Friday, 19 December 2014

Khasiat Amalan Surah Adh-Dhuha


Khasiat Amalan Surah Adh-Dhuha

Terjemahannya:

1.Demi waktu dhuha,
2.Dan malam apabila ia sunyi-sepi
3.(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan DIA tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
4.Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
5.Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.
6.Bukankah DIA mendapati engkau yatim piatu, lalu DIA memberikan perlindungan?
7.Dan didapatiNYA engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu DIA memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
8.Dan didapatiNYA engkau miskin, lalu DIA memberikan kekayaan?
9.Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
10.Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
11.Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNYA.



AMALANNYA:-

1. Sekiranya terjadi kehilangan atau kecurian, maka kerjakanlah solat sunat Dhuha 3x (dua rakaat sekali) pada setiap pagi Jumaat sehinggalah yang hilang itu di dapati kembali. Selepas memberi salam, berdoalah memohon kepada Allah SWT.

2. Amalkan membacanya sebagai wirid 7 kali setiap pagi ketika matahari terbit dan 7 kali setiap matahari terbenam, insyaAllah akan terselamat barang-barang dalam isi rumah dari kehilangan atau kecurian. Dan tidak pula dalam rumah itu timbul kerosakan, diserang wabak penyakit, gangguan yang membahayakan. Apabila ditinggalkan pada waktu malam, akan terpagar sehingga orang tidak dapat untuk memasukinya.

3. Barangsiapa yang kehilangan, atau barangnya tercicir, atau seorang yang melarikan diri, buat solat Dhuha 8 rakaat pada hari Jumaat. Setelah selesai, bacalah surah Adh Dhuha 7 kali, lalu membaca doa yang diniatkan, insyaAllah barang itu akan dapat kembali dan orang yang lari akan pulang kembali.


4. Sesiapa yang mengamalkan membaca Surah Adh-Dhuha 40 kali setiap hari, selama 40 hari dan berdoa memohon kepada Allah SWT, insyaAllah hidupnya terjauh dari keadaan fakir.

5. Agar barang yang hilang ditemui semula, baca surah ini 7 kali. InsyaAllah benda yang hilang itu akan ditemui. ATAU Baca surah ini satu kali, tetapi apabila sampai pada ayat 6, hendaklah diulangi 3x.

No comments:

Post a Comment