Syarikat telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak 15/04/2013 dengan nama "DLFCRO ENTERPRISE" (JM0653798-P) bagi menjalankan perniagaan secara online. Jangan lupa like Facebook "HERBA 100% ASLI"
 

ShahKB ShahKB Author
Title: Herba Buah Goji
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
Oleh Subhuti Dharmananda, Ph.D., Director, Institute for Traditional Medicine   Buah Lycium (Goji) merupakan herba yang berasal dari...
Herba Buah Goji


Oleh Subhuti Dharmananda, Ph.D., Director, Institute for Traditional Medicine

 
Buah Lycium (Goji) merupakan herba yang berasal daripada Lycium chinense dan Lycium barbarum, tumbuhan yang biasa di dapati di Asia Timur. Kulit akar tumbuhan-tumbuhan tersebut juga digunakan untuk perubatan di seluruh Asia Timur. 


Lycium merupakan famili Solanacea yang memberikan kita buah-buahan seperti lada, terung, ubi kentang, tomato dan lain-lain lagi. Buah ini dikenali oleh masyarakat Cina sebagai Goji, dan telah pun digunakan sejak zaman purba lagi, direkodkan seawal keujudan Chinese material medica dalam lingkungan 100A.D. 


Goji dan Teks Perubatan Purba Cina 


'GOJI' telah digunakan dalam Perubatan Tradisional oleh rakyat China selama 5000 tahun.


Terdapat beberapa teks perubatan Cina purba yang menyanjung faedah kesihatan yang mengagumkan daripada buah Goji ini. Berikut adalah antara teks perubatan tersebut:

·    Ben Cao Hui Yan menyatakan: "Goji meningkatkan Qi atau daya kehidupan, menyokong darah, menyuburkan 'yin' dan 'yang', membuang angin, merupakan herba yang sangat baik".


·    Ben Cao Bei Yao menyatakan: "Goji menyuburkan paru-paru, membuang angin, membersihkan hati, menguatkan buah pinggang untuk menyokong Qi, meningkatkan potensi seks, memperkuatkan otot dan tulang serta mencerahkan mata".


·    Ben Cao Gang Mu menyatakan: "Goji membuang Qi yang tidak baik daripada 5 organ, mengawal aliran tenaga penting, mencerahkan mata, menenangkan saraf, menjadikan hidup panjang umur".



Herba Buah Goji



About Author

Advertisement

 
Top