Wednesday 29 July 2015

Apa Itu Penyakit Crohn?

Penyakit Crohn

Adakah anda selalu muntah, rasa mual dan makanan yang kasar seringkali tak boleh masuk pada saluran pencernaan anda? Hati-hati, mungkin anda terkena penyakit Crohn. Apa itu penyakit Crohn? Apa penyebab dan gejala-gejalanya? ini penjelasan yang diberikan oleh lama web Medicinenet.com tentang penyakit Crohn. 


Anda mungkin belum pernah mendengar nama penyakit Crohn bukan? Apa itu penyakit Crohn?


penyakit Crohn

Penyakit Crohn terjadi kerana berlaku keradangan yang kronik pada usus. Ini menyebabkan lapisan usus kecil ke usus besar tidak berfungsi. Walaupun terjadi pada usus, penyakit ini boleh merebak ke seluruh sistem pencernaan, dari mulut hingga ke anus (dubur). Penyakit Crohn mulai ditemui pada tahun 1932. Biasa juga disebut sebagai enteritis granulomatosa, kolitis, enteritis regional, ileitis atau ileitis terminal.

Penyakit Crohn yang disertai dengan peradangan pada usus besar biasa disebut penyakit radang usus. Biasanya penderita penyakit ini tidak merasainya secara berterusan. Penyakit ini sering di kesan di Amerika dan Eropah, namun tidak mustahil penyakit ini juga boleh terkena kepada penduduk di negara Asia.


penyakit Crohn

Apa yang menyebabkan penyakit Crohn?

Penyebab penyakit Crohn masih belum diketahui. Beberapa ilmuwan menduga  ia terjadi kerana infeksi oleh bakteria tertentu, seperti strain mycobacterium. Namun hingga kini belum ada bukti yang meyakinkan tentang punca penyakit. 

Penyakit Crohn tidak berjangkit. Biasanya cara pemakanan seseorang mempengaruhi  pembentukan penyakit Crohn, namun ini bukan punca sebenar penyakit ini.

Aktiviti sistem kekebalan tubuh dalam usus berperanan dalam menentukan berlakunya peradangan usus. Sistem kekebalan tubuh terdiri dari sel-sel kekebalan tubuh dan protein yang menghasilkan sel-sel kekebalan. Biasanya sel-sel dan protein pertahanan tubuh melawan bakteria berbahaya, virus, jamur dan zat-zat jahat lainnya.

Biasanya, sistem kekebalan tubuh di aktifkan hanya ketika tubuh mengesan adanya serangan dari zat-zat berbahaya. 

Bagi orang yang mengidap penyakit Crohn, seringkali kekebalan tubuh diaktifkan walaupun tiada serangan zat-zat berbahaya. Ini menyebabkan peradangan usus berlaku terus-menerus dan membuatkan seseorang terkena penyakit Crohn.


Cara Rawatan Penyakit Crohn

Cara Rawatan Penyakit Crohn

Cara yang paling mudah mencegah penyakit Crohn ialah menjaga diet pemakanan seharian anda. Amalkan pemakanan sihat.

Untuk merawat gegala awal keradangan usus yang mungkin berpunca dari penyakit Crohn ialah dengan menggunakan fiber yang di panggil Psyllium Husk.

Baca:  Khasiat Psyllium Husk

1 comment:

  1. Salam,

    Seorang kenalan mempunyai penyakit chron kronik. Boleh tak beliau mengambil psyllium husk ini? Dan ada x reference pesakit yang sembuh.

    ReplyDelete