Wednesday 31 December 2014

13 Kesilapan Dalam Mendidik Dan Memelihara Anak-Anak


1. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak dan terlalu memfokuskan
anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan
mereka.

2. Menegur anak secara negatif
Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak
(terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak
lain atau anak orang lain.

3. Memberi didikan yang tidak seimbang
Tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda
(intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda (misalnya
sains, matematik) dari pendidikan rohani (keagamaan).

4. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak.
Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium
mereka.

5. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. 
Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati
kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau
berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

6. Susunan rumahtangga yang tidak kemas. 
Ini mengakibatkan anak anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

7. Kurang menghidupkan sunnah di rumah 
seperti memberi salam, makan bersama, solat berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

8. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak anak.
Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu
sunnah.

9. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak
mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah,
kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

10. Bertengkar di depan anak-anak. 
Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

11. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam
rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak,
kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang
masih membesar.

12. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada
dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana
kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik
seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati
syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

13. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak anak.
Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak tentang anak-anak
ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha
memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

No comments:

Post a Comment