Thursday, 21 May 2015
Pokok Siak-Siak
Nama Botani: Daniella Ensifolia
Nama Lain: Siak-Siak
Famili: Liliaceae
Herba jenis renek ini tumbuh berumpun dan ketinggiannya boleh mencapai 1 m. Daunnya panjang, agak keras, berpelepah dan hujungnya tajam. Bunga terbit di hujung tangkai yang panjang melebihi helaian daun (30 -60 cm). Bunga biseksual, berwarna ungu kebiruan dan kadangkala putih atau kekuningan. Buah bentuk seperti beri, bergaris pusat 9-15 mm, berwarna biru keungguan dan lebih berkilau setelah matang. Setiap buah mempunyai 3-4 biji. Biji berbentuk ovoid, berukuran 5 mm panjang, lembut, hitam tetapi berkilau.
Khasiat dan Kegunaan:
Akar pokok siak yang telah dikeringkan dikunyah atau pes akarnya yang segar disapu pada perut bagi merawat kecacingan.
Pokok herba ini dikatakan dapat mengubati penyakit batu karang dengan meminum air rebusan akarnya.
Air rebusan tumbuhan ini juga digunakan untuk perawatan selepas bersalin.
Abu akar dan daun pokok siak digunakan sebagai ubat sapu untuk merawat bisul, gatal, kudis herpes dan sakit urat.
Rizom pokok siak ditumbuk dan digaul bersama nasi, jagung atau bahan makanan lain digunakan sebagai umpan untuk membunuh tikus.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Antara spesies ikan yang menjadi buruan kaki pancing Ikan kakap menjadi buruan kaki pancing di mana2 tempat, selain kekuatan tarik...
-
Buah Kelentit Kering merupakan herba yang paling ideal untuk meningkatkan tenaga seksual wanita. 100% herba asli, tiada campuran bah...
-
Hampir semua produk yang menjanjikan penurunan berat badan secara drastik, tanpa perlu bersenam, pasti di buru. Demikian juga halnya den...
No comments:
Post a Comment