Surah ini banyak mengisahkan hukum-hakam dan
syariat seperti perintah mengerjakan solat; menunaikan zakat; hukum
puasa; hukum haji dan umrah; hukum qisas; hal-hal yang halal dan yang
haram; bernafkah di jalan Allah; hukum arak dan judi; cara melayan anak yatim, larangan riba; hutang piutang; nafkah dan yang berhak
menerimanya; wasiat kepada dua orang ibu-bapa dan kaum kerabat; hukum
sumpah; kewajiban menyampaikan amanat; sihir; hukum merosakkan masjid;
hukum megubah kitab-kitab Allah; hukum haid, 'idah, talak, khulu',
ilaa' dan hukum susuan; hukum melamar, mahar, larangan mengahwini wanita
musyrik dan sebaliknya; hukum perang.
Surah ini juga ada
menceritakan kisah Nabi Adam a.s., Nabi Musa a.s. dan Nabi Ibrahim a.s. Perkara utamanya adalah berdakwah
kepada kaum musyrik dan Yahudi Madinah serta memberi amaran kepada
mereka serta kepada kaum munafik akan ketentuan Allah kepada mereka yang
tidak beriman kepada-Nya.
5 ayat pertama sering dijadikan bacaan
malah dijadikan hafalan pelajar sekolah. Ayat ini menceritakan akan
sifat orang yang beriman.
Surah ini juga mengandungi ayat kursi
iaitu ayat yang teragung dan sering dihafal oleh masyarakat Muslim.
Malah, ayat ini dijadikan bacaan untuk mendapat perlindungan dan
keredhaan Allah SWT.
FADILATNYA:-
1. Ayat 1 – 5 jika
ditulis dengan dakwat yang dicampuri misik za’faran air mawar, lalu
dilebur dalam air biasa dan diminum, maka insyaAllah akan memudahkan hafalan
dan kefahaman seseorang.
2. Ayat 1 hingga 20 dan ayat 244 hingga
255 adalah ayat pendinding kepada sakit-sakit gangguan yang disebabkan
oleh sihir manusia melalui jin, iblis dan syaitan.
3. Bacalah
ayat 68-70 bila membuat pilihan dalam melihat dan meneliti sesuatu
barang yang hendak dibeli, seperti haiwan ternakan, pakaian,buah-buahan,
kenderaan, rumah bahkan pasangan hidup sekalipun. InsyaAllah pilihan
yang dibuat itu akan tepat dan sesuai dengan keinginan orang yang
memilihnya.
4. Baca ayat 71 sebelum menanam pokok buah-buahan
atau sebelum memotong buah-buahan yang hendak dimakan. InsyaAllah
buah-buahan itu akan terasa manis dan enak.
5. Ayat 102 diamalkan untuk mengelakkan suami/isteri dan anak-anak bergaduh.
"Tiadalah sihir mereka mendatangkan mudarat kepada seseorang jua pun, melainkan dengan izin Allah."
6.
Untuk memulihkan seseorang yang dikuasai semangat jahat, baca ayat
115-118 kemudian tiupkan kepada semangkuk air dan percikkan air itu
kepada pesakit. Atau bacakan ayat-ayat tersebut sebanyak 3 kali
berhampiran telinganya. InsyaAllah pengaruh semangat jahat itu akan
hilang.
7. Ayat 127 :-
"Ya Tuhan kami, terimalah amalan kami, sesungguhnya Engkau Mendengar lagi Mengetahui."
dan Ayat 128 :-
"...terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Penerima taubat lagi Penyayang."
adalah
doa mohon Allah SWT menerima amalan dan taubat. Diamalkan membacanya
sebanyak mungkin, terutama selepas solat dan lain-lain ibadah.
8. Agar barang yang hilang ditemui semula,
bacalah ayat 156 sambil mencari barang tersebut. InsyaAllah, barang
yang hilang itu akan ditemui. Jika tidak, Allah SWT akan menggantikannya
dengan yang lebih berharga daripadanya.
"Sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan kita akan kembali pula kepada-Nya."
9.
Jika melihat perangai pasangan sudah berubah kepada perangai atau
akhlak yang buruk, baca ayat 165 dalam keadaan berwuduk dan tiupkan
kepada makanan yang manis, kemudian makanan itu diberikan kepada
pasangan. InsyaAllah sikapnya yang buruk akan bertukar menjadi baik.
".. mereka mencintainya seperti mencintai Allah. Orang yang beriman itu amat cinta kepada Allah."
10.
Amalkan membaca ayat 201 setiap lepas solat dengan penuh harapan bahawa
Allah SWT akan mengurniakan kebaikan dan kebahagiaan di dunia dan di
akhirat. Ia doa yang sebaik-baiknya bagi seorang Muslim.
"Ya
Tuhan kami! Kurniakanlah kami di dunia kebajikan (nikmat) dan di
akhirat kebajikan (syurga), dan peliharakanlah kami daripada azab
neraka."
11. Untuk menimbulkan simpati orang yang berkuasa,
baca ayat 211 sebanyak 3 kali kemudian tiupkan pada diri sendiri.
Selepas itu pergilah menemuinya, insyaAllah orang yang ditemui itu akan
menunjukkan simpati dan bersikap lemah lembut
12. Ayat 250 adalah doa untuk menjadi orang yang sabar.
"Wahai
Tuhan kami! Tumpahkanlah rasa sabar ke dalam hati kami, dan tetapkanlah
(pendirian) kami, serta bantulah kami mengalahkan kaum yang kafir itu!"
13. Ayat 286 adalah doa mohon keringanan dan kemudahan.
"Ya
Tuhan kami! Janganlah Engkau seksa kami jika kami terlupa atau
tersalah. Ya Tuhan kami! Dan janganlah Engkau pikulkan ke atas kami
beban yang berat sebagaimana yang Engkau telah pikulkan ke atas orang
sebelum kami. Ya Tuhan kami! Janganlah Engkau bebani kami dengan sesuatu
yang tidak terdaya oleh kami. Maafkanlah kami, ampunkanlah dosa kami,
dan rahmatilah kami, Engkaulah pemimpin kami, maka tolonglah kami bagi
mengalahkan kaum kafir."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Antara spesies ikan yang menjadi buruan kaki pancing Ikan kakap menjadi buruan kaki pancing di mana2 tempat, selain kekuatan tarik...
-
Buah Kelentit Kering merupakan herba yang paling ideal untuk meningkatkan tenaga seksual wanita. 100% herba asli, tiada campuran bah...
-
Hampir semua produk yang menjanjikan penurunan berat badan secara drastik, tanpa perlu bersenam, pasti di buru. Demikian juga halnya den...
No comments:
Post a Comment