Syarikat telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak 15/04/2013 dengan nama "DLFCRO ENTERPRISE" (JM0653798-P) bagi menjalankan perniagaan secara online. Jangan lupa like Facebook "HERBA 100% ASLI"
 

ShahKB ShahKB Author
Title: Apa Itu Psyllium Husk Dan Khasiatnya
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
Psyllium adalah sejenis fiber atau serat yang diperolehi dari tumbuhan yang dipanggil PLANTA OVATA. Fiber ini terkenal kerana fun...
Psyllium Husk

Psyllium Husk

Psyllium adalah sejenis fiber atau serat yang diperolehi dari tumbuhan yang dipanggil PLANTA OVATA.

Fiber ini terkenal kerana fungsinya sebagai julap (bahan pencahar untuk mengatasi sembelit). Kajian juga menunjukkan psyllium mempunyai banyak manfaat lain kepada tubuh badan manusia, iaitu utk kesihatan hati dan pankreas.

Psyllium biasanya di ambil oleh mereka yang ada penyakit berkaitan dengan usus atau penyakit Crohn.


Beberapa penyelidikan telah menunjukkan bahawa memakan 10 gram psyllium adalah selamat dan berkesan untuk merawat penyakit Crohn. 

Walau bagaimanapun, keberkesanaan adalah berbeza mengikut individu. Sesetengah orang akan mendapat kesan sampingan yang teruk. Boleh baca tentang penyakit Crohn di sini. 

Baca : Penyakit Crohn

Walaupun berfungsi untuk mengatasi sembelit, mengambil fiber ini juga membantu meningkatkan kesihatan sistem penghadaman dalam tubuh secara keseluruhan.

Psyllium akan menyerap cecair dalam badan dan boleh memberi anda rasa kenyang. Psyllium telah terbukti banyak membantu pesakit kencing manis menurunkan gula dalam darah mereka. (kerana pesakit tak perlu makan banyak, makanan biasanya mengandungi gula dan ini tidak bagus untuk pesakit kencing manis)

Selain menjaga pergerakan usus, keupayaan psyllium untuk melembutkan najis membantu mengatasi sembelit. Sembelit boleh merangsang  terjadinya penyakit buasir dan rekahan dubur.

Penyelidikan menunjukkan serat mudah larut atau fiber boleh membantu menguruskan paras kolesterol. Kajian juga menunjukkan psyllium adalah cara yang berkesan untuk menurunkan paras kolesterol.

Kolesterol tinggi boleh memberi kesan buruk kepada hati. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa serat seperti psyllium, sebagai sebahagian daripada diet yang sihat, boleh membantu mengurangkan risiko seseorang mendapat penyakit jantung. Psyllium boleh merendahkan tekanan darah, meningkatkan paras lipid  dan mengukuhkan otot jantung.


Selain psyllium, serat daripada bijirin dan buah-buahan juga boleh menyumbang kepada kesihatan jantung.

Mengekalkan berat badan yang ideal adalah sesuatu yang di ingini oleh ramai orang, terutama bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis. Selain baik untuk jantung dan mengawal tahap gula dalam darah, psyllium juga boleh membantu anda menurunkan berat badan.

Kerana psyllium akan menyerap cecair di dalam badan anda, ia boleh membantu memberikan anda rasa kenyang. Ini boleh membantu anda mengawal jumlah makanan yang anda makan.

Secara ringkas khasiat Psyllium Husk:
  1. Merawat sembelit
  2. Kesihatan jantung
  3. Mengawal paras gula dalam darah
  4. Menurunkan berat badan
  5. Mengawal paras kolesterol

About Author

Advertisement

Post a Comment Blogger

 
Top