Saturday, 27 June 2015

Manfaat Lidah Buaya untuk Kesihatan, Kecantikan Wajah dan Rambut

Lidah buaya sejak dulu dikenali sebagai tanaman ubat berkhasiat. Walaupun biasa ditanam dalam pot sebagai tanaman hiasan, namun lidah buaya kerapkali digunakan untuk bahan penjagaan kecantikan, menyuburkan rambut hingga menghilangkan jerawat.

Lidah buaya mengandungi pelbagai macam sebatian biologi aktif, seperti mannans asetat, polymannans, antrakuinon, pelbagai lektin dan zat saponin dan antrakuinon. antrakuinon yang terdapat pada lidah buaya merupakan zat yang dapat menangkis bakteria. Lidah buaya layak disebut sebagai tanaman herba kerana mengandungi kira-kira 75 jenis zat yang bermanfaat dan kurang lebih sekitar 200 kompaun lain yang sangat berkhasiat.



Manfaat Lidah Buaya untuk Kecantikan


Lidah BuayaMenghilangkan Jerawat Caranya sangat mudah dan boleh dilakukan dirumah. Ambil saja lidah buaya, kemudian belah, lalu ambil lendir yang terdapat di dalamnya. Sapukan pada bahagian muka yang terkena jerawat sekali dalam sehari kurang lebih selama 10-15 minit kemudian bilas dengan air suam.

Menghilangkan Flek Hitam Bagi anda-anda yang mempunyai flek-flek hitam diwajah kerana pengaruh kosmetik atau bekas jerawat. kaedah untuk menghilangkannya dengan cara semulajadi. Caranya: selepas muka dibersihkan, ambil jelly lidah buayanya, lalu bersihkan dari lendir-lendirnya dan sapu ke muka setiap pagi juga malam hari. Biarkan selama 30 minit. Selepas itu bersihkan dengan air bersih lalu keringkan.Lakukan sekurang-kurangnya 2x sehari berturut-turut. Dijamin, muka anda akan lancar dan terbebas dari flex-flex hitam.Walau memakan masa lama, namun bila dilakukan secara rutin, hasilnya pun akan maksimum. 

Kesihatan Bulu Mata Bagi anda-anda yang rajin menggunakan maskara, tentunya akan memberi kesan pada kesihatan bulu mata anda .Diantaranya: bulu mata kering dan cepat gugur. Namun anda jangan bimbang kerana ada resipi khas iaitu kegunaan jelly lidah buaya yang boleh menguatkan akar bulu mata serta menyihatkan bulu mata anda dan bulu mata anda pun akan lebat. Caranya: setiap mlm sebelum tidur, atau pun semasa anda bersantai, cuci bulu mata anda agar terbebas dari bahan kimia seperti maskara. Lalu ambil jelly Lidah Buaya, dan oleskan dengan lembut serta pelan-pelan pada bulu mata anda. Biarkan selama 30 minit kemudian basuh dengan air biasa sehingga bersih. Bila kerap menggunakannya, dijamin bulu mata anda akan kuat, tidak mudah gugur dan tebal. 

Menyuburkan Alis Jeli lidah buaya juga boleh digunakan untuk mempertebal kening anda. Caranya setiap tidur diolekan ke kening anda, lalu keesokan harinya dicuci bersih. Semakin anda rajin melakukannnya, maka hasilnya pun akan maksimum.

Penjagaan Rambut Dalam hal penjagaan rambut, penggunaan lidah buaya dapat mempercepatkan pertumbuhan rambut, mengurangkan munculnya kelemumur, dan juga dapat melembutkan rambut. Ambil 2 pelepah lidah buaya yang sudah dicuci, kemudian gosokkan isinya pada kulit kepala yang telah dicuci (lakukan pada mlm hari). Lalu balut rambut dengan kain dan bilas keesokan harinya, usahakan melakukan rawatan ini setiap hari untuk mendapatkan hasil maksimum. 

Penjagaan Kulit Tidak kira jenis kulit apa yang anda miliki, lidah buaya dikatakan memang sesuai untuk semua jenis kulit kerana dia memberikan supply oksigen ke sel yang boleh membangkitkan kekuatan dan menyihatkan kulit. 

Gel bercukur Apabila anda ingin bercukur dengan selesa dan selamat, anda tak perlu menggunakan krim pencukur. Cukup menggunakan gel yang terdapat pada lidah buaya maka anda akan memudahkan anda mencukur bulu serta mencegah iritasi. Lidah buaya akan membuat kulit tetap sejuk dan selesa tanpa terasa pedih. 

Pembersih makeup anda boleh cuba gel lidah buaya ini untuk membersihkan makeup anda. Langsung mengambil gel semulajadinya, maka ia akan membersihkan makeup dengan lembut tanpa meninggalkan iritasi. 

Melembabkan Tak perlu bingung mencari pelembap yang semulajadi dan selamat untuk kulit sensitif. Anda hanya perlukan lidah buaya sehingga kulit menjadi tetap sejuk. Ia juga selamat untuk kulit sensitif, kulit berjerawat. Bahkan lidah buaya akan membantu menyembuhkan jerawat dan bekas jerawat.

1 comment:

  1. Ws sy utk dptkn benih pokok lidah buaya atau aloe vera 0107079200 (azrin) tq

    ReplyDelete