Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin
A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan. Ia juga
mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral
garam.
Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki. Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit.
Ia dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma,
mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk
juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan
minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan
mengembalikan keremajaan kulit.
Berikut kebaikan tomato.
Mengecilkan Liang Roma
Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan 2 hingga 4 titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah
dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam
untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.
Merawat Jerawat
Hancurkan
tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang
berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan.
Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.
Membersihkan Kulit Muka
Topeng
muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit
kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan
astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta
noda hitam pada kulit.
Topeng penyegar muka ini kaya dengan
vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk
membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan
sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.
Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.
Menyejukkan Kulit
Kisar
sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada
kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.
Gabungan
tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan
kesakitan termasuk akibat terik matahari. Ini
kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut
manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Antara spesies ikan yang menjadi buruan kaki pancing Ikan kakap menjadi buruan kaki pancing di mana2 tempat, selain kekuatan tarik...
-
Buah Kelentit Kering merupakan herba yang paling ideal untuk meningkatkan tenaga seksual wanita. 100% herba asli, tiada campuran bah...
-
Hampir semua produk yang menjanjikan penurunan berat badan secara drastik, tanpa perlu bersenam, pasti di buru. Demikian juga halnya den...
No comments:
Post a Comment