Wednesday, 20 May 2015

SAFFRON - Rempah Termahal Di Dunia


Saffron merupakan rempah yang paling mahal, biasanya di jual dalam kuantiti gram.  Di House Spice Chicago, pemilik Tom dan Patty ERD menjual pada harga 1 gram $ 6,79 pound, dan untuk versi yang terbaik, 1 gram $ 8,29 pound.


Rempah Termahal Di Dunia

Dalam bahasa Arab, saffron disebut sebagai Za’faran (زَعْفَرَان). Safron memiliki rasa khas sedikit pahit dan berbau harum. saffron bole di masukan ke dalam susu & minuman, tujuannya untuk kesihatan dan kecantikan. Digunakan juga sebagai pewarna dalam masakan.

Saffron banyak ditanam terutamanya di Sepanyol, Iran, Greece, tibet dan India. Sepanyol merupakan pengeluar Saffron terbesar di dunia.  Oleh kerana setiap bunga hanya mempunyai tiga stigmas, banyak bunga diperlukan untuk menghasilkan sedikit rempah saffron. Untuk satu ekar tanah dan ratusan ribu bunga diperlukan untuk menghasilkan satu paun Saffron .

Saffron telah menjadi bahan utama dalam masakan sejak zaman purba dan ia biasanya digunakan untuk membuat risotto, bouillabaisse dan paella

Saffron dari india adalah antara saffron termurah.. biasanya di jual pada harga di bawah Rm500/kg. Saffron  dari negara lain seperti Spain atau Tibet dijual pada harga ribuan atau untuk kualiti lbh baik mencecah Rm10000++ per kilo.


saffron lebih mahal dari emas

Mengapa harga saffron terlalu mahal, bahkan lebih mahal dari harga emas?

kerana ia memerlukan kemahiran dalam memetik bunga dan proses mengeringkan bunga saffron perlu dilakukan dengan berhati-hati. ini dilakukan tanpa bantuan mesin. Dan yang paling penting, untuk 80, 000 tangkai bunga hanya menghasilkan tak sampai setengah kg saffron (sumber: "The Cook's Reference: Herbs and Spices by Jill Norman.) 


khasiat saffron

khasiat saffron

 Cara makan Saffron
-Ambil beberapa helai saffron dan rendam dalam air panas .Setelah warna bertukar kuning keemasan,baru digunakan dalam masakan atau di minum. amal 1 - 2 kali sehari. 

Iklan Bergambar
herba bunga mukmin untuk kencing manis darah tinggi

No comments:

Post a Comment