengan pengambilan halba, saiz payudara boleh bertambah sehingga 2 saiz. 

Yang mana lebih baik, biji halba atau serbuk halba (dalam bentuk kapsul)
Herba Terbaik Untuk Membesarkan Payudara

Mungkin anda tidak pasti, yang mana lebih berkesan. sebenarnya, halba boleh di ambil dalam bentuk bijian atau serbuk yang telah dikapsulkan. kesannya sama sahaja. 

Cara pengambilan:
2 sudu teh sehari atau 2 kapsul sehari
(untuk menambahkan saiz payudara, halba perlu di ambil sekurang-kurangnya 3 bulan ke atas)


KEBAIKAN SECARA UMUM
Mengawal kencing manis
Menguatkan jantung
Sangat membantu untuk mencairkan kahak
Melegakan sakit kepala/ migraine
Menyembuhkan buasir
Menyembuhkan radang kulit dan bisul
Mengawal anemia
Pencuci perut 
Membuang angin

KEBAIKAN KHUSUS UNTUK WANITA
Melancarkan haid
Melegakan senggugut
Meransang rahim dan organ pembiakan
Mengawal kegemukan
Memperbanyakkan air susu bagi ibu yang menyusu

KEBAIKAN KHUSUS UNTUK LELAKI
Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
Menambahkan tenaga batin (digunakan oleh tabib China untuk merawat mati pucuk)

KEBAIKAN KHUSUS UNTUK KANAK-KANAK
Menghilangkan kembung dan senak (membuang angin) Baik untuk kecergasan dan kekuatan badan serta tumbesaran kanak-kanak

Herba Terbaik Untuk Membesarkan Payudara
Saya mengunakan kapsul halal untuk mengisi serbuk halba

HARGA KAPSUL HALBA
30 BIJI RM 6

BORONG KAPSUL HALBA
1000 biji RM 90 Free Pos Smjung

Sunday, 20 September 2015

Kapsul Kosong Halal Nasmir Capsule sdn Bhd

Kapsul Kosong Halal Nasmir Capsule sdn Bhd

HARGA 1 PAKET (1000 KAPSUL)
SAIZ 1 (KECIL) : 1 PAKET RM 25
SAIZ 1 (KECIL) : 2 PAKET RM 40

HARGA TERMASUK POSLAJU SMJUNG

SEMUA KAPSUL HERBA YANG DI JUAL DALAM BLOG INI 
MENGUNAKAN KAPSUL HALAL NASMIR.

Friday, 4 September 2015

UBI JAGA

UBI JAGA meningkatkan tenaga seksual lelaki


Ubi jaga merupakan sejenis tumbuhan herba memanjat.

Daunnya berbentuk bujur sirih dengan bahagian pangkal daun yang besar dan akan makin menirus ke hujungnya. Daunnya berwarna hijau gelap di permukaan daun dan hijau muda di bawah daun.

Ubi jaga dijumpai di thailand, indonesia dan malaysia.

Kegunaannya: -
Di Malaysia kegunaan utama ubi jaga ialah sebagai afrodisiak untuk merangsang seks. 

* Mengatasi masalah kesihatan dan meningkatkan tenaga.
* Memulih tenaga batin termasuk membantu peredaran darah dalam badan.
* Meningkatkan tenaga seksual lelaki.

Cara pengambilan Ubi jaga
Ubinya dipotong halus (3 biji bergantung pada saiz ubi jaga), kemudian direbus dengan 3 gelas air hingga tinggal 1 gelas air. Tapis dengan dan minum. Boleh di tambah gula, susu atau milo sebagai peyedap rasa. 

Sisa Hirisan Ubi jaga tadi boleh di simpan dalam peti sejuk dan di rebus buat kali kedua keesokkan harinya. 

Minum 1 gelas sehari. Boleh di minum pada bila-bila masa. 

Saturday, 8 August 2015

Jenis-Jenis Ikan Kakap

Ikan kakap merupakan spesies ikan yang menjadi buruan kaki pancing. Jika di muara laut, kakap putih dan kakap merah merupakan ikan target bagi kaki pancing. Ikan ini juga agak susah untuk dipancing dan jika terkena pancing, agak susah juga untuk di jinakkan. Biasanya udang hidup adalah umpan kegemaran ikan kakap. 

Ini kerana ikan kakap suka makan menyambar. Paling bagus jika menggunakan pelampung untuk memancing ikan kakap. Udang hidup yang bergerak-gerak 1-2 kaki dari permukaan air akan dengan mudah menarik perhatian sang kakap. Sambarannya juga agak kuat. Kena bersedia jika tak mahu joran di heret masuk ke dalam air.

Berikut beberapa jenis ikan kakap 

(di petik dari blog mancinglaut.blogspot.com):




EKOR KUNING (Wakung Sawo)
NAMA LAIN: Yellowtail Snapper, Flag, Tail, Rabirubia
JENIS: Ocyurus Chrysurus
UKURAN: Rata-rata 0.5-1.5 kg, dapat mencapai 4kg
REKOR DUNIA: 8 pounds
KARAKTER: Petarung yang seru untuk kelas piranti yang berimbang dengan berat ikan, dan merupakan yang terbaik diantara ikan-ikan karang lainnya. Karena kebanyakan terpancing dekat permukaan, jenis ini biasanya akan melarikan diri dengan kuatnya. Ekor Kuning sangat ahli dalam hal memutuskan tali pancing pada pinggir tebing karang, atau pada karang yang menjulang tinggi.



KAKAP VERMILLION
NAMA LAIN: Vermillion Snapper, Beeliner, Mingo, Cajon
JENIS: Rhomboplites Aurorubens
UKURAN: Rata-rata dibawah 0.5 kg, bisa mencapai 2.5 kg
REKOR DUNIA: 7 pounds
KARAKTER: Bukan gamefish. Kebanyakan terpancing oleh piranti besar pada kedalaman dan bukan merupakan kombinasi yang imbang untuk ikan sekecil ini.




KAKAP SUTERA
NAMA LAIN: Silk Snapper, Yelloweye
JENIS: Lutjanus Vivanus
UKURAN: Rata-rata 1.5-2.5 kg, berat maximum tidak diketahui
REKOR DUNIA: 18 pounds
KARAKTER: Tidak ada pertarungan yang dapat diharapkan, berkat kedalaman laut dan piranti yang tidak sesuai yang biasanya digunakan.




SCHOOL MASTER
NAMA LAIN: Barred Snapper, Caji
JENIS: Lutjanus Apodus
UKURAN: Rata-rata dibawah 0.5 kg, bisa mencapai 3-3.5 kg
REKOR DUNIA: 4 pounds
KARAKTER: Setara dengan jenis Kakap lainnya untuk ukuran yang sama.

KAKAP MERAH
NAMA LAIN: Red Snapper, North American, Genuine Red, Pargo Colorado
JENIS: Lutjanus Campechanus
UKURAN: Rata-rata 4-10 kg, dapat mencapai 20 kg lebih
REKOR DUNIA: 50 pounds
KARAKTER: Ikan petarung yang gigih dengan menggunakan kekuatannya, taktik dengan menggoyangkan kepalanya daripada berenang terus menerus.
Jika ingin tahu lebih banyak tentang ikan Kakap Merah, habitatnya dan bagaimana teknik memancingnya, silahkan kunjungi blog ini: Ikan Mania


KAKAP RATU
NAMA LAIN: Queen Snapper
JENIS: Etelis Oculatus
UKURAN: Rata-rata 1.5-2.5 kg, berat maximum tidak diketahui
REKOR DUNIA: 11 pounds
KARAKTER: Tidak ada pertarungan yang dapat diharapkan, berkat kedalaman laut dan piranti yang tidak sesuai yang biasanya digunakan.

KAKAP DOMBA
NAMA LAIN: Mutton Snapper, Muttonfish, Reef King, Pargo
JENIS: Lutjanus Analis
UKURAN: Rata-rata 2.5-7.5 kg, dapat mencapai 15 kg lebih
REKOR DUNIA: 28 pounds
KARAKTER: Jenis ini merupakan petarung yang kuat dikedalam-an, dan dapat menampilkan pesonanya di tempat dangkal atau melarikan diri dipermukaan, lalu turun dengan terus menerus untuk kemudian bertahan dengan memanfaatkan kekuatan dan sisi lebar tubuhnya.

TANDA-TANDA
NAMA LAIN: Mahogany Snapper, Ojonco
JENIS: Lutjanus Mahogoni
UKURAN: Hingga 1.5 kg
REKOR DUNIA: Tidak ada
KARAKTER: Cukup baik seperti halnya Kakap kecil lain.


JENAHA
NAMA LAIN: Lane Snapper,Spot Snapper,Cady Snapper,Biajaiba
JENIS: Lutjanus Synagris
UKURAN: Rata-rata 0.5 kg, dapat mencapai 2.5 kg
REKOR DUNIA: 7 pounds
KARAKTER: Sambarannya agresif pada umpan alami maupun tiruan, jenis ini asyik untuk dipancing namun bukanlah petarung yang istimewa, apalagi jika dilihat ukurannya yang kecil.

KAKAP BATU
NAMA LAIN: Gray Snapper, Mangrove Snapper, Black Snapper, Mango, Caballerote
JENIS: Lutjanus Griseus
UKURAN: Rata-rata 1-3 kg, dapat mencapai 10 kg lebih
REKOR DUNIA: 17 pounds
KARAKTER: Ketika terpancing, Kakap Batu akan melarikan diri dengan cepat, lalu melakukan pertarungan yang hebat hingga ke sisi perahu.


KAKAP ANJING
NAMA LAIN: Dog Snapper, Yellow Snapper, Jocu
JENIS: Lutjanus Jocu
UKURAN: Rata-rata 1-7.5 kg, dapat mencapai 15 kg lebih
REKOR DUNIA: 24 pounds
KARAKTER: Petarung yang kuat.

KAKAP CUBERA
NAMA LAIN: Cubera Snapper, Cuban Snapper, Cuban Dog, Snapper
JENIS: Lutjanus Cyanopterus
UKURAN: Rata-rata 15-25 kg, dapat mencapai 50 kg lebih
REKOR DUNIA: 121 pounds
KARAKTER: Petarung sejati yang memanfaatkan ukuran dan kekuatannya serta semua rintangan yang ada disekitarnya demi keuntungan untuk perlawanannya.

KAKAP SIRIP HITAM
NAMA LAIN: Black Snapper, Blackspot, Bahamas Red Snapper
JENIS: Lutjanus Buccanella
UKURAN: Rata-rata 1.5-2 kg, dapat mencapai 5 kg
REKOR DUNIA: 7 pounds
KARAKTER: Petarung yang kuat seperti jensi Kakap lainnya
Sumber mancinglaut.blogspot.com


ikan melompat atas air bila terkena pancing
Hari ni 8/8/2015, gi mancing di kuala kemasin. 2 kali pancing mengena. ikan melompat-lompat atas air bila terkena pancing. anggaran berat 1kg++. Tak pasti ikan apa. mungkin selangat atau kakap putih. 2 kali perambut putus. Melepas begitu saja. Perambut tali tangsi 30 pound pun boleh putus dengan ikan 1kg lebih.. Aduh!! lepas ni kena guna perambut dawai..

Tuesday, 4 August 2015

Psyllium Husk Ubat Kurus Semulajadi

Ada dua cara psyllium boleh membantu dalam menurunkan berat badan. Jika di ambil sebelum makan, ia dapat membantu untuk menciptakan perasaan kenyang,  dengan ini dapat mengurangkan jumlah makanan yang di makan. 

Kedua, Psyllium juga merupakan pembersih usus semulajadi. Psyllium membantu membuang lebihan toksik dalam usus besar, ini juga dapat membantu dalam proses menurunkan berat badan beberapa kilo.

Pokok Plantago Ovata yang menghasilkan fiber psyllium husk
PHOTO: organicfoodproducts.co.in

Pokok Plantago Ovata yang menghasilkan fiber psyllium husk
PHOTO: fredswildflowers.com

Pokok Plantago Ovata yang menghasilkan fiber psyllium husk
PHOTO: sagebud.com

Fiber Psyllium digunakan sebagai penekan nafsu makan kerana fiber ini mampu mengembang sehingga 20 kali ganda dari saiz asal. inilah yang akan 'memenuhkan perut' dan membuatkan seseorang mudah kenyang. 

Dengan itu, nafsu makan seseorang dapat di kurangkan. Seterusnya dapatlah menurunkan berat badan. Fiber Psyllium boleh di ambil 30 minit sebelum waktu makan. minum banyak air jika mengambil fiber ini. 

Ringkasan Khasiat Psyllium Husk

Berfungsi untuk mengatasi sembelit. 
Melegakan kesakitan yang dikaitkan dengan buasir.
Membantu untuk menurunkan paras gula darah bagi pesakit diabetes.
Berkesan membersihkan kolon atau usus.
Membantu mengekalkan tahap tekanan darah yang normal.
Mengurangkan kembung yang berpunca dari masalah penghadaman.
Sebagai julap semulajadi (pencahar) yang selamat.
Digunakan untuk merawat pedih ulu hati.
Membantu menurunkan berat badan secara sihat dan semula jadi.
Juga membantu merawat cirit-birit ringan.

Cara Pengambilan Psyllium Husk 

Campur 1-2 sudu teh Psyllium Husk ke dalam apa sahaja jenis minuman. Seperti susu, jus buah, minuman berperisa dan lain-lain.

Seeloknya Psyllium Husk di ambil 30-60 minit sebelum mengambil makanan berat seperti nasi.

Psyllium Husk boleh di ambil setiap hari.

inilah bentuk fiber Psyllium Husk



Wednesday, 29 July 2015

Apa Itu Penyakit Crohn?

Penyakit Crohn

Adakah anda selalu muntah, rasa mual dan makanan yang kasar seringkali tak boleh masuk pada saluran pencernaan anda? Hati-hati, mungkin anda terkena penyakit Crohn. Apa itu penyakit Crohn? Apa penyebab dan gejala-gejalanya? ini penjelasan yang diberikan oleh lama web Medicinenet.com tentang penyakit Crohn. 


Anda mungkin belum pernah mendengar nama penyakit Crohn bukan? Apa itu penyakit Crohn?


penyakit Crohn

Penyakit Crohn terjadi kerana berlaku keradangan yang kronik pada usus. Ini menyebabkan lapisan usus kecil ke usus besar tidak berfungsi. Walaupun terjadi pada usus, penyakit ini boleh merebak ke seluruh sistem pencernaan, dari mulut hingga ke anus (dubur). Penyakit Crohn mulai ditemui pada tahun 1932. Biasa juga disebut sebagai enteritis granulomatosa, kolitis, enteritis regional, ileitis atau ileitis terminal.

Penyakit Crohn yang disertai dengan peradangan pada usus besar biasa disebut penyakit radang usus. Biasanya penderita penyakit ini tidak merasainya secara berterusan. Penyakit ini sering di kesan di Amerika dan Eropah, namun tidak mustahil penyakit ini juga boleh terkena kepada penduduk di negara Asia.


penyakit Crohn

Apa yang menyebabkan penyakit Crohn?

Penyebab penyakit Crohn masih belum diketahui. Beberapa ilmuwan menduga  ia terjadi kerana infeksi oleh bakteria tertentu, seperti strain mycobacterium. Namun hingga kini belum ada bukti yang meyakinkan tentang punca penyakit. 

Penyakit Crohn tidak berjangkit. Biasanya cara pemakanan seseorang mempengaruhi  pembentukan penyakit Crohn, namun ini bukan punca sebenar penyakit ini.

Aktiviti sistem kekebalan tubuh dalam usus berperanan dalam menentukan berlakunya peradangan usus. Sistem kekebalan tubuh terdiri dari sel-sel kekebalan tubuh dan protein yang menghasilkan sel-sel kekebalan. Biasanya sel-sel dan protein pertahanan tubuh melawan bakteria berbahaya, virus, jamur dan zat-zat jahat lainnya.

Biasanya, sistem kekebalan tubuh di aktifkan hanya ketika tubuh mengesan adanya serangan dari zat-zat berbahaya. 

Bagi orang yang mengidap penyakit Crohn, seringkali kekebalan tubuh diaktifkan walaupun tiada serangan zat-zat berbahaya. Ini menyebabkan peradangan usus berlaku terus-menerus dan membuatkan seseorang terkena penyakit Crohn.


Cara Rawatan Penyakit Crohn

Cara Rawatan Penyakit Crohn

Cara yang paling mudah mencegah penyakit Crohn ialah menjaga diet pemakanan seharian anda. Amalkan pemakanan sihat.

Untuk merawat gegala awal keradangan usus yang mungkin berpunca dari penyakit Crohn ialah dengan menggunakan fiber yang di panggil Psyllium Husk.

Baca:  Khasiat Psyllium Husk

Apa Itu Psyllium Husk Dan Khasiatnya

Psyllium Husk

Psyllium Husk

Psyllium adalah sejenis fiber atau serat yang diperolehi dari tumbuhan yang dipanggil PLANTA OVATA.

Fiber ini terkenal kerana fungsinya sebagai julap (bahan pencahar untuk mengatasi sembelit). Kajian juga menunjukkan psyllium mempunyai banyak manfaat lain kepada tubuh badan manusia, iaitu utk kesihatan hati dan pankreas.

Psyllium biasanya di ambil oleh mereka yang ada penyakit berkaitan dengan usus atau penyakit Crohn.


Beberapa penyelidikan telah menunjukkan bahawa memakan 10 gram psyllium adalah selamat dan berkesan untuk merawat penyakit Crohn. 

Walau bagaimanapun, keberkesanaan adalah berbeza mengikut individu. Sesetengah orang akan mendapat kesan sampingan yang teruk. Boleh baca tentang penyakit Crohn di sini. 

Baca : Penyakit Crohn

Walaupun berfungsi untuk mengatasi sembelit, mengambil fiber ini juga membantu meningkatkan kesihatan sistem penghadaman dalam tubuh secara keseluruhan.

Psyllium akan menyerap cecair dalam badan dan boleh memberi anda rasa kenyang. Psyllium telah terbukti banyak membantu pesakit kencing manis menurunkan gula dalam darah mereka. (kerana pesakit tak perlu makan banyak, makanan biasanya mengandungi gula dan ini tidak bagus untuk pesakit kencing manis)

Selain menjaga pergerakan usus, keupayaan psyllium untuk melembutkan najis membantu mengatasi sembelit. Sembelit boleh merangsang  terjadinya penyakit buasir dan rekahan dubur.

Penyelidikan menunjukkan serat mudah larut atau fiber boleh membantu menguruskan paras kolesterol. Kajian juga menunjukkan psyllium adalah cara yang berkesan untuk menurunkan paras kolesterol.

Kolesterol tinggi boleh memberi kesan buruk kepada hati. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa serat seperti psyllium, sebagai sebahagian daripada diet yang sihat, boleh membantu mengurangkan risiko seseorang mendapat penyakit jantung. Psyllium boleh merendahkan tekanan darah, meningkatkan paras lipid  dan mengukuhkan otot jantung.


Selain psyllium, serat daripada bijirin dan buah-buahan juga boleh menyumbang kepada kesihatan jantung.

Mengekalkan berat badan yang ideal adalah sesuatu yang di ingini oleh ramai orang, terutama bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis. Selain baik untuk jantung dan mengawal tahap gula dalam darah, psyllium juga boleh membantu anda menurunkan berat badan.

Kerana psyllium akan menyerap cecair di dalam badan anda, ia boleh membantu memberikan anda rasa kenyang. Ini boleh membantu anda mengawal jumlah makanan yang anda makan.

Secara ringkas khasiat Psyllium Husk:
  1. Merawat sembelit
  2. Kesihatan jantung
  3. Mengawal paras gula dalam darah
  4. Menurunkan berat badan
  5. Mengawal paras kolesterol

Tuesday, 28 July 2015

Khasiat Stevia Sebagai Pemanis Semulajadi

Khasiat Stevia


Nama Tempatan: Stevia
Nama Saintifik: stevia rebaudiana
Nama Lain: Teh manis, sweet leaf of Paraguay, caa-he-éé, kaa jheéé, ca-a-jhei, ca-a-yupi, azucacaa, eira-caa, sinonim: Eupatorium rebaudianum capim doce, erva doce, sweet-herb, honey yerba, honeyleaf, yaa waan, candy leaf, sugarleaf
Famili: Astereacea
Asal: Paraguay

Abstrak:

Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Ia merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika selatan dan Amerika tengah. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah stevia dari spesis rebaudiana.

Ciri-ciri Pokok Stevia


tanaman stevia pemanis

Stevia pemanis semulajadi penganti gula


Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium (bekas) yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram.

Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air.

Daunnya berbentuk bujur. Dalam keadaan optimun stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwarna putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster cuma saiznya kecil.

Bunga ini akan menghasilkan biji benih apabila matang. Pembiakannya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun ia boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah dan ia jarang dibiak dengan menggunakan biji benih.

Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di brazil dan paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum red Indian Guarani di paraguay sejak 1500 tahun yang silam. 

Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba. Selain dari itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan. Mereka juga menggunakan stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.


Kajian stevia:

Kegunaan stevia sebagai pemanis mula di sedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah di bawa ke asia. 


kajian terhadap stevia mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang pahit. 

Ia mula dikaji oleh seorang ahli botani Paraguay bernama Moises S. Bertoni yang kemudiannya menulis antara artikel-artikel awal mengenai stevia pada awal kurun ke 19.

Ciri paling unik mengenai stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. 

Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap stevia. Kajian terhadap kandungan toksiknya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid. 

Ia juga di dapati tidak menyebabkan mutasi sel, ia juga tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan. Walaubagaimanapun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan stevia. 

Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang di ekstrak daripada daun stevia di dapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.

Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus. Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000.

Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari. 

Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun. Selepas 3 bulan , tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. 

Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi. 

Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam stevia. Mereka juga mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid, steviol, isosteviol dan glukosilsteviol. 

steviol didapati tidak menghasilkan glukos. pada tahun 2000 juga, Para pengkaji di Denmark telah menjalankan satu kajian yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang dilakukan oleh steviosid dan steviol adalah hasil daripada keupayaan kedua-duanya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta.

Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.

Stevia juga digunakan sebagai tonik untuk jantung. Ia berfungsi dengan cara menstabilkan tekanan darah, ia juga menstabilkan degupan jantung. Kajian tentang ini telah dilakukan pada tahun 1978 terhadap tikus.

Kini, berjuta-juta pengguna di Brazil dan jepun telah menggunakan stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semulajadi. 

Ia telah diluluskan sebagai perisa makanan selama hampir 20 tahun. Jepun merupakan pengguna yang paling besar di dunia dan stevia digunakan untuk memaniskan hampir kesemua produk makanan termasuk jeruk, minuman ringan dan coklat. 

Syarikat besar seperti coca cola juga menggunakan ekstrak stevia sebagai gantian kepada NutaSweet dan sakarin untuk produk mereka yang dipasarkan di jepun, brazil dan negara-negara lain.


Serbuk Stevia beli online

daun Stevia

Antara khasiat stevia ialah:

1.pemanis semulajadi
2.menurunkan kadar gula dalam darah.

3.Melawaskan kencing

4.Menurunkan tekanan darah.
5.membunuh bakteria
6.membunuh kulat
7.membunuh virus
8.Mengurangkan keradangan
9.Alat bantu untuk menurunkan berat badan.