Friday 16 October 2015

BUNGA ROSELLE SEGAR

kajian khasiat roselle


Bunga Roselle atau nama saintifiknya Hibiscus Sabdariffa l, nama ini berbeza di setiap negara seperti bunga rosella (Indonesia), zuring (Belanda), oseile rouge (Perancis) atau karkadeh (Sudan).  

Pohon roselle tumbuh daripada biji dan mempunyai ketinggian sehingga mencapai 3-5 meter dan mengeluarkan bunga hampir setiap tahun. Ia berwarna cerah, kelopak bunga berwarna merah gelap dan agak tebal. 

Walaupun berbeza nama tetapi khasiat dan manfaatnya tetap sama. 

Kelopak Bunga
Diproses untuk dijadikan makanan seperti manisan, jeli, minum dan serbuk (teh).

Daun Muda
Dimakan sebagai ulam atau salad.

Biji
Mengandungi minyak tertentu.

Khasiat Roselle
Ia adalah sumber utama vitamin C untuk badan kita dan kandungan vitamin C ini melebihi 20 kali ganda daripada buah limau (citrus).  Dianggarkan 100 gm kelopak bunga segar mengandungi 3 kali ganda daripada buah anggur hitam, 10 kali ganda daripada buah belimbing dan 2.5 kali ganda daripada buah jambu.

Selain itu, roselle juga mengandungi vitamin D, Vitamin B1, B2, niacin, riboflavin, karoten, zat besi, asam amino, polisakarida, Omega 3 dan kalsium.

Cara penyedian

1. Roselle di cuci bersih.
2. biji roselle dibuang.
3. Roselle di rebus sehingga mendidih dengan air secukupnya. apabila mendidih, boleh masukkan beberapa helai daun pandan dan gula.
4. Siap dan sedia dihidangkan. Boleh juga dicampur susu.
5. sisa Roselle tadi jika tidak mahu membazir, boleh di buat jem. caranya, sisa Roselle dikisar (blender). bole tambah gula supaya jem tadi lebih manis.


jus roselle

Buah roselle segar
BUAH ROSELLE SEGAR


No comments:

Post a Comment