Friday, 24 July 2015

Penjelasan Mengenai Tanaman Nenas

Ciri-ciri Tanaman Nenas

A. CIRI-CIRI TANAMAN NANAS

BATANG
Herba dengan tinggi 0,5-1,5 m ini, pada pangkalnya ada tunas merayap.
DAUN
Daunnya panjang dan tebal dengan hujung tirus menyerupai duri. Umumnya, sepanjang tepi daun terdapat duri yang membengkok ke atas.
BUNGA
Bunga tersusun rata dengan tangkai panjang, berbunga pada umur 1,5-3 tahun
BUAH dan BIJI
Buahnya bulat panjang, isi berwarna kuning muda, lembut dan sangat manis rasanya.
DESKRIPSI TANAMAN NENAS
Tanaman nanas menyukai tanah berasid, air yang cukup, dan tempat yang teduh, nenas merupakan sejenis tumbuhan tropika yang berasal dari Brazil, Bolivia, dan Paraguay Tumbuhan ini termasuk dalam familia nanas-nanasan.
Perawakan (habitat) tumbuhannya rendah, herba dengan 30 atau lebih daun yang panjang, berhujung tajam, tersusun dalam bentuk roset mengelilingi batang yang tebal.
Burung penghisap madu (hummingbird) merupakan pendebunga semulajadi buah ini, Namun pelbagai serangga lain juga mempunyai peranan yang sama.

B. KANDUNGAN ZAT BUAH NENAS

Buah ini banyak mengandungi vitamin A dan C sebagai antioksida. Juga mengandungi kalsium, fosforus, magnesium, besi, natrium, protein, kalium, laevulosa, dekstrosa, sukrosa, asid organik dan enzim bromelain. Bromelain berkhasiat sebagai anti radang, membantu menghadam makanan dalam perut, serta menghalang pertumbuhan sel kanser. Kandungan seratnya dapat memudahkan buang air besar pada penderita sembelit.

Iklan Bergambar
daun cina maki

C. KHASIAT DAN MANFAAT BUAH NENAS

Buah nenas mempunyai beberapa manfaat untuk kesihatan dan kecantikan, berikut ini adalah beberapa khasiat nenas :
lebam 
Jika Anak atau ahli keluarga mengalami lebam atau luka lebam, ubati dengan buah nenas. Caranya, kupas 1 biji buah nenas yang sudah masak, potong-potong, lalu di kisar. Minum air jus nenas ini.
Luka terbakar, gatal dan bisul
Selain sedap dimakan, buah nenas juga boleh digunakan untuk merawat beberapa penyakit kulit seperti kulit terbakar, gatal pada kulit dan bisul. Caranya, cuci daun nanas sampai bersih, lalu tumbuk sampai halus. Balutkan pada bahagian yang sakit.
Ubat Beri-beri (kurang vitamin B)
Manfaat buah nenas yang lain adalah merawat penyakit beri-beri. Caranya, kupas 2 biji buah nenas yang sudah masak, lalu cuci hingga bersih. Seterusnya, blender atau parut. Sebaiknya diminum pagi atau siang hari selepas makan.
Mengatasi Sembelit
Kupas 3 biji buah nanas yang belum masak, lalu cuci hingga bersih. Seterusnya, blender atau parut. Minum air jus nenas selepas makan, sehari 2 kali, cukup 1/2 gelas setiap kali minum. Lakukan secara rutin hingga sembelit hilang.
Mengatasi Selesema dan Demam
Buah nenas mempunyai kandungan vitamin C yang cukup tinggi, sangat sesuai bagi pesakit flu ataupun demam untuk mengambil buah ini. Nenas membantu melancarkan hambatan yang ada pada tekak sehingga selesema seperti batuk boleh cepat sembuh. Vitamin C yang terkandung dalam nenas juga boleh membantu memerangi virus yang menyebabkan selesema.
Menjaga Kesihatan Gigi
Kesihatan gigi harus dijaga, salah satunya dengan buah nanas yang kandungan vitamin C nya membantu pencegahan plak pada gigi yang boleh menimbulkan rasa sakit pada gusi. Tentu juga harus diimbangi dengan penjagaan kesihatan gigi yang lain seperti rajin menggosok gigi dan rawatan khusus lain.
Merawat Keradangan Kulit
Nanas mampu merawat masalah pada keradangan kulit seperti kulit yang mengelupas atau bersisik. Caranya Sediakan 1/2 biji buah nanas yang telah masak. Kupas kulitnya, lalu parut. Hasil parutannya dipakai untuk menggosok kulit yang bersisik dan mengelupas, baik di kulit kepala atau bahagian lain dari tubuh. Lakukan sekali sehari, malam sebelum tidur. Keesokan paginya baru dicuci bersih. Lakukan setiap hari.
Merawat Cacing
Kupas 1 biji buah nanas muda, lalu cuci hingga bersih. Seterusnya, bilas dengan air masak, lalu parut. Perah dan saring hasil parutannya, lalu diberi minum kepada anak yang kecacingan.
Menghaluskan Kulit
Selain dapat mengatasi permasalahan seperti pada keradangan kulit. Nenas juga boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Kerana, kandungan air yang ada pada buah nenas dapat membuang sel kulit mati.
Mengatasi Kembung Pada Perut / Melancarkan Penghadaman
Kembung perut berlaku disebabkan oleh gas yang berlebihan pada saluran penghadaman perut dan usus.
Ketika pencernaan terganggu, perut akan terasa penuh walaupun hanya diisi sedikit makanan. Cara mengatasinya dengan minum jus nenas 3 kali sehari masing-masing 3/4 gelas. Lakukan rawatan ini 1/2 jam sebelum makan.

Merawat sakit Urat
Pakar mengesyorkan untuk mengambil buah-buahan yang mengandungi enzim bromelain dan kalium untuk mengatasi sakit urat. Zat tersebut bersifat diuretik yang mampu membantu mengatasi masalah sakit urat.

Meredakan Radang Tekak

Vitamin C yang terkandung sangat baik untuk mengatasi dan meredakan radang pada tekak. Kupas 2 biji buah nanas yang telah masak, lalu cuci hingga bersih. Potong-potong, lalu di kisar atau diparut. Minum air perahan yang terkumpul, sehari 3 kali.
Meningkatkan Kekebalan Tubuh
Nenas mengandungi asid amino yang dapat membantu meningkatkan kekebalan tubuh. Asid amino memang terkenal bagus untuk mengatasi rasa letih. Untuk itu rajin2 lah mengambil buah nenas ini setiap hari.
Menurunkan Tekanan Darah
Buah Nenas juga mengandungi kalium yang sangat bermanfaat untuk pesakit darah tinggi. Kandungan serat yang ada di dalamnya sangat membantu untuk menghalang lemak di dalam saluran pencernaan. Sangat sesuai di ambil setiap hari untuk membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
Menurunkan Berat Badan
Buah naenas sangat sesuai untuk menu diet bagi menurunkan berat badan. Kandungan enzim yang terdapat dalam nenas mampu menyerap lemak. Selain itu, vitamin c juga dapat membantu dalam proses pembakaran lemak supaya tidak terkumpul di dalam badan.
Kupas 1 biji buah nanas yang tidak terlalu matang, lalu cuci hingga bersih. Potong-potong, lalu di kisar atau diparut. Minum 2 kali sehari.
Mengatasi Kelemumur
Sediakan 1/4 buah nanas masak. Kupas kulitnya, lalu parut, perah, dan saring. Tambah air perahan 1 biji buah limau nipis dan kacau hingga rata. Gunakan ramuan ini untuk menggosok kulit kepala yang berkelemumur. Lakukan malam hari sebelum tidur. Lakukan 2-3 kali dalam seminggu.
iklan bergambar
bunga mukmin merawat kencing manis
Meningkatkan Kualiti Sperma
Buah nenas sangat sesuai untuk lelaki yang belum diberikan keturunan. Nenas dapat membantu meningkatkan kualiti sperma. Untuk itu, pengambilan nenas secara rutin dapat mengatasi permasalahan keturunan.
Kesan sampingan buah nanas
Ibu hamil dilarang minum perahan buah nenas muda, nenas muda berpotensi sebagai abortivum atau sejenis ubat yang dapat menggugurkan kandungan.
Pesakit yang ada penyakit sendi dan radang sendi dianjurkan untuk tidak makan nenas kerana buah nanas terfermentasi menjadi alkohol dalam sistem penghadaman. Ini boleh menyebabkan penyakit gout berulang.
Pesakit diabetes, sebaiknya tidak memakan nenas secara berlebihan, buah nenas masak mengandungi kadar gula yang cukup tinggi.
Tips Makan Buah Nenas: Timbul rasa gatal. kadang-kadang selepas habis makan nenas, mulut dan lidah terasa gatal. Untuk mengelakkan ini, sebelum dimakan, rendamlah potongan buah nenas dengan air garam. Mudah bukan?

D. KLASIFIKASI ILMIAH TANAMAN NENAS

Kingdom (Dunia / Kerajaan):Plantae (Tumbuhan)
Subkingdom:Tracheobionta (Tumbuhan berpembuluh)
Super bahagian:Spermatophyta (Menghasilkan biji)
Divisio (Pembahagian):Magnoliophyta (Tumbuhan berbunga)
Classis (Kelas):Liliopsida (berkeping satu / monokotil)
Sub Kelas:Commelinidae
Aliran (Bangsa):Bromeliales
Familia (Suku):Bromeliaceae (Nanas-nanasan)
Genus (Marga):Ananas
Species (Jenis):Ananas comosus Merr
NAMA-NAMA LAIN BUAH NANAS
Indonesia: Nenas, nanas (Jawa), danas (Sunda), naneh, atau ananas 
Inggeris: Pineapple 
Melayu: Nanas, nanas pager 
Vietnam: Dua, thom, khom 
Thailand: Sappa rot, makha nat 
Pilipina: PiƱa , nanas, apangdan 
China: Wong lay, ong lai

No comments:

Post a Comment