Tuesday 30 June 2015

Cara Membasmi Kutu di Tempat Tidur Dengan Bahan Semulajadi

Kutu di Tempat TidurFoto: copyright Thinkstockphotos.com
Membasmi kutu yang tinggal di tempat tidur anda bukanlah tugas yang mudah. Ketika rumah anda dijangkiti dengan kutu ini, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah mencuci semua pakaian anda dengan baking soda atau cuka. Perkara yang menjengkelkan dari kutu ini adalah bau kutu yang melekat di tempat tidur. itu sangat mengganggu. Untuk membasminya, anda harus memperhatikan dari dekat semua perabot anda, kerana mereka berkembang pada perabot kayu. Berikut adalah cara membasmi kutu di tempat tidur dengan bahan semulajadi yang selamat dan murah seperti yang dilaporkan oleh boldsky.com.


  • Cuka


    Cuka adalah pilihan terbaik yang boleh digunakan untuk membunuh dan menyingkirkan kutu tempat tidur. Yang perlu dilakukan adalah memercikkan sedikit cuka di kawasan yang dijangkiti untuk membunuhnya.

  • Garam


    Garam adalah pembasmi semulajadi untuk kutu tempat tidur. Menyembur sedikit garam di tempat adanya kutu ini boleh membantu membunuhnya secara langsung.

  • Jus Bawang


    Hancurkan bawang dan ambil airnya, bau jus bawang yang tajam mampu membunuh kutu ini secara langsung kerana ia mampu melemaskan mereka.

  • Minyak Pokok Teh


    Bahan ini juga membantu membasmi kutu kerana baunya yang kuat dan tajam. Jadi anda boleh menyembur minyak ini di sekitar tempat tidur anda .

  • Minyak Lavender


    Bau dan rasa dari bahan ini mampu membasmi kutu dalam waktu singkat. Untuk hasil yang berkesan, tempatkan lavender kering dalam kain dan letak di sekitar tempat tidur anda.
  • IKLAN BERGAMBAR

Antara Sedekah Dan Rezeki

Antara Sedekah Dan Rezeki

Baca kisah ini dan jadikan sebagai teladan

Saya tinggal di sebuah kampung, majoriti penduduk di sana bekerja sebagai petani, begitu juga dengan orang tua saya. Setelah lulus pengajian dalam bidang penerbangan, saya bingung mau kerja apa. Saya sudah memohon banyak pekerjaan ke banyak syarikat tapi tak satu pun yang berhasil.

Saya memiliki hobi gardening, saya suka menanam bunga. Dari hobi itu, saya menanam bunga melati di halaman rumah sebagai pengharum semulajadi di laman rumah dan inilah rupanya mula-mula Allah SWT membuka jalan usaha dan pintu rezeki saya.

Salah seorang tetangga saya seorang pendandan pengantin, dari tetangga inilah saya melihat satu peluang.  Saya disarankan belajar membuat gubahan bunga melati. Akhirnya orang tua saya mengizinkan saya menanam bunga melati di sebidang tanah di sebelah rumah.  Tak banyak yang saya tanam, tidak lebih dari 100 pohon mengiringi usaha saya.

Saya berusaha memperbaiki diri dengan meningkatkan kualiti ibadah kepada Allah SWT. Dari hanya melakukan ibadat wajib, saya mulai hidupkan ibadat sunat. Solat  dhuha dan solat tahajud mulai saya jalankan dan tak lupa sedekah. Mulanya saya ragu-ragu untuk bersedekah kerana penghasilan saya yang tidak stabil. Namun keraguan tidak mengalahkan niat saya, saya harus mencuba! Di mana ada keinginan di situ ada jalan, begitu kata-kata bijak yang pernah saya dengar.

IKLAN BERGAMBAR

Niat saya untuk sedekah saya awali dengan membuat satu tabung yang saya letakkan di meja tidur. Fungsinya sebagai tabung sedekah. Setiap kali selesai solat subuh saya awali pagi hari dengan sedekah. 

Dari bunga melati yang tak lebih dari 100 pohon itu akhirnya memberikan pendapatan untuk keperluan seharian bersama kakak saya. Saya sudah tidak tinggal serumah dengan orang tua. Selain itu saya Alhamdulillah mampu membeli kereta baru tanpa hutang, hidup tanpa meminta dari orang tua dan banyak hal yang telah saya dapat dari hasil usaha bunga ini. Saat ini insyaAllah saya berencana membeli kebun sendiri, semoga Allah SWT meredai.

Orang tua dan keluarga saya tidak menyangka bahawa dari tanaman bunga di halaman rumah yang tak seberapa telah banyak membantu saya. Saya rasakan keberkatan rezeki yang luar biasa, hidup saya jadi tenang dan selalu merasa optimis kerana yakin bahawa Allah SWT menyertai setiap langkah saya.

Kini keresahan dan kebimbangan tidak saya rasakan lagi. Hidup saya jadi tenang dan damai. 

Sedekah tidak akan membuat kita miskin, itu janji Allah dan Allah tidak akan mengingkari janji-Nya. 

Sampai saat ini Alhamdulillah saya masih mampu bersedekah, keraguan saya kerana penghasilan tidak stabil dijawab Allah SWT dengan diberi kelancaran rezeki dan hidup menjadi indah.


Kumpulan Darah Yang Disukai Nyamuk

Kumpulan Darah Yang Disukai Nyamuk

Shahkb Online - Semasa berada di kebun atau hutan, Anda pasti akan merasa gatal-gatal kerana digigit nyamuk. Itulah alasan mengapa, ramai orang membawa ubat nyamuk atau lotion pencegah nyamuk agar tetap selesa.

Tapi pernahkah Anda perasan, ada beberapa orang yang lebih digigit nyamuk daripada yang lainnya? Saat Anda bersama teman-teman Anda di kebun dan digigit nyamuk, akan ada orang yang lebih dan jarang digigit nyamuk. Bagaimana ini boleh berlaku?

Seperti dilaporkan dari womenshealthmag.com, penelitian menunjukkan bahawa penyebab utama mengapa beberapa orang lebih banyak mendapat gigitan serangga, terutama nyamuk adalah disebabkan oleh kumpulan darah mereka.

Kajian membuktikan bahawa nyamuk paling suka dengan kumpulan darah tertentu, terutama kumpulan darah O.

Apa mungkin kumpulan darah O terasa lebih manis bagi nyamuk atau seperti apa, masih belum diketahui apa hubungan kumpulan darah tertentu dengan kecenderungan gigitan nyamuk atau serangga. Kumpulan darah O sendiri merupakan kumpulan darah yang sangat banyak di dunia ini. 

Namun bukan hanya faktor kumpulan darah saja yang menarik perhatian nyamuk. Suhu tubuh seseorang dan sensitiviti kulit juga menjadi salah satu faktor mengapa seseorang selalu digigit nyamuk atau gigitan serangga lainnya. 

Suntikan Silikon di Wajah Model, Hasilnya Mengerikan

Foto copyright: lollipop.sg
Shahkb Online - Memiliki wajah sempurna dan cantik adalah idaman ramai wanita. Siapa saja tidak akan menolak untuk di sebut cantik? Ditambah lagi jika sang wanita memiliki pekerjaan di bidang entertainment atau modelling, maka tuntutan wajah cantik dan sempurna sering memaksa mereka melakukan berbagai rawatan. Sayangnya, tak semua rawatan berakhir cantik.

Model Thailand yang tidak disebutkan namanya ini menjalani prosedur kecantikan dengan menyuntik bahagian hidung dengan cairan tertentu. 

Tujuannya supaya bentuk hidungnya nampak mancung semulajadi. Sayangnya, prosedur yang kecil dan tidak berbahaya ini dirosakkan oleh sang doktor yang menyuntik silikon pada bahagian hidung dahi dan atas kening.

Foto copyright: lollipop.sgFoto copyright: lollipop.sg

Dilaporkan oleh lollipop.sg, hasil suntikan tersebut tidak membuat wajah sang model makin cantik  tetapi makin mengerikan. Hasil suntikan doktor membuatkan wajah sang model mengalami bengkak dan bernanah. Kes ini sangat menyedihkan dan tragis, sebab sang doktor melakukan prosedur ini tanpa meminta persetujuan terlebih dahulu daripada pelanggan.

Foto copyright: lollipop.sgFoto copyright: lollipop.sg

Dari foto-foto yang disebarkan, semoga kejadian ini menjadi pelajaran bagi kita semua untuk lebih berhati-hati memilih prosedur kecantikan. Bijaksanalah, ladies!
IKLAN BERGAMBAR
BUNGA MUKMIN MERAWAT DARAH TINGGI

MAHKOTA DEWA – CIRI-CIRI TANAMAN SERTA KHASIAT


CIRI-CIRI TANAMAN MAHKOTA DEWA

BATANG
Ciri batang tanaman mahkota dewa: Batang berkayu, tegak, warna coklat, tinggi 1 - 2.5 m. 
DAUN Daun tunggal, bertangkai pendek, tersusun berhadapan (folia oposita), warna hijau tua, panjang 7 - 10 cm, lebar 2 - 2.5 cm, helaian daun tipis, hujung dan pangkal runcing, tepi rata, pertulangan menyirip (pinnate), permukaan licin, muncul di sepanjang batang, bertangkai pendek, mahkota berbentuk tabung (tubulosus).
BUNGA Bunga mahkota dewa berwarna putih dan berbau harum. Bunga tersebut bersaiz kecil menyerupai bunga cengkih.
BUAH dan BIJI Buah mahkota dewa terdiri daripada kulit, isi dan biji. Buah berbentuk bulat, diameter 3-5cm, permukaan licin, beralur, ketika muda warnanya hijau dan merah setelah masak. Isi buah berwarna putih, berserabut dan berair. Cangkang buah merupakan kulit dari biji yang juga termasuk bahagian yang sering di manfaatkan sebagai ubat, Biji merupakan bahagian tanaman paling beracun, Bentuknya bulat dan keras, berdiameter sekitar 1cm & berwarna coklat, bahagian dalam berwarna putih. 
AKAR Akar tunggal dan berwarna kuning kecoklatan. 
MAHKOTA DEWA

MAHKOTA DEWA

DESKRIPSI TANAMAN MAHKOTA DEWA
Tanaman atau pohon mahkota dewa seringkali ditanam sebagai tanaman peneduh, Mahkota dewa dikenali sebagai tanaman yang boleh mengubati banyak penyakit berat. 
Tanaman ini digunakan sebagai tanaman hiasan, namun kini menjadi tanaman ubat yang sangat terkenal. 
TANAMAN MAHKOTA DEWA
Tanaman mahkota dewa ditanam pada dataran rendah dan maksimum ketinggian 1200 meter dari dasar laut. Tanah yang digunakan adalah tanah dengan baja semula jadi.  Baja kimia tidak digalakkan. Lubang tanam digali sepanjang 30 cm meter dan dibiarkan terbuka selama seminggu. Penanaman boleh menggunakan biji maupun secara cantuman dari batang pohon. Biji di perolehi dari biiji buah itu sendiri, tetapi penanaman secara cantuman membuatkan ia lebih cepat berbuah.
Penanaman mahkota dewa tidak bergantung kepada musim, dapat ditanam bila-bila masa. Setelah ditanam, hal yang harus dilakukan adalah menyiram, membaja, dan merumput. Menyiram dilakukan secara kerap kerana penyerapan air mahkota dewa adalah tinggi. 
Warna merah terang dan bau manis seperti gula pasir menandakan buah mahkota dewa sedia untuk dipetik. 
Iklan Bergambar
daun cina maki

KOMPOSISI MAHKOTA DEWA

Buah mahkota dewa mengandung beberapa zat aktif seperti:
  • Alkaloid, bersifat detoksifikasi yang dapat meneutralisasi racun di dalam tubuh
  • Polifenol yang berfungsi sebagai anti histamin (antialergi)
  • Saponin, yang bermanfaat sebagai: sumber anti bakteria dan anti virus, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, meningkatkan daya hidup, mengurangkan kadar gula dalam darah, mengurangkan pembekuan darah.
  • Flavonoid yang berguna untuk:
    • melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya pembuluh darah tersumbat
    • mengurangkan kandungan kolesterol serta mengurangkan pengumpulan lemak pada dinding pembuluh darah
    • mengurangkan kadar risiko penyakit jantung koroner
    • mengandung anti inflamasi (antiradang)
    • berfungsi sebagai anti-oksidan
    • membantu mengurangkan rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan

KHASIAT DAN MANFAAT MAHKOTA DEWA

Sifat dan Khasiat Mahkota Dewa
  • Kulit Buah dan isi Buah berkhasiat untuk mengubati disentri (cirit berdarah), psoriasis & jerawat.
  • Daun dan Biji berkhasiat mengubati pelbagai jenis sakit kulit seperti ekzim & gatal2.
  • Buah berkhasiat sebagai antitumor, antidisentri, antiinsekta, mengubati eksim, hepatotoksik & antibodi.
Nota: Buah mahkota dewa jangan dimakan pada saat haid kerana akan memburukkan lagi pendarahan. 
Wanita yang hamil dilarang mengambil mahkota dewa. 

Iklan Bergambar

KLASIFIKASI ILMIAH TANAMAN MAHKOTA DEWA

Kingdom (Dunia / Kerajaan):Plantae (Tumbuhan)
Subkingdom:Tracheobionta (Tumbuhan berpembuluh)
Super bahagian:Spermatophyta (Menghasilkan biji)
Divisio (Pembahagian):Magnoliophyta (Tumbuhan berbunga)
Classis (Kelas):Magnoliopsida (berkeping dua / dikotil)
Sub Kelas:Rosidae
Aliran (Bangsa):Myrtales
Familia (Suku):Thymelaeaceae
Genus (Marga):Phaleria
Species (Jenis):Phaleria macrocarpa (Scheff) Boerl.
NAMA-NAMA LAIN MAHKOTA DEWA
Sinonim: Phaleria papuana
Nama Latin Mahkota Dewa: Phaleria macrocarpa (Scheff) Boerl.
Nama Tempatan: Makuto Rojo, Makuto Ratu, Obat Dewa, Pau (Obat Pusaka), Crown of God, Boh Anggota Dewan, Simalakama (bahasa melayu)
Boleh copy-paste info ini dengan kredit kepada kolagenlaut.blogspot.com

Monday 29 June 2015

Khasiat Durian Belanda

A. CIRI-CIRI POkok

BATANG
Pokok buah ini boleh mencapai tinggi 9 meter. 
Daun Tumbuh menyirip, berwarna hijau, dengan ukuran garis pusat lebih 3 cm dan panjang 7cm, daun durian belanda mempunyai bau yang khas. 
BUNGA Bunga durian belanda berwarna kuning berbau harum 
BUAH dan BIJI Buah durian belanda boleh mencapai ukuran cukup besar sehingga 20-30 cm dengan berat mencapai 2.5 kg. Isi buah durian belanda berwarna putih dan mempunyai biji berwarna hitam. 
DESKRIPSI TANAMAN berasal dari Caribbean, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. 
gambar daun durian belandagambar bunga durian belandagambar buah durian belanda
Tanaman ini boleh tumbuh di mana-mana tempat, paling baik ditanam di kawasan yang cukup berair, buah ini boleh tumbuh dengan baik pada ketinggian 1000 m dari permukaan laut. Nama buah ini berasal dari bahasa Belanda Zuurzak yang bererti kantung yang masam. Biji buah durian belanda beracun dan boleh digunakan sebagai racun serangga semula jadi.

B. KANDUNGAN ZAT 

Buah ini mengandungi banyak karbohidrat, terutama fruktosa. Kandungan gizi lain adalah vitamin C, vitamin B1 dan vitamin B2 yang cukup banyak.
Buah durian belanda mengandungi Mineral iaitu fosforus dan kalsium, mempunyai kadar sodium (natrium) yang rendah, tetapi tinggi potasium (kalium). Perbandingan kalium dan natrium yang tinggi sangat menguntungkan dalam pencegahan penyakit darah tinggi.
Selain komponen pemakanan, buah ini juga sangat kaya akan komponen non-gizi. Salah satu di antaranya adalah mengandungi banyak serat (dietary fiber), yaitu mencapai 3.3 g per 100 g isi buah durian belanda.
Daun durian belanda mengandungi acetogenins, annocatacin, annocatalin, annohexocin, annonacin, annomuricin, anomurine, anonol, caclourine, gentisic acid, gigantetronin, linoleic acid, muricapentocin.

C. KHASIAT DAN MANFAAT 

Daun durian belanda mempunyai manfaat yang sangat luar biasa yakni mampu menghalang pertumbuhan bakteria, membantu menghalang mutasi gen, membantu menghalang perkembangan virus, membantu menghalang perkembangan parasit, membantu menghalang pertumbuhan tumor, membantu merileksasi otot, sebagai anti kejang, membantu meredakan kesakitan, mampu menekan keradangan, menurunkan kadar gula darah, menurunkan demam, menurunkan tekanan darah tinggi, menguatkan saraf, membantu menyihatkan jantung, membantu melebarkan pembuluh darah, membunuh cacing parasit, mengurangkan tekanan, menguatkan pencernaan dan meningkatkan nafsu makan.
Manfaat daun durian belanda ternyata 10,000 kali lebih kuat kandungan dan kemampuannya dari kemoterapi dalam merawat kanser. Ini berdasarkan dari kajian yang telah dilakukan, pada masyarakat kuno daun durian belanda sudah diketahui manfaatnya dan banyak digunakan untuk merawat penyakit.

Sekitar tahun 1965, pelbagai kajian para saintis membuktikan ekstrak daun durian belanda mempunyai khasiat yang lebih baik dari kemoterapi, ekstrak tersebut boleh melambatkan pertumbuhan kanser .

Pada tahun 1976, National Cancer Institute telah melakukan kajian ilmiah dan hasilnya menyatakan batang dan daun durian belanda efektif menyerang dan menghancurkan sel-sel kanser. Ini kerana kandungannya yang sangat tinggi kompaun proaktif bagi tubuh, ini jarang ditemui pada buah lain.
Korea juga tak kalah dalam masalah penelitian, setelah melakukan kajian mereka mendapati bahawa ada satu sebatian kimia yang berperanan selektif membunuh sel kanser usus besar serta 10,000 kali lebih berpotensi sebagai ubat kemoterapi yang dijumpai dalam buah ini. Namun di sebalik khasiatnya itu ternyata kompaun ini selektif memilih sel target kanser sehingga iaitu tidak merosakkan sel-sel yang sihat.
Manfaat daun durian belanda telah diteliti dalam sebuah kajian, daun pokok durian belanda sangat berkesan untuk kanser prostat, pankreas dan paru-paru. Hasil kajian ini sudah disimpan selama bertahun-tahun sejak zaman dulu, tapi banyak orang yang tidak mengetahuinya, entah kerana faktor apa. Bahkan berdasarkan 20 ujian makmal tentang manfaat daun durian belanda yang dilakukan sejak tahun 1970 menunjukkan hasil yang luar biasa, daun durian belanda mempunyai khasiat yang sangat baik, seperti: - Menyerang sel-sel kanser secara efektif kerana tidak membahayakan sel yang sihat, serta tidak menyebabkan rasa mual melampau, kehilangan berat badan dan rambut gugur.
Daun durian belanda mempunyai target yang berkesan dan boleh membunuh sel-sel ganas bagi 12 jenis kanser, termasuk kanser usus besar, payudara, prostat, paru-paru dan kanser pankreas. - Mampu meningkatkan tenaga di dalam tubuh. - Menambah stamina dan fitness. - Membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan mengelakkan jangkitan yang mematikan. - Mampu mencegah radikal bebas dan masih banyak lagi khasiat lain.
Perlu di ingat bahawa tuntutan ini dinyatakan berjaya dalam ujian makmal dan untuk ujian pada Manusia belum ada bukti secara perubatan.
Cara tradisional mengambil daun durian belanda adalah dengan merebusnya menggunakan 3 gelas air hingga tinggal 1 gelas, kemudian diminum 2 hingga 3 kali sehari. Daun yang digunakan adalah daun durian belanda yang sudah tua dan berwarna hijau tua. Cara kerja ramuan daun durian belanda di dalam tubuh mirip kemoterapi, iaitu menimbulkan kesan panas, namun ini terjadi pada beberapa orang saja. Tidak semuanya merasakan kesan yang sama. Khasiat daun durian belanda ini biasanya mula terasa setelah mengambilnya selama 2 minggu.
Contoh Ramuan ubat Menggunakan Daun durian belanda:
  • Meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh
    Kandungan yang terdapat pada daun durian belandadipercayai mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan mencegah terjadinya jangkitan pada tubuh.
    Caranya, siapkan 4/5 helai daun durian belanda, rebus dengan 4 gelas air biarkan mendidih hingga tinggal 1 gelas. Minumlah 1 kali sehari.
  • Mengubati Sakit Pinggang
    Rebusan daun durian belanda  juga bermanfaat untuk merawat sakit pinggang.
    Caranya, ambil 20 Helaian daun durian belanda kemudian direbus dengan menggunakan 5 gelas air hingga tinggal 3 gelas serta minum 1 kali sehari.
  • Boleh Merawat Sakit Urat
    Daun durian belanda juga boleh digunakan sebagai ubat sakit urat. Banyak rawatan alternatif yang menggunakan daun durian belanda untuk rawatan sakit urat.
    Caranya sangat mudah iaitu dengan daun durian belanda yang sudah cukup tua tapi masih hijau, kira-kira 6 hingga 10 helai kemudian cuci bersih. Selanjutnya daun durian belanda dipotong-potong dengan tujuan memastikan kandungan pada daun benar benar keluar. Rebus daun tersebut dengan dua gelas air, biarkan mendidih hingga air tersisa satu gelas. Minum ramuan tersebut sehari dua kali iaitu pagi dan malam hari.
  • Menghilangkan Bisul
    Ia merupakan salah satu gangguan kulit yang menjadi momokan selain kesakitan, ternyata bisul muncul tidak kenal tempat. Boleh tumbuh juga diwajah, nah yang paling menyusahkan bila munculnya di wajah kerana boleh mengganggu kecantikan.
    Caranya, ambil lima hingga 10 helai daun durian belanda yang masih muda lalu tempelkan ditempat yang terkena bisul hingga bisul mengering.
  • Merawat ekzema 
    Tumbuk daun durian belanda hingga halus dan tempelkan di bahagian tubuh yang dirasakan ngilu atau sakit kerana penyakit sendi atau ekzema secara teratur 1 hari dua kali.

D. KLASIFIKASI ILMIAH 


Kingdom (Dunia / Kerajaan):Plantae (Tumbuhan)
Subkingdom:Tracheobionta (Tumbuhan berpembuluh)
Super bahagian:Spermatophyta (Menghasilkan biji)
Divisio (Pembahagian):Magnoliophyta (Tumbuhan berbunga)
Classis (Kelas):Magnoliopsida (berkeping dua / dikotil)
Sub Kelas:Magnoliidae
Aliran (Bangsa):Magnoliales
Familia (Suku):Annonaceae
Genus (Marga):Annona
Species (Jenis):Annona muricata L.
NAMA LAIN 
Nama Latin durian belanda: Annona muricata
Indonesia: Sirsak, nangka sabrang, nangka Walanda
Inggeris: Soursop
Malaysia: Durian Belanda, Durian Benggaka,
Vietnam: Mang Cau Xiem
Thailand: Thurian Thet, Thurian Khaek
Filipina: Guyabano, Atti, Illabanos
Boleh copy-paste info ini dengan kredit kepada kolagenlaut.blogspot.com
Durian Belanda

Sunday 28 June 2015

Buah KK (Kelentit Kering) / Keliku / Cekeli / Belimbing Bukit

Buah KK / Kelentit Kering / Keliku / Cekeli / Belimbing Bukit

Buah Kelentit Kering merupakan herba yang paling ideal untuk meningkatkan tenaga seksual wanita. 100% herba asli, tiada campuran bahan lain. 

Walaupun Buah KK sesuai untuk perempuan, namun ia boleh juga di ambil oleh lelaki. Ini kerana buah KK bukan hanya berfungsi untuk meningkatkan tenaga seksual wanita semata-mata. Ia juga mempunyai khasiat yang lain. Untuk lebih lanjut, berikut khasiat buah Kelentit kering.

Khasiat Buah KK
-Kencing manis
-Darah tinggi
-Gout
-Keputihan melampau
-Buasir
-Sembelit
-Masalah mengawal air kencing
-Toksik dalam badan
-Senggugut
-Masalah haid tidak teratur
-Menambahkan susu badan
- Mengatasi Letih atau lesu
-Sakit2 sendi
-Buang angin
-Merapatkan faraj
-Hilangkan bau badan
-Meningkatkan hormon subur lelaki dan perempuan.
-melancarkan peredaran darah
-menambah antibodi badan
-Luka luar dan dalam



Cara Pengambilan Buah KK


Ambik 3 - 4 biji buah ini dan di rendam dalam air panas selama 20 minit sebelum di minum. Boleh di minum pada bila-bila masa.

Buah KK juga boleh di ambil dalam bentuk kapsul. Ini lebih menyenangkan, kerana buah ini agak pahit jika di makan begitu sahaja.

Buah KK Sesuai utk lelaki dan wanita.
Tidak sesuai utk wanita hamil atau menyusu.


Buah KK
HARGA BUAH KK



500 Gm Rm 30 Free Poslaju Smnjung
1 KILO Rm 50 Free Poslaju Smnjung

HARGA SERBUK BUAH KK
1 KILO RM 70 Free Poslaju Smnjung


Buah KK
HARGA KAPSUL BUAH KK
30 BIJI Rm 10

HARGA KAPSUL BUAH KK (BORONG)
1000 BIJI Rm 110 Free Poslaju Smnjung