Tuesday 4 August 2015

Psyllium Husk Ubat Kurus Semulajadi

Ada dua cara psyllium boleh membantu dalam menurunkan berat badan. Jika di ambil sebelum makan, ia dapat membantu untuk menciptakan perasaan kenyang,  dengan ini dapat mengurangkan jumlah makanan yang di makan. 

Kedua, Psyllium juga merupakan pembersih usus semulajadi. Psyllium membantu membuang lebihan toksik dalam usus besar, ini juga dapat membantu dalam proses menurunkan berat badan beberapa kilo.

Pokok Plantago Ovata yang menghasilkan fiber psyllium husk
PHOTO: organicfoodproducts.co.in

Pokok Plantago Ovata yang menghasilkan fiber psyllium husk
PHOTO: fredswildflowers.com

Pokok Plantago Ovata yang menghasilkan fiber psyllium husk
PHOTO: sagebud.com

Fiber Psyllium digunakan sebagai penekan nafsu makan kerana fiber ini mampu mengembang sehingga 20 kali ganda dari saiz asal. inilah yang akan 'memenuhkan perut' dan membuatkan seseorang mudah kenyang. 

Dengan itu, nafsu makan seseorang dapat di kurangkan. Seterusnya dapatlah menurunkan berat badan. Fiber Psyllium boleh di ambil 30 minit sebelum waktu makan. minum banyak air jika mengambil fiber ini. 

Ringkasan Khasiat Psyllium Husk

Berfungsi untuk mengatasi sembelit. 
Melegakan kesakitan yang dikaitkan dengan buasir.
Membantu untuk menurunkan paras gula darah bagi pesakit diabetes.
Berkesan membersihkan kolon atau usus.
Membantu mengekalkan tahap tekanan darah yang normal.
Mengurangkan kembung yang berpunca dari masalah penghadaman.
Sebagai julap semulajadi (pencahar) yang selamat.
Digunakan untuk merawat pedih ulu hati.
Membantu menurunkan berat badan secara sihat dan semula jadi.
Juga membantu merawat cirit-birit ringan.

Cara Pengambilan Psyllium Husk 

Campur 1-2 sudu teh Psyllium Husk ke dalam apa sahaja jenis minuman. Seperti susu, jus buah, minuman berperisa dan lain-lain.

Seeloknya Psyllium Husk di ambil 30-60 minit sebelum mengambil makanan berat seperti nasi.

Psyllium Husk boleh di ambil setiap hari.

inilah bentuk fiber Psyllium Husk



3 comments:

  1. Psyllium Husk merupakan produk dari india.

    ReplyDelete
  2. slm. mcmna nk dapatkan/nk bli psyllium husk.

    ReplyDelete
  3. slm. mcmna nk dapatkan/nk bli psyllium husk.

    ReplyDelete