Friday, 31 October 2014

Peniaga Online Wajib Daftar SSM

Peniaga online wajib daftarkan perniagaan dengan Suruhajaya Syarikat Malaysia (SSM). Peraturan ini telah mula dikuatkuasakan mulai Oktober 2014. Sudah ada satu jawatankuasa pemantau yang akan memantau perniagaan online ini. Perniagaan online ini termasuklah menerusi blog atau laman web, Facebook dan Instagram. Mana-mana perniagaan online wajib paparkan maklumat syarikat dan pendaftaran syarikat serta perniagaan.

Mana-mana peniaga online di Facebook, Instagram mahupun blog yang tidak mematuhi peraturan ini akan dikenakan tindakan penalti sehingga RM5,000 di bawah Akta Syarikat 1965 Seksyen 121(1)(b).

Sejajar dengan itu, mana-mana peniaga online perlu dan wajib meletakkan info pendaftaran perniagaan mereka di blog, Facebook dan juga Instagram. Ini termasuklah nama syarikat, perniagaan dan nombor pendaftaran SSM. 



Peniaga Online Wajib Daftar SSM


Persoalan Berkaitan Perniagaan Online

Merujuk laman web SSM dalam ruangan F.A.Q:
  • Setiap perniagaan sepenuh masa yang dijalankan oleh individu secara atas talian bagi tujuan mendapatkan keuntungan perlu berdaftar dengan SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
  • Kegagalan mendaftarkan perniagaan boleh mengakibatkan seseorang individu didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksima 2 tahun atau kedua-duanya.
  • Sesuatu perniagaan atas talian yang tidak berdaftar tidak akan dapat dibantu oleh mana-mana agensi penguatkuasaan sekiranya terdapat sebarang masalah melibatkan undang-undang kerana perjalanan perniagaan itu sendiri adalah sesuatu yang tidak sah disisi undang-undang.

No comments:

Post a Comment

Halia merah (Zingiber Officinale var.Rubra) adalah variasi spesies Zingiber Offcinale yang ditanam di Indonesia. Selain mempunyai ginger...