Wednesday, 31 December 2014

Mengapa Jantung Berdebar Bila Jatuh Cinta

Di akui saat jatuh cinta mengubah suasana hati menjadi bahagia. Ini benar. Saat itu, dalam tubuh terjadi peningkatan hormon rasa senang disebabkan oleh reaksi kimia tubuh.

Dopamin
Hormon ini dilepaskan ketika seseorang jatuh cinta hingga mereka merasa gembira dan memiliki semangat baru. 

Oksitoksin
Ini merupakan hormon penting penyihat tubuh. Bahan kimia yang dihasilkan mencipta ketenangan tubuh, memiliki efek anti-inflamasi, dan anti-penuaan. 

"Hormon ini akan bekerja ketika Anda berpelukan, bercium, bahkan bersentuhan," kata Fisher, peneliti Universitas Rutgers di New Brunswick.

Testosteron
Hormon ini memang ada dalam tubuh lelaki. Tapi, pada dasarnya testosteron juga bekerja dalam tubuh wanita. Peningkatan hormon ini terjadi saat berciuman. Saat Anda berciuman, ghairah meningkat. 

"Saat bercinta kadar testosteron Anda mengalami peningkatan," kata Helen Fisher, PhD.

Norepinefrin
Ini merupakan salah satu bahan ramuan cinta. Sebuah penelitian mengatakan bahwa hormon ini merupakan hormon stres yang dapat meningkatkan denyut jantung. Menurut Fisher, hormon ini juga mencipta rasa kaku atau kelu. Tak hairanlah jika pasangan yang sedang jatuh cinta sering berdebar, gugup dan tak keruan dibuatnya. 

MHC
Major Histocompability Complex (MHC) merupakan hormon yang mengawal sel permukaan molekul tubuh untuk memberitahu tentang sesuatu situasi. Tubuh akan berpeluh dan menghasilkan lebih banyak air liur.




Lirik Lagu Jatuh Cinta  -  Titiek Puspa
Jatuh cinta berjuta rasanya
Biar siang biar malam terbayang wajahnya
Jatuh cinta berjuta indahnya
Biar hitam biar putih manislah nampaknya
Dia jauh aku cemas tapi hati rindu
Dia dekat aku senang tapi salah tingkah
Dia aktif aku pura-pura jual mahal
Dia diam aku cari perhatian oh repotnya
Jatuh cinta berjuta indahnya
Dipandang dibelai amboi rasanya
Jatuh cinta berjuta nikmatnya
Menangis tertawa karena jatuh cinta
Oh asyiknya

13 Kesilapan Dalam Mendidik Dan Memelihara Anak-Anak


1. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak dan terlalu memfokuskan
anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan
mereka.

2. Menegur anak secara negatif
Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak
(terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak
lain atau anak orang lain.

3. Memberi didikan yang tidak seimbang
Tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda
(intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda (misalnya
sains, matematik) dari pendidikan rohani (keagamaan).

4. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak.
Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium
mereka.

5. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. 
Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati
kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau
berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

6. Susunan rumahtangga yang tidak kemas. 
Ini mengakibatkan anak anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

7. Kurang menghidupkan sunnah di rumah 
seperti memberi salam, makan bersama, solat berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

8. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak anak.
Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu
sunnah.

9. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak
mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah,
kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

10. Bertengkar di depan anak-anak. 
Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

11. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam
rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak,
kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang
masih membesar.

12. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada
dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana
kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik
seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati
syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

13. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak anak.
Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak tentang anak-anak
ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha
memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Tuesday, 30 December 2014

Penjagaan Urat Saraf


Untuk memelihara prestasi akal supaya tidak berkurangan dan melemah, kita harus benar-benar menjaga kesihatan urat saraf. Urat saraf yang lemah menyebabkan akal fikiran turut menjadi lemah dan buntu. 

Kesihatan urat saraf pada tahap yang terlalu lemah dan kronik menyebabkan seseorang akan hilang akal atau kewarasan. Kelemahan urat saraf menyebabkan kelemahan akal fikiran dan kebinasaan urat saraf menyebabkan kebinasaan akal fikiran.

Berikut adalah panduan penjagaan urat saraf :-
  1. Kurangkan meminum kopi dan teh. Kopi tidak bagus untuk saraf. Meminum kopi secara berlebihan menimbulkan ketegangan saraf, darah gemuruh, sukar tidur, jantung berdebar-debar, membuang air kecil dengan berlebihan, merosakkan buah pinggang, mempercepatkan penuaan, gastrik, darah tinggi, peluh yang berlebihan dan sebagainya. Teh juga mengangu fungsi sistem saraf. Tukarkan minuman kepada susu.
  2. Tidur mencukupi.
  3. Elakkan tidur yang berlebihan.
  4. Elakkan tidur selepas Subuh dan Asar.
  5. Penjagaan makanan : Amalkan pemakanan seimbang, berzat dan berjadual. Makanlah secara sederhana iaitu tidak terlalu kenyang atau tidak terlalu lapar.
  6. Rehat apabila badan memerlukan. Jangan melakukan sesuatu pekerjaan fizikal/mental secara berlebihan. Sekiranya badan atau fikiran terasa letih sewaktu bekerja atau membaca, berilah sedikit kerehatan padanya.
  7. Elakkan ketegangan fikiran, sedih, terlarut-larut dengan emosi dalam tempoh yang lama. Ikhtiarkan untuk memulihkan kedamaian jiwa dengan sentiasa berwudhu', membaca Al-Quran, berzikir, berpuasa dan bersolat sunat, membaca buku-buku agama atau berjumpalah dengan seseorang yang boleh menenangkan anda.
  8. Kurangkan memakan makanan yang mengandungi bahan pengawet, bahan perasa, pewarna dan ubat tahan seperti makanan ringan, minuman bergas atau sebagainya.
  9. Jangan onani.
  10. Jangan Melakukan persetubuhan yang terlalu kerap.
  11. Mandi dengan air hangat.
  12. Banyak minum air oren, lemon atau segala jenis limau.
  13. Makan tomato secara mentah.
  14. Kunyah dua atau tiga ulas bawang putih pada setiap pagi.
  15. Makan telur separuh masak yang dicampur dengan madu dan beberapa biji buah badam pada setiap malam.

Monday, 29 December 2014

Cantikkan Kulit Dengan Tomato

Cantikkan Kulit Dengan Tomato
Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan. Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.

Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki. Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Ia dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit. 

tomato dapat mencegah penyakit seperti berikut membuang toksik, cegah kanser, sakit jantung, reput tulang, kulit rosak, menurunkan berat badan, asma, kuatkan sistem imunisasi, mengawal gula dan kulit lebih cantik

Berikut kebaikan tomato.

Mengecilkan Liang Roma

Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan 2 hingga 4 titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.

nutrien dalam buah tomato

Merawat Jerawat

Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.

Membersihkan Kulit Muka

Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.

Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.

Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat. 

khasiat jus tomato

Menyejukkan Kulit

Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.

Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat terik matahari. Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.

Thursday, 25 December 2014

Posisi Tidur Ibu Hamil

Posisi Tidur Ibu Hamil
Seiring dengan bertambah besarnya perut, ibu hamil perlu menentukan posisi tidur yang baik dan tepat. Sebagian besar ibu merasa bimbang jika posisi tidur yang salah dapat memengaruhi pertumbuhan janin dalam kandungannya.

Sebenarnya rasa binbang tersebut tidak diperlukan kerana bayi dalam kandungan tidak akan merasa terancam atau berbahaya. ini tubuh ibu itu sangat unik dengan bayi dalam kandungan dapat terapung dalam cairan ketuban sehingga mempunyai ruang tersendiri untuk bergerak bebas, sehingga dapat memberikan perlindungan pada bayi yang ada dalam kandungannya.

Namun begitu si ibu perlu juga mencari solusi untuk menentukan posisi tidur yang baik dan nyaman. 


Belum ada penelitian yang jelas tentang posisi tidur yang baik untuk ibu hamil, namun beberapa pakar sangat menganjurkan setelah kehamilan berusia 16 minggu, sebaiknya ibu hamil tidur dengan posisi miring ke kiri. 

Ini kerana posisi ini memberi kelebihan kepada bayi untuk mendapatkan aliran darah dan nutrisi yang maksima pada plasenta akibat adanya vena besar (vena cava inferior) di bagian belakang sebelah kanan spina yang mengembalikan darah dari tubuh bagian bawah ke jantung. Selain itu, dapat membantu ginjal untuk membuang sisa dan cairan dari tubuh ibu sehingga mengurangkan pembengkakan pada kaki, pergelangan kaki dan tangan.

Tidur posisi miring ke kanan juga baik. Ibu dapat mengganti posisi miring ke kanan-kiri untuk membuat tidur lebih nyaman. Untuk tidur dengan posisi miring ke kanan atau kiri, dianjurkan pula untuk menaruh bantal di antara punggung.

Tuesday, 23 December 2014

Kulit Muka Cair kerana Alergi Ubat

Seorang remaja mengalami situasi kulit muka menjadi cair selepas mengambil ubat yang di kenali sebagai Zantac. Leanne Howes bernasib baik kerana terselamat walapun doktor mengatakan harapannya sangat tipis.

 Dia mengambil pil Zantec yang di beli dari kedai farmasi berdekatan.Selepas makan pil itu, keesokkannya dia berasa letih dan loya seperti ingin muntah.

Tidak berapa lama kemudian, tubuh nya di tumbuhi kudis (rash) yang sangat gatal dan bernanah.

 Wajah Howes september 2013

Kudis membesar sebesar bola tenis. Dia juga mengalami masalah sukar bernafas. Dia Kemudiannya di kejarkan ke hospital Norfolk University.

Selepas Doktor yang merawat menyapukan krim, kulit di badan nya menjadi luruh dan melekat di tangan doktor. Apa yang di alami oleh pesakit ini di kenali sebagai Stevens-Johnson syndrome dan terjadi 2 kes bagi setiap 1 juta orang. hampir 40 peratus yang terkena penyakit ini tidak dapat di selamatkan.

Bagaimanapun Miss Howes bernasib baik kerana terselamat selepas lebih sebulan di rawat di hospital.

Sunday, 21 December 2014

Jenis makanan penyebab penyakit lupa

Jenis makanan dan penyebab penyakit lupa

Jenis makanan yang perlu di elak

1) Banyak makan epal yang sudah masam.
2) Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buahan.
3) Banyak makan bawang besar.
4) Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
5) Memakan kepala ikan.
6) Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
7) Makan sehingga terlalu kenyang.
8) Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
9) Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
10) Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
11) Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya minuman bergas dan makanan segera (junk food). Bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.



Makanan Mengatasi Penyakit Lupa

 
Kacang-kacangan
Vitamin E yang terkandung di dalam kacang, dapat mencegah memori
menjadi lemah . kerana vitamin E baik untuk meningkatkan sistem kerja otak.
 

MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai “shifa” iaitu penyembuh penyakit. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk kesihatan fizikal-mental. 


Susu  

Berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. 

Telur
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif.


Saturday, 20 December 2014

8 herba penawar cantik

herba lavender untuk cantik


MENGAPA perlu membazir duit membeli produk kecantikan pada harga mahal sedangkan ia boleh dihasilkan sendiri.

Hanya ubah suai laman rumah atau balkoni mini anda menjadi sebuah taman dengan tumbuh-tumbuhan yang berguna dalam rawatan kecantikan.

Pelbagai herba dan bunga yang boleh digunakan sebagai penawar masalah kulit, cela, parut termasuk masalah melibatkan rambut.

Di bawah ini, tersenarai jenis tumbuhan yang bukan sekadar cantik pada luaran, namun ia efektif bagi menyokong serta menyembuh kekurangan penampilan.


1. Kamomil: Tumbuhan ini mengandungi bahan antiradang yang sesuai untuk masalah kulit sensitif, kemerahan, kerengsaan, selaran matahari dan penyakit kulit yang melarat termasuk wajah kemerah-merahan (rosacea). Ia juga boleh merawat kulit bengkak atau mata sembap.

Caranya ialah dengan mengambil bunga kamomil dan jadikan ia secawan teh. Rendam kain bersih atau putik kapas dengan air teh yang telah sejuk dan letakkan di atas kedua-dua belah mata. Bunga ini juga elok dijadikan toner dan dicampur ke dalam air mandian.

2. Clary sage: Bunga berwarna violet keputihan dengan campuran merah jambu ini boleh menjadi astringen muka yang hebat untuk kulit berminyak. Ekstrak sage bersama bahan pengecut kulit seperti witch hazel efektif dalam mengawal pengeluaran minyak berlebihan oleh kulit.

Ia juga sesuai untuk merawat akne, seborea dan kelemumur serta boleh dijadikan deodoran dan pembilas rambut.

DAUN pudina yang disapu pada wajah boleh mencegah pertumbuhan jerawat.


3. Komfrei: Pokok ini mempunyai bahan antiradang. Ia juga astringen dan bertindak sebagai emolien bagi merawat kulit rosak. Boleh digunakan dalam menangani masalah akne selain membantu pertumbuhan sel.

4. Pudina: Selain sifat semula jadinya yang sejuk dan menyegarkan, daun pudina juga amat berguna kepada kulit. Ia sering digunakan dalam toner, syampu, losen dan topeng muka. Amalan menyapu daun pudina pada wajah dapat mencegah jerawat dan merawat masalah ruam pada kulit.

5. Lavender: Sangat terkenal sebagai haruman yang menenangkan. Aroma relaks lavender menjadikan ia antara minyak urut popular di kebanyakan spa. Kandungan antibakteria dalam ekstrak tumbuhan ini selamat disapu terus pada kulit.

Ia digunakan bagi mengatasi kulit kepala gatal, keradangan dan penyakit kulit seperti akne, psoriasis dan ekzema.

6. Serai: Merupakan sejenis tumbuhan antimikrob, antibakteria dan rintang kulat. Ia digunakan sebagai astringen bagi mengecilkan pori-pori, mengawal dan membersihkan minyak berlebihan pada kulit.

Serai mampu mencegah pembentukan akne. Untuk tujuan melicin dan merawat kedut kulit pula, ekstrak serai sering ditemui dalam kebanyakan toner.


SERAI adalah sejenis astringen bagi mengecilkan pori-pori pada kulit.


7. Lemon verbena: Mempunyai aroma menyenangkan dan mampu merangsang rasa positif dalam badan apabila dicampur ke dalam air mandian suam. Ia turut digunakan sebagai pengurang kesembapan di sekeliling mata. Boleh juga dijadikan minyak urut bagi membersih dan melembutkan kulit.

8. Rosemary: Sejenis herba yang sering digunakan sebagai pewangi. Mempunyai ciri antiradang, pembunuh kuman dan astringen. Kebolehannya memperbaiki kulit menggeleber dijadikan kekuatan untuk digunakan sebagai bahan utama dalam produk antipenuaan.

Ia mengurangkan minyak berlebihan pada kulit dan digunakan bagi merawat akne, dermatitis dan ekzema. Rosemary juga efektif merawat kesembapan dan merangsang peredaran darah serta memperbaiki tekstur kulit.


Artikel: www.kosmo.com.my

Apa masalah peniaga online untuk daftar di SSM?

peniaga online daftar di SSM



KUALA LUMPUR: "Saya tidak lihat apa-apa masalah berbangkit untuk peniaga online ini mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ini undang-undang dan mereka perlu ikut."

Itu tegas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek yang menyifatkan mereka yang berniaga di media sosial tanpa mendaftar dengan SSM dikategori sebagai peniaga haram.


Hasan mengulas rintihan beberapa peniaga 'online' yang menyifatkan media sosial merupakan satu-satunya cara untuknya memasarkan produk kreatif tanpa beban bayaran 'overhead'.


Jelas peniaga berkenaan, peraturan kerajaan yang mengatakan peniaga 'online' kini perlu mendaftar dengan SSM dilihat hanya akan melemahkan semangat keusahawanan dan perkembangan perniagaan mereka.


Pada Rabu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ahmad Bashah Md Hanipah memaklumkan sesiapa yang menjual barangan secara langsung menggunakan Facebook atau Instagram perlu mendaftar dengan SSM sekaligus dilakukan untuk melindungi pengguna daripada ditipu.


Namun Setiausaha Pemuda PKR Nor Hizwan Ahmad berkata, maklumat peribadi penjual mencukupi bagi mengambil tindakan sekiranya terdapat sebarang kes penipuan atau kesalahan.


Jelas Hasan lagi, keputusan itu dibuat untuk kepentingan peniaga 'online' dan mereka diminta melihat isu itu dari aspek positif.


"Kita tidak membebankan peniaga berkenaan. Itu peraturan yang harus diikuti, kita buat undang-undang sebegitu untuk melindungi semua pihak yang terbabit," jelasnya.


Dalam pada itu kata Hasan, laman web E–Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) membolehkan pengguna membuat aduan berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika.


"Sistem e-Aduan ini dibangunkan dan dilaksanakan untuk menyediakan satu medium menerima aduan melalui internet daripada orang ramai.


"Ia mengambil setiap aduan berkenaan jual beli bukan sahaja oleh peniaga di kedai malahan mereka yang menjalankan perniagaan 'online'," katanya


sumber: www.astroawani.com

Friday, 19 December 2014

GST Dikenakan Bagi Sesetengah Perkhidmatan Urusan Bank


GST Dikenakan Bagi Sesetengah Perkhidmatan Urusan Bank


PETALING JAYA: Pelanggan bank perlu membayar caj tambahan untuk beberapa perkhidmatan urusan bank sebaik sahaja Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada 1 April depan.

Menurut Kementerian Kewangan menerusi laman Facebooknya pada Jumaat, caj perkhidmatan oleh bank akan tertakluk kepada GST dan oleh itu pelanggan perlu membayar caj tambahan sebanyak 6%.

"Sebarang bayaran yang dikenakan oleh bank seperti caj MEPS, akan tertakluk kepada GST.

"Sebagai contoh, sekiranya pemegang kad Maybank membuat pengeluaran wang dari mesin ATM CIMB, caj MEPS adalah sebanyak RM1 dan kadar GST yang dikenakan adalah RM0.06," demikian menurut kementerian itu.

Namun, kementerian tersebut berkata, kadar GST tidak akan dikenakan terhadap jumlah wang yang dikeluarkan iaitu RM100 ke atas.

Sementara itu, menurut laman web rasmi GST, pelanggan juga akan dikenakan caj GST bagi bayaran untuk insurans atau buku cek, penyediaan penyata bank, pemprosesan pinjaman, perkhidmatan arahan tetap dan perkhidmatan penyelenggaraan berhubung pembelian dan penjualan saham.

Walaupun GST dikenakan ke atas bayaran yang dikenakan, jumlah sebenar terlibat dalam transaksi seperti jumlah pengeluaran dan faedah yang dibayar untuk pinjaman tidak akan terjejas disebabkan cukai itu.


Khasiat Amalan Surah Adh-Dhuha


Khasiat Amalan Surah Adh-Dhuha

Terjemahannya:

1.Demi waktu dhuha,
2.Dan malam apabila ia sunyi-sepi
3.(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan DIA tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
4.Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
5.Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.
6.Bukankah DIA mendapati engkau yatim piatu, lalu DIA memberikan perlindungan?
7.Dan didapatiNYA engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu DIA memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
8.Dan didapatiNYA engkau miskin, lalu DIA memberikan kekayaan?
9.Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
10.Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
11.Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNYA.



AMALANNYA:-

1. Sekiranya terjadi kehilangan atau kecurian, maka kerjakanlah solat sunat Dhuha 3x (dua rakaat sekali) pada setiap pagi Jumaat sehinggalah yang hilang itu di dapati kembali. Selepas memberi salam, berdoalah memohon kepada Allah SWT.

2. Amalkan membacanya sebagai wirid 7 kali setiap pagi ketika matahari terbit dan 7 kali setiap matahari terbenam, insyaAllah akan terselamat barang-barang dalam isi rumah dari kehilangan atau kecurian. Dan tidak pula dalam rumah itu timbul kerosakan, diserang wabak penyakit, gangguan yang membahayakan. Apabila ditinggalkan pada waktu malam, akan terpagar sehingga orang tidak dapat untuk memasukinya.

3. Barangsiapa yang kehilangan, atau barangnya tercicir, atau seorang yang melarikan diri, buat solat Dhuha 8 rakaat pada hari Jumaat. Setelah selesai, bacalah surah Adh Dhuha 7 kali, lalu membaca doa yang diniatkan, insyaAllah barang itu akan dapat kembali dan orang yang lari akan pulang kembali.


4. Sesiapa yang mengamalkan membaca Surah Adh-Dhuha 40 kali setiap hari, selama 40 hari dan berdoa memohon kepada Allah SWT, insyaAllah hidupnya terjauh dari keadaan fakir.

5. Agar barang yang hilang ditemui semula, baca surah ini 7 kali. InsyaAllah benda yang hilang itu akan ditemui. ATAU Baca surah ini satu kali, tetapi apabila sampai pada ayat 6, hendaklah diulangi 3x.

Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2015


Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2015

KELANTAN
Emmanuel Kenmogne - kelab Persebaya Surabaya, Indonesia - Rasmi
Isaac Pupo – kelab Persebaya Surabaya, Indonesia - Rasmi
Jonathan McKain (Australia) - Kelantan FA - Rasmi
Norfarhan Mohamad (Terengganu FA) - Kelantan FA - Rasmi
Norhafiz Zamani Misbah (Negeri Sembilan FA) - Kelantan FA - Rasmi
Hazrul Mustapha (Perak FA) - Kelantan FA - Rasmi
Mohd Ferris Danial Mat Nasir (Harimau Muda A) - Kelantan FA - Rasmi
Erwin Albeiro Carrillo Fragozo (Colombia) - Rasmi

SELANGOR
Norazlan Razali (JDT) - Selangor FA - Rasmi
S.Subramaniam (JDT) - Selangor FA - Rasmi
Mohd Azrif Nasrulhaq bin Badrul Hisham (Harimau Muda A) - Selangor FA - Rasmi
K. Thanaraj (Felda United) -Selangor FA - Rasmi
Saiful Ridzuwan Selamat (Harimau Muda A) - Selangor FA - Rasmi
Robert Cornthwaite - Selangor FA - Rasmi
Guilherme De Paula Lucrecio - Selangor FA - Rasmi
Leandro Do Santos Oliveira - Selangor FA - Rasmi

PERAK
Bobby Gonzalez (PDRM) - Perak FA - Rasmi
Hafiz Safwan Kamal (Felda) - Perak FA - Rasmi
Zamir Selamat (PKNS) - Perak FA - Rasmi
Azmizi Azmi (Kedah FA) - Perak FA - Rasmi
Wong Nam Kung (Kedah FA) - Perak FA (Import) - Rasmi
Charles Souza Chad (PDRM) - Perak FA (Import) - Rasmi
Tiago Junior De Aquino (Brazil) (Import) - Rasmi
Azizon Kadir (PDRM) - Perak FA - Rasmi
Muhd. Arif Ismail (Sime Darby) - Perak FA - Rasmi
Mohd. Faizal Mansor (PBAPP) - Perak FA - Rasmi
Sumardi Hajalan (Negeri Sembilan) - Perak FA - Rasmi

SARAWAK
Billy Mehmet (Kedah FA) - Sarawak FA

JDT
S. Chanturu (Sarawak FA) - JDT - Rasmi
Farizal Marlias (Selangor FA) - JDT - Rasmi
S. Kunalan (Selangor FA) - JDT - Rasmi
Junior Eldstal (Sarawak FA) - JDT - Rasmi
Fandi Othman (Harimau Muda A) - JDT - Rasmi
Amer Saidin (Harimau Muda A) - JDT - Rasmi

ATM
Obinna Nwaneri (Nigeria / Kelantan FA) - ATM - Rasmi
Jerry Palacios (Honduras) - ATM - Rasmi
Mario Karlovic (Terengganu FA) - ATM
Norshahrul Idlan Talaha (JDT) - ATM - Rasmi

Pulau Pinang
Mohd Aznie Taib (JDT 2) - Pulau Pinang FA -  Rasmi
See Kok Luen (JDT 2) - Pulau Pinang FA - Rasmi
Mohd Azrul Ahmad (ATM) - Pulau Pinang FA - Rasmi
Mohd Remezey Che Ros (PKNS) - Pulau Pinang FA - Rasmi
Sani Anuar Kamsani (Sarawak FA) - Pulau Pinang FA - Rasmi
Mafry Balang (Sarawak FA) - Pulau Pinang FA - Rasmi
Reinaldo Rodrigues De Oliveira Lobo (Import Brazil) - Rasmi
Alberto Concalus Da Costa (Import Brazil) - Rasmi
Mohd Farid Ramli (Sime Darby) - Pulau Pinang FA - Rasmi
Mohd Failee Mohamad Ghazali (Sime Darby) - Pulau Pinang FA - Rasmi
Mohd Syukur Saidin (Sime Darby) - Pulau Pinang FA - Rasmi

PDRM
Norul Azwan Roya (JDT) - PDRM - Rasmi

SABAH
El-Hadji Diouf - Sabah FA - Rasmi
Eamon Zayed - Sabah FA - Rasmi
Srecko Mitrovic - Sabah FA - Rasmi

PAHANG
Gary Steven Robbat (Harimau Muda A) - Pahang FA - Rasmi
Mohammad Ab Aziz Ismail (Kelantan) - Pahang FA - Rasmi
D. Saarvindran (Harimau Muda A) - Pahang FA - Rasmi
Mohd Rizua Safiqi (Kuantan FA) - Pahang FA - Rasmi

FELDA UNITED
Mohamad Rashid Mohamad Aya (Sarawak FA) - Felda United - Rasmi
Mohd Fauzan Dzulkifli (Selangor PKNS FC) - Felda United - Rasmi
Mohd Firdaus Mohd Fauzi (Sime Darby FC) - Felda United - Rasmi


NEGERI SEMBILAN (NS MATRIX)
Shahrizal Saad (Perak FA) - Negeri Sembilan - Rasmi
Azizi Mat Rose (JDT) - Negeri Sembilan - Rasmi
Rizal Zambery Yahya (ATM FA) - Negeri Sembilan - Rasmi
Rudie Ramli (ATM FA) - Negeri Sembilan - Rasmi
Ahmad Fauzi Saari (ATM FA) - Negeri Sembilan - Rasmi
Khyril Muhymeen (Kedah FA) - Negeri Sembilan - Rasmi
Forkey Doe ( Kelantan ) - Negeri Sembilan - Rasmi
Bruno Martelotto ( ATM ) - Negeri Sembilan - Rasmi
Helmi Eliza ( PDRM ) - Negeri Sembilan - Rasmi
Akmal Md Nor ( ATM ) - Negeri Sembilan - Rasmi
Irwan Fadzli Idrus ( ATM ) - Negeri Sembilan - Rasmi

TERENGGANU
Helmi Remeli (PKNS FC) - Terengganu FA - Rasmi
Gustazo Fabian Lopez (Arema Cronous, Indonesia) - Terengganu FA (Pemain Import) - Rasmi
Paulo Rangel (Selangor FA) - Terengganu FA (Pemain Import) - Rasmi
Hassan Chaito (Pemain Kebangsaan Lubnan) - Terengganu FA (Pemain Import)- Rasmi

KEDAH
Lawrence Olum - Kedah FA (Pemain import) - Rasmi
Chidi Edeh - Kedah FA (Pemain import) - Rasmi
Keith M Nah - Kedah FA (Pemain import) - Rasmi


Sumber: www.bintangsukan.com

Golongan Manusia Yang Didoakan Oleh Malaikat


1) Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya, “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah dia, Ya Allah sayangilah dia.’” (Sahih Muslim no. 469)



2) Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah meriwayatkan dari Barra’ bin ‘Azib r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.” (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)



3) Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Para Imam seperti Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah r.ha bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf-saf.” (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)



4) Malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'amin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."



5) Orang yang tetap duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama dia ada di dalam tempat solat, di mana dia melakukan solat."



6) Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka; "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab; 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'" 



7) Orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Rasulullah s.a.w bersabda, “Kalau orang berselawat kepada ku maka malaikat juga akan mendoakan keselamatan yang sama baginya untuk itu hendaknya dilakukan, walaupun sedikit atau banyak." (HR Ibnu Majah dan Tabrani). 



8) Orang yang mendoakan kebaikan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'amin' dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"



9) Orang yang membelanjakan (infak) hartanya.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak..."



10) Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."



11) Orang yang sedang menziarahi orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."



12) Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa : "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."



http://dakuamatmenyintaimu.blogspot.com

Khasiat Amalan Surah An-Nas



Terjemahan:
1. "Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
2. Yang Menguasai sekalian manusia,
3. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
4. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam,
5. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia,
6. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".



Amalannya:-
1. Untuk menyembuhkan orang terkena sihir atau yang seumpamanya, bacakan 41 kali setiap hari selama tiga, lima atau tujuh hari berturut-turut. InsyaAllah akan sembuh.

2. Baca surah ini sebanyaknya apabila sesat jalan seperti dalam gelap atau dalam hutan, insyaAllah akan terselamat.


3. Baca surah ini dengan yakin, insyaAllah orang yang membacanya akan terhindar daripada penyakit, perbuatan sihir dan sebagainya. Atau ia dibaca oleh orang lain dan ditiupkan kepada seseorang yang terkena gangguan makhlus halus. Jika seseorang membacanya sebelum tidur, insyaAllah dia akan terhindar dari sebarang penyakit dan malapetaka.

4. Amalkan membaca surah ini 3 kali pagi dan petang, didahului dengan membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas, insyaAllah segala keperluan hidup akan cukup dan sempurna.

Thursday, 18 December 2014

ASMA'UL HUSNA UNTUK CERDAS


Amalkan nama - nama Allah atau Asma'ul Husna untuk mendapat hati yang terang, memori yang mantap, fikiran yang cerdas serta cepat memahami tentang perkara dan segala ilmu yang dipelajari :
  1. Ya Hakiim  Dibaca sebanyak 300 kali selepas solat Subuh dan Maghrib. Lalu berdoa, Insya'Allah akan dikurniakan kecerdasan.
  2. Ya Ba'ith  Dibaca sebanyak 100 kali sehari, hati akan menjadi terang dan bersih. Pengamalnya akan memperolehi ilmu dan hikmah (kebijaksanaan).
  3. Ya Mubdi'u  Dibaca sebanyak 470 kali setiap hari untuk mencapai kejayaan dalam setiap usaha yang dijalankan, fikiran menjadi kreatif, cerdas dan jernih.
  4. Ya Maajid   Dibaca sebanyak 400 kali setiap hari, akan dikurniakan akal yang cerdas, fikiran yang tajam dan hati yang bersih.
  5. Ya Rashiid  Dibaca sebanyak 1,000 kali di antara Maghrib dan Isyak. Pengamalnya akan dianugerahkan kepintaran, ketajaman fikiran dan kepandaian.
  6. Ya Rahman  Dibaca selepas sembahyang Maghrib dan Subuh dengan sebanyak-banyaknya. Pengamalnya akan dihilangkan penyakit lupa, dianugerahkan fikiran yang terang, akal yang kuat dan tidak mudah kelam-kabut.
  7. Ya Muhaimin  Dibaca selepas solat Isyak akan kuat dalam menghafaz sesuatu dan hilang kelupaannya.

Khasiat dan Amalan Surah Al-Baqarah Ayat 285-286

Fadilatnya:-
1. Barangsiapa yang membacanya, maka dia akan dicukupi oleh Allah SWT apa yang dikehendakinya.

2. Rumah yang dibacakan dua ayat tersebut selama 3 malam, syaitan pasti menjauhi rumah tersebut.

3. Orang yang membaca ayat Kursi dan dua ayat dari surah Al Baqarah ketika dalam kesusahan, nescaya Allah SWT memberikan pertolongan kepadanya.

4. Barangsiapa yang membaca dua ayat itu pada waktu siang dan malam dengan teratur dan berkekalan, maka Allah SWT akan menolong melapangkan dadanya, dibayar hutangnya, dibinasakan musuhnya dan dimudahkan untuk mencapai tujuannya.

5. Barangsiapa membaca ayat-ayat ini sebelum tidur, nescaya akan terselamat dari segala bala bencana. Agar harta tidak dicuri orang, bacalah ayat-ayat 284-286 sebelum tidur sebaik-baiknya dalam keadaan berwuduk. InsyaAllah harta bendanya akan terpelihara daripada dicuri orang, dan dirinya akan terhindar daripada sebarang bencana.

Puasa Menjadikan Otak Bijak



Puasa merupakan ubat ajaib semulajadi yang tertua. Hampir semua agama menganjurkan penganutnya supaya berpuasa menurut kaedah masing-masing. Puasa adalah antara rahsia cendiakawan Islam silam yang terulung memperolehi kecemerlangan daya ingatan dan kehebatan daya kecerdasan. 

Kekenyangan itu menumpulkan fikiran, kelaparan menajamkan fikiran.

Imam Syafie terkenal dengan kepintaran dan kekuatan hafazan. Ketika berusia 15 tahun, beliau sudah bertaraf ulama' besar dan layak memberi fatwa. Beliau sentiasa mengamalkan puasa sunat. Pada suatu hari, beliau menceritakan bahawa beliau sudah 16 tahun tidak pernah kenyang. Dengan mengamalkan 'rahsia ajaib' inilah, para cerdik pandai Islam pada era kegemilangan Islam dahulu menjadi terlalu pintar dan 'genius'. Kebanyakan mereka mula berpuasa sunat sebelum mencecah usia 'baligh' dan diteruskan sehingga ke akhir hayat mereka.


Puasa merupakan 'keajaiban dari langit' kerana mempunyai kuasa yang menakjubkan, bukan sahaja ia mampu menguatkan mental bahkan fizikal, jiwa dan perasaan. Puasa digunakan oleh ahli-ahli kerohanian Islam yang sufi dan ahli-ahli kebatinan untuk memperkuatkan jiwa dan kerohanian mereka. 

Tahukah anda bahawa pada setiap hari, lebih enam juta penduduk Amerika Syarikat berpuasa untuk pelbagai tujuan !! Antaranya ialah untuk mendapat awet muda, mengurangkan berat badan, mendapat tubuh badan yang menarik, MENINGGIKAN KECERDASAN MENTAL, berjimat, kesihatan tubuh badan, selaku 'overhaul tubuh', menurunkan tekanan darah, mengurangkan ketegangan, menurunkan kadar kolestrol, meningkatkan tenaga batin dan ghairah seksual, mengurangkan stress, tidur lebih nyenyak, memberi kesempatan kepada tubuh untuk menyembuhkan penyakit dan mengurangi kebergantungan terhadap ubat-ubat bius, pil tidur, narkotik dan segala jenis dadah.


Tabib-tabib Islam juga mengeaskan bahawa perut (ma'idah) merupakan punca dan sumber segala penyakit. Kalau sihat ma'idah, sihatlah badan keseluruhannya. Puasa adalah cara yang terbaik untuk merehatkan beban kerja ma'idah dan beberapa organ di dalam tubuh badan seperti jantung, buah pinggang, hati dan lain-lain. Kerehatan ini amat perlu untuk memulihkan prestasi organ-organ tersebut. Nabi Muhammad s.a.w. juga pernah bersabda, "Perut itu rumah segala penyakit manakala puasa adalah raja segala ubat. Oleh itu, jadikanlah ia kebiasaan kamu."


Ahli-ahli perubatan Islam, Timur dan Barat berjaya membuktikan bahawa puasa boleh menyihatkan tubuh badan, mental dan rohani. Terdapat ahli-ahli perubatan Barat menggalakkan setiap orang, sama ada sihat atau sakit supaya berpuasa dua hari pada setiap minggu. Ini sangat bertepatan dengan agama Islam yang menganjurkan supaya umatnya berpuasa pada hari Isnin dan Khamis pada setiap minggu. 

Institut Rawatan Kesihatan di India pula menganjurkan supaya rakyatnya berpuasa sekali seminggu untuk mempertingkatkan kesihatan. Melalui amalan tersebut, ia dapat merangsang pertumbuhan hormon, memberikan daya tahan penyakit, merehatkan sistem penghadaman selama sehari dan membantu MENAJAMKAN FIKIRAN.

Penyelidik-penyelidik perubatan menemui bahawa puasa merupakan satu kaedah yang terbaik dalam merawat penyakit dan sebagai penjagaan dari penyakit. Ia dibuktikan dapat membersihkan tubuh badan dari racun atau toksik. Ia juga membersihkan sisa-sisa makanan yang tidak berguna di dalam perut dan usus di mana sekiranya dibiarkan maka ia akan menjadi sarang kepada kuman yang membawa pelbagai penyakit serius. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor Amerika, "Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut."

Menurut ilmu biologi, sewaktu perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat melakukan tugasnya dengan baik. Ini disebabkan tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti yang menggunakan otak seperti berfikir atau membaca ketika kenyang, kita menjadi mengantuk dan lemah daya fikiran. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. 


Luqman Al-Hakim menasihati anaknya, "Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah.". 

Sahabat Nabi s.a.w., Abdullah b. Mas'ud berkata, "Empat perkara yang mengelapkan hati atau melembapkan otak : perut yang terlalu kenyang, berkawan dengan orang yang suka membuat maksiat, tidak insaf terhadap dosa-dosa yang lalu dan panjang angan-angan."

Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempergaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.

Sekiranya anda mempunyai impian untuk menjadi manusia yang bijak, amalkan 'rahsia' ini. Namun begitu, sebelum anda dapat memetik hasilnya, ianya perlulah menjadi amalan rutin anda terlebih dahulu. mulai sekarang amalkan berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis setiap minggu.

Makan Untuk Sihat Dan Bijak

gizi makanan seimbang

1)KARBOHIDRAT
Membekalkan tenaga kepada seluruh badan termasuk otak. Sumbernya ialah nasi, roti, sayur - sayuran, madu, gula, buah-buahan seperti kentang, keledek, pisang dan lain-lain.
 
2)PROTEIN
Ia punca untuk kesihatan otak. Berperanan membentuk dan mengantikan sel-sel yang rosak. Sumbernya ialah susu, daging, ikan, telur, kekacang, tauhu, keju, kacang pis dan lain-lain.
 
3)LEMAK
Membekalkan tenaga kepada badan. Sumbernya ialah mentega, minyak makan, marjerin, lemak binatang dan tumbuhan.
 
4)AIR
Merupakan komponen utama semua benda hidup. Air berfungsi mengeluarkan kekotoran, membersih dan mengalirkan darah serta zat makan ke seluruh badan. Seterusnya mengekalkan kesihatan otak. Kita mudah dihinggapi penyakit, gangguan emosi dan gangguan sistem pencernaan sekiranya kekurangan air. Seelok-eloknya minumlah air (masak/putih) sebanyak 8 gelas sehari. Sebelum tidur, cukupkan bilangan air yang perlu diminum.
 
5)MINERAL
Untuk aktiviti saraf di mana otak merupakan teraju utamanya. Sumbernya ialah telur, susu, sayur - sayuran, limpa, hati, ulam-ulam dan makanan laut seperti udang.
 
6)VITAMIN
Semua vitamin A,B,C,D,E dan K diperlukan.

Vitamin A
Menguatkan deria penglihatan dan pendengaran, menguatkan tenaga dan urat saraf serta melicinkan pernafasan. Sumbernya ialah susu, kuning telur, sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan ikan.

Vitamin B
Membantu pembakaran makanan yang lebih efektif untuk kesihatan badan. Sumbernya ialah sayur-sayuran, bijirin, telur, hati, yis, buah-buahan segar, beras dan kacang.

Vitamin C
Penguat sistem ketahanan badan, meningkatkan kesihatan mata dan kulit, meninggikan daya tumpuan seterusnya mengurangkan khayalan semasa proses pembelajaran. Sumbernya ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.
 
7)SERAT
Melancarkan sistem pencernaan dan pembuangan najis. Gangguan pada sistem pencernaan menyebabkan kehilangan daya tumpuan, kelemahan fikiran dan gangguan perasaan. Kesemua ini menjejaskan potensi otak dan ingatan. Sumber makanan berserat ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.

 
ZAT-ZAT MAKANAN UNTUK MENGUATKAN INGATAN

Choline ialah sejenis asid amino. Boleh diperolehi dari kacang soya, bunga kobis, kacang pistachios daging, ikan dan telur. 

Lesithin didapati dari telur merah, kacang soya dan organ otak binatang terutama otak ayam.  

Vitamin E terdapat dalam hati, telur ayam, betik, sayuran hijau, sayur taugeh, minyak kelapa sawit dan bijirin seperti jagung, beras, tepung gandum (wholemeal).

Asid Glutamik terdapat dalam kacang soya. 

Kalium Fosfat, Magnesium Fosfat dan Silika boleh diperolehi dengan menggunakan ubat-ubatan dari sistem perubatan biokimia.