Thursday, 18 December 2014
Khasiat Dan Amalan Ayat Kursi
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya, ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka.
Fadilatnya:-
1. Rasulullah s.a.w mewasiatkan umatnya supaya membaca ayat Kursi sebelum tidur untuk sentiasa berada dalam jagaan Allah SWT. Syaitan tidak akan menganggu sehinggalah masuk waktu fajar serta selamat dari kecurian, kebakaran dan karam. Dua malaikat akan menjaga pembacanya hingga ke pagi. Allah SWT akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut di badannya. Jika dia meninggal dunia pada malam itu, dia dikira mati syahid.
2. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Kursi, Allah SWT akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikan yang tidak terhitung banyaknya.
3. Barangsiapa berwuduk lalu membaca ayat Kursi sekali, Allah SWT akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah SWT akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk si pembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Allah SWT akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
4. Sesiapa yang membaca ayat Kursi 7 kali setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dari kecurian dan kebakaran dengan izin Allah SWT.
5. Amalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dada dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezeki, dinaikkan darjat dan diberikan pengaruh sehingga semua orang akan menghormati serta terpelihara dari segala bencana dengan izin Allah SWT.
6. Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah SWT hilangkan segala kefakiran di depan matanya.
7. Membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah SWT akan memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah SWT akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."
8. Orang yang selalu membaca ayat Kursi, dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad SAW.
9. Jika berpindah ke rumah baru, maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah dibaca ayat Kursi 100 kali, insyaAllah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
10.Seorang sahabat datang berjumpa dengan Rasulullah saw. Ia mengadu rumahtangganya kurang berkat. Rasulullah saw berkata: “Tidaklah dibaca ayat Al Kursi pada sesuatu makanan melainkan ada berkatnya.”
11.Barangsiapa membaca ayat Al Kursi sebanyak 50 kali pada bekas yang berisi dengan air hujan malam Jumaat, kemudian diberi minum kepada orang-orang yang benak hati (bebal) ataupun diberi kepada orang yang kurang cergas fikiran, nescaya terang hati dan cerah fikiran mereka. Sekiranya diberi kepada orang yang tidak benak hati, maka bertambahlah kecerdikkan dan kecergasan fikiran mereka.
12.Barangsiapa mengidap penyakit lendir di kerongkong, bolehlah melakukan amalan seperti berikut:-
a. Ambil 7 biji ibu garam putih
b. Baca ayat Al Kursi pada setiap biji ibu garam putih itu sebanyak 7 kali
c. Kemudian ia hisap pada setiap pagi sebelum sarapan.
d. Lakukan selama 7 pagi, penyakitnya hancur dan hilang dengan izin Allah SWT.
13.Untuk mengusir jin dari rumah, baca penghujung ayat Kursi iaitu “walaa ya uuduhuu hifzuhumaa, wahuwal ‘aliiyul ‘aziim” berulang-ulang. InsyaAllah jin yang menghuni rumah tersebut akan terbakar.
14.Barangsiapa membaca ayat Kursi dan menghadiahkan pahalanya kepada ahli kubur, maka Allah SWT memasukkan 40 nur dalam setiap kubur dari dunia timur sampai ke dunia barat dan DIA luaskan kubur itu serta diperolehinya pahala 60 nabi.
15.Barangsiapa membaca ayat Kursi ketika berbekam maka manfaat satu kali bekam sama dengan dua kali bekam.
16.Jika ada orang tiba-tiba pengsan, maka untuk meyedarkannya, bacalah ayat Kursi dikepalanya. Kemudian sapukanlah mukanya dengan air sejuk.
17.Orang yang bersifat pemarah, bacalah ayat Kursi, insyaAllah akan dijauhkan daripada syaitan yang memanaskan hatinya.
18.Sesiapa yang ingin meningkatkan kecerdikan atau terang hati, amalkan membaca ayat Kursi 170 kali. Amalan ini juga insyaAllah boleh mendapat petunjuk dari Allah SWT tentang sesuatu rahsia yang ingin diketahuinya.
19.Sesiapa yang mengamalkan membaca ayat Kursi semasa sakit, maka Allah SWT memudahkan ketika sakratul maut.
20.Sesiapa yang mengamalkan membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat fardhu, maka diampuni dosanya dan dihapuskan tiap-tiap kejahatannya.
21.Untuk mengubati orang yang dirasuk atau diganggu syaitan atau jin, bacakan ayat Kursi mengikut kaedah berikut:- Sediakan air minum lalu membaca:
Surah Al Fatihah 17 kali, Ayat Kursi 17 kali, Surah Al Falaq 17 kali, Surah An Nas 17 kali. Hembuskan pada air yang telah disediakan dan diberi minum pada orang yang sakit serta percikkan air itu pada badannya. InsyaAllah akan sembuh.
22. Jika membaca ayat kursi dan dilanjutkan dengan membaca tiga ayat pertama surah Al Mukmin pada pagi hari, maka Allah SWT menjaga pembacanya sampai ke petang. Jika membaca ayat-ayat tersebut di waktu petang, maka Allah SWT menjaganya sampai pagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Antara spesies ikan yang menjadi buruan kaki pancing Ikan kakap menjadi buruan kaki pancing di mana2 tempat, selain kekuatan tarik...
-
Buah Kelentit Kering merupakan herba yang paling ideal untuk meningkatkan tenaga seksual wanita. 100% herba asli, tiada campuran bah...
-
Hampir semua produk yang menjanjikan penurunan berat badan secara drastik, tanpa perlu bersenam, pasti di buru. Demikian juga halnya den...
No comments:
Post a Comment