Syarikat telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak 15/04/2013 dengan nama "DLFCRO ENTERPRISE" (JM0653798-P) bagi menjalankan perniagaan secara online. Jangan lupa like Facebook "HERBA 100% ASLI"
 

ShahKB ShahKB Author
Title: Herba kaya khasiat - Limau purut, serai dan halia penawar pelbagai masalah kesihatan
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
Limau purut   Pokok dengan nama saintifik Citrushystrix ini mengandungi asid sitrik semula jadi yang berupaya membantu mengekalkan kelem...
Limau purut, serai dan halia penawar pelbagai masalah kesihatan

Limau purut
 
Pokok dengan nama saintifik Citrushystrix ini mengandungi asid sitrik semula jadi yang berupaya membantu mengekalkan kelembapan kulit, merawat luka dan lebam. 

Ia berkhasiat merangsang perjalanan darah dan melegakan gigitan serangga berbisa. Ia juga berupaya membunuh dan menanggalkan pacat yang melekat pada kulit. 

Limau purut mengandungi jus berkhasiat untuk memelihara kecantikan rambut. Dengan menggosok jus limau purut pada kulit kepala, anda mampu memiliki rambut berkilat dan bebas kelemumur. 

Buah ini juga dikatakan antara ramuan pencegah barah, manakala ekstrak pati minyaknya memenuhi keperluan aromaterapi dan nutraseukal. 

Jika sesak nafas, sapukan pati minyaknya pada dada, tengkuk dan belakang badan sehingga anda boleh bernafas seperti biasa. Daun yang ditumbuk halus apabila dicampurkan bersama garam, membantu menyelesaikan masalah kekuningan pada gigi.



Serai 

Disebut Cymbopogon ciatrus dalam bahasa latin, tumbuhan ini adalah genus yang mengandungi kira-kira 55 spesies rumput. Serai hidup subur dalam cuaca panas dengan ketinggian dua hingga empat meter. Penyedap makanan ini juga memiliki kandungan zat antimikroba dan antibakteria. 

Kandungan itu mengubati jangkitan kuman pada perut, usus, saluran najis dan luka, malahan penawar kepada jangkitan kulit, keracunan makanan selain diyakini dapat menghilangkan bau badan. 

Kajian mendapati, setiap 100 gram air rebusan serai mengandungi lebih 24.205 mikrogram beta karotin yang dikenali sebagai salah satu komponen antioksidan kuat dalam mencegah barah. 

Daun serai pula mengandungi elemen citral yang mampu merangsang dalam menyingkirkan kolesterol berlebihan, asid urik, toksin serta lemak dalam badan. Mengambil serai dalam sajian menggalakkan peredaran darah ke seluruh anggota badan. 

Kelebihan lainnya adalah mengatasi lenguh dan kebas badan, selain berkhasiat sebagai diuretik, meredakan kekejangan otot dan antireumatik. 

Mereka yang batuk tidak berhenti pula boleh mengamalkan minum air rebusan serai untuk mengurangkan gejala itu. 

Serai memberi manfaat besar bagi ibu selepas bersalin dan sedang berpantang. Ia berkesan untuk membuang lemak yang banyak terkumpul sewaktu hamil, mengurangkan kolesterol, membuang toksik, membersihkan buah pinggang dan merawat selulit. 

Bagi ibu yang sering sakit kepala akibat ubat bius ketika pembedahan, serai antara penawar boleh mengatasi masalah itu. 


Halia 

Dikenali dengan nama botani Zingiber officinale Roscoe. Ia dipercayai berasal dari China sebelum ditemui dan digunakan secara meluas di India, Asia Tenggara, Afrika Barat termasuk kepulauan Caribbean. Kini, India, China, Nigeria, Australia dan Thailand antara negara pengeluar utama. 

Bersifat panas dan lembap, halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik. 

Semua khasiat itu membantu mengeluarkan angin dalam badan, penawar muntah, cirit-birit dan sakit perut. 

Halia menghangatkan badan, melegakan pedih hati akibat terlalu lama berada dalam pendingin hawa di samping membantu penghadaman makanan. 

Berkesan merawat sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, asma, sakit perut, reumatik dan keracunan makan laut, khususnya udang. 

Halia juga melegakan sakit pinggang, lemah urat saraf, mabuk kenderaan, kekejangan, batuk kering bahkan meningkatkan kekuatan seks. Bagi wanita sedang haid, minum air halia berupaya menyingkirkan bau hamis darah haid. 

Bahkan, menerusi penyelidikan dilakukan sekumpulan penyelidik Universiti Michigan yang kemudian merekodkannya dalam American Association of Cancer Research, halia berkesan membunuh sel barah
.

About Author

Advertisement

Post a Comment Blogger

 
Top