Saturday, 25 July 2015

Masalah Keputihan Dan Rawatan Tradisional

atasi keputihan punca faraj berbau

A. APA ITU KEPUTIHAN
Keputihan adalah gejala pada faraj di mana liang faraj mengeluarkan cecair berwarna putih yang agak kental  dan biasanya berbau tidak enak serta timbul rasa gatal pada faraj.

Masalah Keputihan Dan Cara Rawatan Tradisional

Dalam perubatan, keputihan dikenali dengan istilah Fluor Albus atau Leucorrhoe. Faraj dalam keadaan normal dan rileks tidak mengeluarkan cecair ini.

B. JENIS-JENIS KEPUTIHAN
keputihan yang teruk

Keputihan terbahagi kepada dua golongan iaitu keputihan normal (fisiologi) dan keputihan abnormal (patologis)

1.   KEPUTIHAN FISIOLOGI
Keputihan fisiologi adalah keputihan yang normal, biasanya terjadi semasa kesuburan dan menjelang haid atau sesudah haid, Ciri-cirinya, cecair yang keluar cair, berwarna kuning air serta tidak berbau dan jumlahnya pun sedikit. Keputihan jenis ini merupakan keputihan yang normal pada setiap wanita. Rembesan faraj ini adalah sesuatu yang semula jadi untuk kebersihan, sebagai pelicin dan pertahanan dari pelbagai jangkitan. Pada fasa kematangan telur (fasa folikel) jumlah cecair yang keluar semakin meningkat dan mencapai kemuncaknya pada saat ovulasi. Selepas itu kualiti cecair menjadi lebih kental. 

2.   KEPUTIHAN PATOLOGI
Keputihan patologi adalah keputihan yang tidak normal, keputihan ini boleh disebabkan oleh jangkitan. Biasanya disertai dengan rasa gatal dalam vagina dan di sekitar bibir faraj di bahagian luar. Yang sering menimbulkan keputihan ini antara lain bakteria, virus, cendawan atau juga parasit. Jangkitan ini dapat menjalar dan menimbulkan peradangan ke saluran kencing sehingga menimbulkan rasa pedih semasa si penderita membuang air kecil.
Keputihan patologi akan menimbulkan rasa gatal serta meninggalkan tompok-tompok pada seluar dalam. 

   Punca-punca keputihan tidak normal:

Kurangnya kebersihan
Setiap penyakit biasanya datang dari kurangnya kebersihan, begitu juga dengan keputihan, kurangnya menjaga kebersihan di kawasan faraj akan menimbulkan berbagai macam penyakit. Salah satunya adalah keputihan. Jangkitan berupa bakteria patogen sangat mudah tersebar kerana adanya kelembapan pada faraj.

Penggunaan ubat-ubatan dalam waktu lama, terutama antibiotik

Stress
Semua organ tubuh dikawal oleh otak, Otak merupakan pusat kawalan semua organ. maka dari itu ketika reseptor otak mengalami keadaan stress maka hormon-hormon dalam tubuh menyebabkan terjadinya keputihan.

Jangkitan
Disebabkan oleh bakteria, gonorrhoe, parasit trichomonas, Candida dan virus (HPV, Herpes, AIDS)
Kutu Monilia atau Candidas adalah penyebab utama terjadinya keputihan berpunca dari kelembapan yang terlalu tinggi pada faraj.  maka kutu ini akan berkembang biak dengan cepat. Keputihan dari Monilia atau Candidas mempunyai ciri2 warna putih seperti susu, cairannya sangat kental, sangat berbau tidak enak dan menimbulkan rasa gatal yang sangat menyiksa pada kawasan vagina.

Benda asing di dalam faraj (misalnya: kondom yang tertinggal)

iklan bergambar
KELENTIT KERING

C. PUNCA-PUNCA KEPUTIHAN lain
Sering menggaru faraj
Ketidak seimbangan hormon
Rosaknya keseimbangan biologi dan keasidan (ph) sekitar faraj.
Memakai pakaian dalam yang ketat dari bahan sintetik
Tidak menukar panty liner
Sering bertukar seluar dalam / tuala dgn orang lain
Gejala suatu penyakit tertentu
Sering memakai tisu semasa membasuh bahagian kewanitaan
Sering menggunakan tandas awam yg kotor
Keletihan yang amat sangat
Tidak mengganti tuala wanita semasa haid
Tidak menjalani pola hidup sihat (makan tidak teratur, tidak pernah bersenam, tidur kurang)
Persekitaran yang kotor. Sering mandi berendam dengan air hangat dan panas.
Kadar gula dalam darah yang tinggi
Memakai sembarangan sabun untuk membasuh faraj
Tinggal di kawasan tropika yang lembab
Sering berganti pasangan dalam berhubungan seks

Cara Mengetahui Punca Keputihan dengan memperhatikan cecair yang keluar:

Jangkitan kencing nanah, sebagai contoh, menghasilkan cecair kental, bernanah dan berwarna kuning kehijauan.

Keputihan yang disertai bau busuk boleh disebabkan oleh kanser.

Keputihan akibat Candida albicans, Keputihan jenis ini mempunyai ciri-ciri warna putih seperti susu, cecair kental, bau tak sedap dan sangat gatal, kadang-kadang boleh menimbulkan radang pada faraj sehingga kelihatan kemerahan.

Keputihan akibat bakteria Vaginosis atau Gardnerella, Keputihan jenis ini mempunyai ciri-ciri warna abu-abu, tidak terlalu pekat, cecair berbuih, mengeluarkan bau yang hanyir, dan gatal.

Keputihan akibat parasit Trichomonas vaginalis, Keputihan jenis ini mempunyai ciri-ciri warna kehijauan atau kuning, cecair berbuih dan bau hanyir, tidak menimbulkan gatal, tetapi apabila ditekan, faraj akan terasa sakit. keputihan ini boleh disebarkan melalu hubungan seks yang tidak sihat atau berkongsi kelengkapan bilik mandi.

Keputihan akibat virus, Keputihan jenis ini boleh disebabkan oleh virus, HIV, Herpes atau Candyloma. keputihan jenis ini boleh mencetuskan kanser rahim, pada keputihan herpes biasanya disertai tanda-tanda herpes seperti luka yang melepuh, sedangkan pada keputihan candyloma di sertai tanda-tanda candyloma berupa kutil-kutil yang tumbuh di faraj atau rahim. Penyakit herpes atau candyloma kadang-kadang tidak dikesan awal, kerana umumnya tanda-tanda tidak mudah kelihatan.

IKLAN BERGAMBAR
BELI BUNGA MUKMIN

D. CARA MENCEGAH KEPUTIHAN
Menjaga kebersihan kawasan faraj
Membilas vagina dengan cara yang benar (dari dubur ke depan)
Jangan berkongsi tuala
Lebih berhati - hati dalam menggunakan tandas awam
Jalani Corak hidup sihat, cukup tidur, senaman teratur, pemakanan yang seimbang
Elakkan bertukar pasangan dalam berhubungan seks
Bagi wanita yang sudah melakukan hubungan suami isteri, setiap tahun harus melakukan papsmear.
Elakkan mandi / berendam dalam kolam umum
Gunakan seluar dalam dari bahan kapas, tidak menggunakan seluar dalam yang ketat.

E. CARA MERAWAT KEPUTIHAN
Untuk mengubati keputihan, anda boleh merujuk dengan doktor kerana doktor akan memberikan ubat-ubatan sesuai dengan penyebab keputihan yang dialami. Untuk memastikan penyebab keputihan yang tidak normal maka doktor akan menyarankan pemeriksaan rembesan faraj dan Pap smear.

Selepas mendapat rawatan dari doktor (umumnya dengan antibiotik dan ubat anti-kulat) dan jika keputihan tidak juga sembuh, maka sebaiknya mendapatkan rawatan susulan. Keputihan yang terus menerus boleh disebabkan oleh penyakit serius seperti kanser rahim. Ini biasanya ditandai dengan cecair banyak, bau busuk, sering keluar darah.

UBAT KEPUTIHAN SEMULAJADI (RAMUAN TRADISIONAL)

Mengubati Keputihan dengan Daun Sirih
Daun sirih dipercayai dapat mengurangkan rasa gatal dan bau pada faraj semasa keputihan. Caranya 10-15 helai daun sirih + 30 gram daun jambu, dicuci bersih lalu direbus dengan 2 liter air hingga tersisa 1 liter, ditapis, hangat-hangat kuku digunakan untuk mencuci faraj. Lakukan setiap hari, pagi dan malam.

Mengubati Keputihan dengan Bawang Putih
Bawang putih adalah salah satu rawatan rumah yang paling berkesan dan mudah untuk melawan jangkitan kulat. Bawang putih mempunyai sifat antikulat yang dapat memberikan bantuan yang cepat untuk mengatasi jangkitan jamur. Boleh menambah bawang putih ke dalam makanan atau memakan bawang putih secara terus.

Mengubati Keputihan dengan Baking Soda
Baking soda telah dikenali untuk menyeimbangkan tahap pH dalam tubuh. Untuk meringankan gatal dari jangkitan cendawan, tambah kira-kira setengah cawan baking soda ke dalam air dengan suhu sedang di tab mandi dan anda boleh berendam selama 20 minit setiap hari sampai gatal hilang. Ingatlah untuk segera mengeringkan daerah kewanitaan anda dengan betul selepas anda selesai berendam.

Mengubati Keputihan dengan Yogurt
Yogurt mengandungi bakteria baik yang boleh membantu melawan cendawan. Pastikan pengambilan yogurt tanpa pemanis. Jika anda mengambil yogurt dengan ditambah pemanis seperti gula, hanya akan menyebabkan jangkitan semakin parah. Anda boleh mengambil yogurt tersebut atau menggosok / mengoleskan sekitar satu sudu makan yogurt di sekitar daerah yang terkena untuk mengurangkan iritasi dan mengembalikan keseimbangannya. 

Mengubati Keputihan dengan Makanan yang Mengandung Probiotik
Probiotik secara semula jadi mempunyai bakteria sihat, yang menjaga kesihatan di usus dan saluran faraj dan bertanggung jawab untuk mengurangkan jangkitan. Probiotik seperti L. acidophilus, telah menunjukkan hasil yang positif dalam membiakkan bakteria sihat dalam faraj.

Mengubati Keputihan dengan Tea tree oil
Tea tree oil (melaleuca alternifolia) adalah rawatan yang sudah digunakan bertahun-tahun. 

Mengubati Keputihan dengan Biji buah mangga
Selain buahnya boleh dimakan, biji buah mangga juga mempunyai kegunaan lain iaitu untuk merawat keputihan. Keringkan dan giling biji mangga untuk dibuat serbuk. Tambah sedikit air serbuk ini untuk membuat pes halus, sapukan pes ini di luar dan di dalam saluran faraj untuk merawat keputihan.

Mengubati Keputihan dengan Akar bayam
Akar bayam mempunyai sifat antibakteria yang membantu dalam merawat jangkitan. Komponen kimia pada akar bayam bermanfaat membantu dalam penyembuhan organ pembiakan. Minum dua kali sehari, pagi dan petang untuk hasil yang lebih baik.

Mengambil Kacip Fatimah
Kacip Fatimah memang terkenal berkesan merawat masalah keputihan. cuma perlu ambil 1-2 sudu teh serbuk kacip fatimah setiap hari dan di tambah ke dalam air minuman. Boleh di tambah ke dalam air teh, susu atau milo. selain berkesan merawat keputihan, kacip fatimah juga boleh mengurangkan rasa sakit semasa senggugut. BELI KACIP FATIMAH ONLINE!

Bahaya Keputihan Untuk Vagina

No comments:

Post a Comment