A. CIRI-CIRI POkok
BATANG
Pokok buah ini boleh mencapai tinggi 9 meter.
Daun Tumbuh menyirip, berwarna hijau, dengan ukuran garis pusat lebih 3 cm dan panjang 7cm, daun durian belanda mempunyai bau yang khas.
BUNGA Bunga durian belanda berwarna kuning berbau harum
BUAH dan BIJI Buah durian belanda boleh mencapai ukuran cukup besar sehingga 20-30 cm dengan berat mencapai 2.5 kg. Isi buah durian belanda berwarna putih dan mempunyai biji berwarna hitam.
DESKRIPSI TANAMAN berasal dari Caribbean, Amerika Tengah dan Amerika Selatan.
Tanaman ini boleh tumbuh di mana-mana tempat, paling baik ditanam di kawasan yang cukup berair, buah ini boleh tumbuh dengan baik pada ketinggian 1000 m dari permukaan laut. Nama buah ini berasal dari bahasa Belanda Zuurzak yang bererti kantung yang masam. Biji buah durian belanda beracun dan boleh digunakan sebagai racun serangga semula jadi.
B. KANDUNGAN ZAT
Buah ini mengandungi banyak karbohidrat, terutama fruktosa. Kandungan gizi lain adalah vitamin C, vitamin B1 dan vitamin B2 yang cukup banyak.
Buah durian belanda mengandungi Mineral iaitu fosforus dan kalsium, mempunyai kadar sodium (natrium) yang rendah, tetapi tinggi potasium (kalium). Perbandingan kalium dan natrium yang tinggi sangat menguntungkan dalam pencegahan penyakit darah tinggi.
Selain komponen pemakanan, buah ini juga sangat kaya akan komponen non-gizi. Salah satu di antaranya adalah mengandungi banyak serat (dietary fiber), yaitu mencapai 3.3 g per 100 g isi buah durian belanda.
Daun durian belanda mengandungi acetogenins, annocatacin, annocatalin, annohexocin, annonacin, annomuricin, anomurine, anonol, caclourine, gentisic acid, gigantetronin, linoleic acid, muricapentocin.
C. KHASIAT DAN MANFAAT
Daun durian belanda mempunyai manfaat yang sangat luar biasa yakni mampu menghalang pertumbuhan bakteria, membantu menghalang mutasi gen, membantu menghalang perkembangan virus, membantu menghalang perkembangan parasit, membantu menghalang pertumbuhan tumor, membantu merileksasi otot, sebagai anti kejang, membantu meredakan kesakitan, mampu menekan keradangan, menurunkan kadar gula darah, menurunkan demam, menurunkan tekanan darah tinggi, menguatkan saraf, membantu menyihatkan jantung, membantu melebarkan pembuluh darah, membunuh cacing parasit, mengurangkan tekanan, menguatkan pencernaan dan meningkatkan nafsu makan.
Manfaat daun durian belanda ternyata 10,000 kali lebih kuat kandungan dan kemampuannya dari kemoterapi dalam merawat kanser. Ini berdasarkan dari kajian yang telah dilakukan, pada masyarakat kuno daun durian belanda sudah diketahui manfaatnya dan banyak digunakan untuk merawat penyakit.
Sekitar tahun 1965, pelbagai kajian para saintis membuktikan ekstrak daun durian belanda mempunyai khasiat yang lebih baik dari kemoterapi, ekstrak tersebut boleh melambatkan pertumbuhan kanser .
Pada tahun 1976, National Cancer Institute telah melakukan kajian ilmiah dan hasilnya menyatakan batang dan daun durian belanda efektif menyerang dan menghancurkan sel-sel kanser. Ini kerana kandungannya yang sangat tinggi kompaun proaktif bagi tubuh, ini jarang ditemui pada buah lain.
Korea juga tak kalah dalam masalah penelitian, setelah melakukan kajian mereka mendapati bahawa ada satu sebatian kimia yang berperanan selektif membunuh sel kanser usus besar serta 10,000 kali lebih berpotensi sebagai ubat kemoterapi yang dijumpai dalam buah ini. Namun di sebalik khasiatnya itu ternyata kompaun ini selektif memilih sel target kanser sehingga iaitu tidak merosakkan sel-sel yang sihat.
Manfaat daun durian belanda telah diteliti dalam sebuah kajian, daun pokok durian belanda sangat berkesan untuk kanser prostat, pankreas dan paru-paru. Hasil kajian ini sudah disimpan selama bertahun-tahun sejak zaman dulu, tapi banyak orang yang tidak mengetahuinya, entah kerana faktor apa. Bahkan berdasarkan 20 ujian makmal tentang manfaat daun durian belanda yang dilakukan sejak tahun 1970 menunjukkan hasil yang luar biasa, daun durian belanda mempunyai khasiat yang sangat baik, seperti: - Menyerang sel-sel kanser secara efektif kerana tidak membahayakan sel yang sihat, serta tidak menyebabkan rasa mual melampau, kehilangan berat badan dan rambut gugur.
Daun durian belanda mempunyai target yang berkesan dan boleh membunuh sel-sel ganas bagi 12 jenis kanser, termasuk kanser usus besar, payudara, prostat, paru-paru dan kanser pankreas. - Mampu meningkatkan tenaga di dalam tubuh. - Menambah stamina dan fitness. - Membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan mengelakkan jangkitan yang mematikan. - Mampu mencegah radikal bebas dan masih banyak lagi khasiat lain.
Perlu di ingat bahawa tuntutan ini dinyatakan berjaya dalam ujian makmal dan untuk ujian pada Manusia belum ada bukti secara perubatan.
Cara tradisional mengambil daun durian belanda adalah dengan merebusnya menggunakan 3 gelas air hingga tinggal 1 gelas, kemudian diminum 2 hingga 3 kali sehari. Daun yang digunakan adalah daun durian belanda yang sudah tua dan berwarna hijau tua. Cara kerja ramuan daun durian belanda di dalam tubuh mirip kemoterapi, iaitu menimbulkan kesan panas, namun ini terjadi pada beberapa orang saja. Tidak semuanya merasakan kesan yang sama. Khasiat daun durian belanda ini biasanya mula terasa setelah mengambilnya selama 2 minggu.
Contoh Ramuan ubat Menggunakan Daun durian belanda:
- Meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh
Kandungan yang terdapat pada daun durian belandadipercayai mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan mencegah terjadinya jangkitan pada tubuh.
Caranya, siapkan 4/5 helai daun durian belanda, rebus dengan 4 gelas air biarkan mendidih hingga tinggal 1 gelas. Minumlah 1 kali sehari.
- Mengubati Sakit Pinggang
Rebusan daun durian belanda juga bermanfaat untuk merawat sakit pinggang.
Caranya, ambil 20 Helaian daun durian belanda kemudian direbus dengan menggunakan 5 gelas air hingga tinggal 3 gelas serta minum 1 kali sehari.
- Boleh Merawat Sakit Urat
Daun durian belanda juga boleh digunakan sebagai ubat sakit urat. Banyak rawatan alternatif yang menggunakan daun durian belanda untuk rawatan sakit urat.
Caranya sangat mudah iaitu dengan daun durian belanda yang sudah cukup tua tapi masih hijau, kira-kira 6 hingga 10 helai kemudian cuci bersih. Selanjutnya daun durian belanda dipotong-potong dengan tujuan memastikan kandungan pada daun benar benar keluar. Rebus daun tersebut dengan dua gelas air, biarkan mendidih hingga air tersisa satu gelas. Minum ramuan tersebut sehari dua kali iaitu pagi dan malam hari.
- Menghilangkan Bisul
Ia merupakan salah satu gangguan kulit yang menjadi momokan selain kesakitan, ternyata bisul muncul tidak kenal tempat. Boleh tumbuh juga diwajah, nah yang paling menyusahkan bila munculnya di wajah kerana boleh mengganggu kecantikan.
Caranya, ambil lima hingga 10 helai daun durian belanda yang masih muda lalu tempelkan ditempat yang terkena bisul hingga bisul mengering.
- Merawat ekzema
Tumbuk daun durian belanda hingga halus dan tempelkan di bahagian tubuh yang dirasakan ngilu atau sakit kerana penyakit sendi atau ekzema secara teratur 1 hari dua kali.
D. KLASIFIKASI ILMIAH
Kingdom (Dunia / Kerajaan): | Plantae (Tumbuhan) |
Subkingdom: | Tracheobionta (Tumbuhan berpembuluh) |
Super bahagian: | Spermatophyta (Menghasilkan biji) |
Divisio (Pembahagian): | Magnoliophyta (Tumbuhan berbunga) |
Classis (Kelas): | Magnoliopsida (berkeping dua / dikotil) |
Sub Kelas: | Magnoliidae |
Aliran (Bangsa): | Magnoliales |
Familia (Suku): | Annonaceae |
Genus (Marga): | Annona |
Species (Jenis): | Annona muricata L. |
NAMA LAIN
Nama Latin durian belanda: Annona muricata
Indonesia: Sirsak, nangka sabrang, nangka Walanda
Inggeris: Soursop
Malaysia: Durian Belanda, Durian Benggaka,
Vietnam: Mang Cau Xiem
Thailand: Thurian Thet, Thurian Khaek
Filipina: Guyabano, Atti, Illabanos