Friday 31 October 2014

Peniaga Online Wajib Daftar SSM

Peniaga online wajib daftarkan perniagaan dengan Suruhajaya Syarikat Malaysia (SSM). Peraturan ini telah mula dikuatkuasakan mulai Oktober 2014. Sudah ada satu jawatankuasa pemantau yang akan memantau perniagaan online ini. Perniagaan online ini termasuklah menerusi blog atau laman web, Facebook dan Instagram. Mana-mana perniagaan online wajib paparkan maklumat syarikat dan pendaftaran syarikat serta perniagaan.

Mana-mana peniaga online di Facebook, Instagram mahupun blog yang tidak mematuhi peraturan ini akan dikenakan tindakan penalti sehingga RM5,000 di bawah Akta Syarikat 1965 Seksyen 121(1)(b).

Sejajar dengan itu, mana-mana peniaga online perlu dan wajib meletakkan info pendaftaran perniagaan mereka di blog, Facebook dan juga Instagram. Ini termasuklah nama syarikat, perniagaan dan nombor pendaftaran SSM. 



Peniaga Online Wajib Daftar SSM


Persoalan Berkaitan Perniagaan Online

Merujuk laman web SSM dalam ruangan F.A.Q:
  • Setiap perniagaan sepenuh masa yang dijalankan oleh individu secara atas talian bagi tujuan mendapatkan keuntungan perlu berdaftar dengan SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
  • Kegagalan mendaftarkan perniagaan boleh mengakibatkan seseorang individu didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksima 2 tahun atau kedua-duanya.
  • Sesuatu perniagaan atas talian yang tidak berdaftar tidak akan dapat dibantu oleh mana-mana agensi penguatkuasaan sekiranya terdapat sebarang masalah melibatkan undang-undang kerana perjalanan perniagaan itu sendiri adalah sesuatu yang tidak sah disisi undang-undang.

Thursday 30 October 2014

Herba Mahkota Dewa

Herba Mahkota Dewa


Mahkota Dewa biasa ditemui di pekarangan rumah sebagai tanaman hiasan. Asal tanaman mahkota dewa masih belum diketahui.

Buahnya bentuk bulat, diameter 3-5 cm, permukaan licin, beralur, ketika muda warnanya hijau dan merah setelah masak. Isi buah berwarna putih, berserat dan berair. Biji bulat, keras, berwarna coklat. Berakar tunjang dan berwarna kuning coklat.


Manfaat Buah Mahkota Dewa
Manfaat buah mahkota dewa juga tak hanya dirasakan dalam rawatan tradisional, tapi sudah di uji di makmal kesihatan. Berikut hasil penelitiannya:
  • Mahkota dewa terbukti secara ilmiah dapat menghapuskan pertumbuhan sel kanser sehingga 50%. Penelitiannya dilakukan dengan menguji nilai hambat pertumbuhan sel leukemia L210 oleh ekstrak mahkota dewa.
  • Hasil uji terhadap aktifitas antioksidan tanaman mahkota dewa menunjukkan bahawa kulit, biji dan buah memiliki aktifitas antioksidan yang sangat tinggi.
  • Pengujian terhadap anti alergi/antihistamin menunjukkan bahawa setiap esktrak mahkota dewa memiliki efek antihistamin.

Khasiat & kelebihan mahkota dewa 

Mahkota dewa dapat melancarkan perjalanan darah, meningkatkan tenaga, anti-oksidan, membantu mengurangkan kesakitan akibat bengkak, merawat kanser & tumor, merawat kencing manis, darah tinggi, penyakit hati, gout, penyakit jantung, kolestrol tinggi, angin ahmar, gangguan pada ginjal dan pelbagai penyakit kulit.


teh Mahkota Dewa
Cara penggunaan mahkota dewa

Cara manfaat buah mahkota dewa ini ialah dengan mengambil lebih kurang 5 hirisan buah mahkota dewa ini lalu direndam dengan segelas air panas. Tunggu sehingga 10 minit, air rendaman tadi diminum dan diamalkan secara berterusan 1-2 kali sehari. hirisan tadi boleh di gunakan beberapa kali.



MAHKOTA DEWA pada umumnya terdiri daripada empat komponen yang amat berguna kepada tubuh badan manusia. Antaranya Adalah:





FLAVONOID
Mampu membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan kandungan kolesterol serta pembentukan lemak pada dinding pembuluh darah sekali gus merendahkan risiko serangan jantung.Mengandungi unsur anti radang dan anti oksida yang mampu mengurangkan kesakitan jika berlaku pendarahan atau pembengkakan
              
ALKALOID         
Berfungsi meneutralkan racun dalam badan manusia
              
SAPONIN                
Bertindak sebagai Anti bakteria dan anti virus meningkatkan imuniti badan menambahnkan kecergasan mengurangkan kandungan gula dalam darah

POLIFENOL       
Berfungsi sebagai anti alahan

KEGUNAAN / KHASIAT

1. Mencegah dan mengawal Darah Tinggi.
2. Mencegah dan mengawal Kencing Manis
3. Mencegah dan merawat Kanser & Tumor.
4. Mencegah dan merawat Radang Hati.
5. Mencegah dan merawat Arthritis Gout
6. Mencegah dan mengawal Sakit sendi
7. Mencegah dan merawat Penyakit Jantung
8. Mencegah dan merawat Sakit Pinggang

Antara Penyakit lain yang boleh di rawat dengan mahkota dewa:
Cancer & Tumors 
Eczema (Skin Diseases) 
Diabetes mellitus (diabetes) 
High Blood Pressure 
Hepatitis (Liver Inflammation) 
Rheumatic (joint pain) 
Uric acid (Gout ,Arthritis) 
Heart Disease 
Kidney Disorders 
Liver disease 
Fever 
High cholesterol 
Stroke 
Kidney disease 
Obesity 
Cough 
Shortness of breath(diffculty breathing) 
Acne 
Rheumatism 
Hemorrhoid(Piles) 
Tonsil 
Paralyzed 
Female whitish discharge(白带) 
Erectile dysfunction(Impotence) 
Weak erection 
Gout 
Menstrual problems 
Vaginal infections 
Decreased libido 
Osteoarthritis 
Sinusitis 

Saturday 4 October 2014

Khasiat Buah Tunjuk Langit

Buah Tunjuk Langit


Buah Tunjuk Langit (Swietenia Macrophylla) / Sky Fruit merupakan rawatan alternatif bagi penyakit di bawah:
  • Diabetes/kencing manis
  • kegemukan
  • Migraine
  • High Blood Pressure/tekanan darah tinggi
  • Heart Attack
  • Gout
  • Joint pains
  • Period pains (menstrual pain)
  • Thyroid

Buah Tunjuk Langit (Swietenia Macrophylla) juga berkesan merawat:
  • Reducing cholesterol levels
  • Improving blood circulation
  • Delaying blood clots
  • Enhancing stamina and libido
Buah Tunjuk Langit (Swietenia Macrophylla) juga dikenali sebagai Sky-fruit atau Buah Mahagony. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang terdapat di Asia Tenggara.
Buah Tunjuk Langit mempunyai khasiat yang tersendiri.Dalam biji Mahogani atau Tunjuk Langit  ini terdapat kandungan tertinggi tiga komposit utama iaitu Flavonoids, Saponins dan Bitter Alkaloid.


Buah Tunjuk Langit
Apakah itu Flavonoids, Saponins dan Bitter Alkaloid? Dan apakah khasiat utama buah ini?.
1. Flavonoids
Bahan Flavonoids yang tinggi dalam buah Tunjuk Langit mengandungi enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti pengoksidaan.
Fungsi flavonoids adalah untuk:
  • Mengurangkan paras gula dalam darah dan menyeimbangkan kandungan gula dalam darah.
  • Memperbaiki kelancaran peredaran darah.
  • Menyingkirkan radikal bebas dalam tubuh badan

2.Saponins
Enzim semulajadi seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan. Saponins di dalam buah Tunjuk Langit dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah.
Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana meningkatkan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah. Kandungan Saponins yang tinggi ini juga boleh di dapati di dalam makanan herba yang disanjung dunia iaitu herba Ginseng Panax.
Fungsi-fungsi utama lain Saponins
  • Mempertingkatkan daya imuniti tubuh badan.
  • Merangsangkan perembesan insulin dari pankreas.
  • Meningkatkan fungsi pembinaan darah.
  • Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan.
  • Melancarkansistem saluran pernafasan

3.Bitter Alkoloids
Adalah unsur organik yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Biji Tunjuk Langit adalah pahit jika dimakan begitu saja.
Rasa pahit adalah disebabkan oleh kandungan Bitter Alkoloids yang tinggi. Ini membuatkan darah di dalam badan terasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus serta bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit.
Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk mengukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.
Buahnya mempunyai nilai perubatan yang tinggi, disahkan melalui kajian saintifik oleh ahli Biokimia Amerika, Dr Larry Brookes (1996). Kebelakangan ini ia telah digunakan oleh pakar perubatan dan doktor dalam bidang perubatan dan diiktiraf sebagai antara makanan kesihatan terbaik.
  • Buah ini dikatakan anti-penuaan, merangsang tenaga, membina semula tisu, mengaktifkan sel-sel, menguatkan perut, jantung, paru-paru & limpa, menambah darah dan menguatkan arteri, mengawal gula darah serta mengembalikan kesihatan jantung.