Sunday, 28 June 2015

Manfaat Air Mawar untuk Kecantikan Kulit, Wajah, Rambut

Manfaat Air Mawar untuk Kecantikan Kulit, Wajah, Rambut

Bunga mawar penuh dengan falsafah. Mempunyai bunga yang indah dengan warna-warna yang menarik, tangkai bunga mawar dipenuhi dengan duri yang apabila tidak hati-hati memegangnya maka kulit akan tertusuk. Selain penuh dengan falsafah dalam kehidupan, ternyata bunga mawar juga penuh dengan manfaat, baik untuk kesihatan dan untuk kecantikan . Air bunga mawar boleh digunakan untuk rawatan kulit dan wajah. Selain itu baik juga dimanfaatkan untuk menjaga kesihatan rambut. 


Manfaat Air Mawar untuk Kecantikan Kulit, Wajah, Rambut


Berikut ini beberapa manfaat dari air mawar yang perlu anda ketahui. 

1. Mengatasi Jerawat Air bunga mawar boleh digunakan untuk membasuh kulit wajah yang berjerawat. Selain berfungsi sebagai anti radang dan antiseptik, air mawar juga berfungsi sebagai pembersih dengan membersihkan pori-pori. Gunakan air mawar untuk membasuh wajah sekurang-kurangnya dua kali sehari.

2. Mengatasi Kulit Kering Secara semula jadi, air mawar mempunyai khasiat untuk melembapkan kulit. Jika anda mempunyai kulit yang kering dan sensitif, gunakan air mawar sebagai toner untuk membasuh wajah sekurang-kurangnya 2 kali sehari. 

Iklan Bergambar

3. Mengatasi Penyakit Kulit Air mawar dipercayai dapat mengatasi pelbagai masalah penyakit kulit.Diantaranya mengatasi eczema, dermatitis, lecet atau luka bakar. Gunakan air mawar seperti menggunakan toner pada masa yang diperlukan. 

4. Mencegah Penuaan Air mawar yang mengandungi Rosehip (buah dari biji bunga mawar) mempunyai kandungan vitamin C yang sangat tinggi yang merupakan sumber antioksida yang baik bagi kulit. Antioksida dalam air mawar berkhasiat untuk menangkal radikal bebas dan membuatkan kulit sentiasa awet muda. 

5. Mencerahkan Wajah Air mawar mengandungi vitamin C dan vitamin E yang baik untuk nutrisi kulit dan mampu mencerahkan, memutih serta menyegarkan kulit wajah. Celupkan kapas dalam air mawar, kemudian tepuk-tepukkan pada wajah. 

6. Kesihatan Rambut di samping bermanfaat untuk kulit wajah, air mawar juga baik digunakan untuk menjaga kesihatan rambut. Diantaranya mengatasi kelemumur, merawat iritasi di kulit kepala, melembapkan rambut yang kering hingga membersihkan rambut yang kotor. 

7. Mengatasi Mata Lesu Jika anda mengalami mata letih akibat kurang tidur, biasanya akan kelihatan lingkaran hitam di bawah mata. Tidak perlu panik, kerana cara mengatasinya sangat mudah. Cukup kompres mata dengan kapas yang sudah dicelupkan dalam air mawar. air mawar boleh digunakan juga untuk menghilangkan kemerahan pada kulit akibat pakaian dalam yang ketat.


Contoh Air mawar

No comments:

Post a Comment