Thursday 18 December 2014

Makan Untuk Sihat Dan Bijak

gizi makanan seimbang

1)KARBOHIDRAT
Membekalkan tenaga kepada seluruh badan termasuk otak. Sumbernya ialah nasi, roti, sayur - sayuran, madu, gula, buah-buahan seperti kentang, keledek, pisang dan lain-lain.
 
2)PROTEIN
Ia punca untuk kesihatan otak. Berperanan membentuk dan mengantikan sel-sel yang rosak. Sumbernya ialah susu, daging, ikan, telur, kekacang, tauhu, keju, kacang pis dan lain-lain.
 
3)LEMAK
Membekalkan tenaga kepada badan. Sumbernya ialah mentega, minyak makan, marjerin, lemak binatang dan tumbuhan.
 
4)AIR
Merupakan komponen utama semua benda hidup. Air berfungsi mengeluarkan kekotoran, membersih dan mengalirkan darah serta zat makan ke seluruh badan. Seterusnya mengekalkan kesihatan otak. Kita mudah dihinggapi penyakit, gangguan emosi dan gangguan sistem pencernaan sekiranya kekurangan air. Seelok-eloknya minumlah air (masak/putih) sebanyak 8 gelas sehari. Sebelum tidur, cukupkan bilangan air yang perlu diminum.
 
5)MINERAL
Untuk aktiviti saraf di mana otak merupakan teraju utamanya. Sumbernya ialah telur, susu, sayur - sayuran, limpa, hati, ulam-ulam dan makanan laut seperti udang.
 
6)VITAMIN
Semua vitamin A,B,C,D,E dan K diperlukan.

Vitamin A
Menguatkan deria penglihatan dan pendengaran, menguatkan tenaga dan urat saraf serta melicinkan pernafasan. Sumbernya ialah susu, kuning telur, sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan ikan.

Vitamin B
Membantu pembakaran makanan yang lebih efektif untuk kesihatan badan. Sumbernya ialah sayur-sayuran, bijirin, telur, hati, yis, buah-buahan segar, beras dan kacang.

Vitamin C
Penguat sistem ketahanan badan, meningkatkan kesihatan mata dan kulit, meninggikan daya tumpuan seterusnya mengurangkan khayalan semasa proses pembelajaran. Sumbernya ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.
 
7)SERAT
Melancarkan sistem pencernaan dan pembuangan najis. Gangguan pada sistem pencernaan menyebabkan kehilangan daya tumpuan, kelemahan fikiran dan gangguan perasaan. Kesemua ini menjejaskan potensi otak dan ingatan. Sumber makanan berserat ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.

 
ZAT-ZAT MAKANAN UNTUK MENGUATKAN INGATAN

Choline ialah sejenis asid amino. Boleh diperolehi dari kacang soya, bunga kobis, kacang pistachios daging, ikan dan telur. 

Lesithin didapati dari telur merah, kacang soya dan organ otak binatang terutama otak ayam.  

Vitamin E terdapat dalam hati, telur ayam, betik, sayuran hijau, sayur taugeh, minyak kelapa sawit dan bijirin seperti jagung, beras, tepung gandum (wholemeal).

Asid Glutamik terdapat dalam kacang soya. 

Kalium Fosfat, Magnesium Fosfat dan Silika boleh diperolehi dengan menggunakan ubat-ubatan dari sistem perubatan biokimia.

No comments:

Post a Comment