Wednesday 12 November 2014

Kapsul Buah Tunjuk Langit

Kapsul Buah Tunjuk Langit

Buah Tunjuk Langit (Swietenia Macrophylla atau Mahogany) juga dikenali sebagai Sky-fruit. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang banyak di tanam di Asia Tenggara. Tumbuhan ini sebenarnya berasal dari Amerika Selatan.


Khasiat Buah Tunjuk Langit ialah sebagai:

  1. Anemia
  2. Tekanan darah tinggi
  3. Menyembuhkan luka
  4. Penyakit kulit
  5. Kencing manis
  6. Melancarkan aliran darah
  7. Anti kanser
  8. Meningkatkan Keinginan seks
  9. Menguatkan sistem imunisasi
  10. Merendahkan Paras Kolesterol dan lemak
Nutrient yang terdapat dalam Buah Tunjuk Langit seperti:
  1. Fiber
  2. Protein
  3. Saponins
  4. phytochemicals
  5. Flavonoids
  6. Vitamins
  7. Minerals
 kapsul halal keluaran syarikat Nashmir Capsule sdn bhd
Saya menggunakan kapsul halal keluaran syarikat Nashmir Capsule sdn bhd



Tunjuk langit ubat diabetes (Artikel Harian Metro 18/8/2014)

Buah tunjuk langit mempunyai banyak khasiat yang mampu menangani pelbagai penyakit, antaranya kencing manis kerana ia dapat menurunkan kadar gula dalam darah.


Selain itu, buah yang mempunyai 1,001 khasiat ini juga mampu membantu individu yang mempunyai masalah lebihan berat badan selain boleh menjadi penawar penyakit migrain. 


Mengandungi pelbagai jenis vitamin antaranya vitamin A, B6 dan B selain protein, kalsium dan magnesium, buah ini yang juga membantu menangani masalah gout, sakit sendi, darah tinggi, melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan kecergasan badan. 


Buah ini mendapat perhatian dunia sejak akhir-akhir ini selepas banyak kajian bioteknologi dijalankan berjaya menemukan pelbagai kebaikannya.


Pakar saintis bioteknologi berpendapat, biji buah ini mengandungi banyak khasiat semula jadi yang boleh dijadikan penawar bagi membantu dan meningkatkan sistem peredaran darah dalam tubuh manusia.


Tumbuhan liar ini berasal daripada jenis pokok Meliaceae (keluarga pokok mahogani atau mahoni) yang tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang mempunyai suhu kering dan lembap terutama di Amerika Selatan, India Barat, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia. 

No comments:

Post a Comment