Tuesday 30 December 2014

Penjagaan Urat Saraf


Untuk memelihara prestasi akal supaya tidak berkurangan dan melemah, kita harus benar-benar menjaga kesihatan urat saraf. Urat saraf yang lemah menyebabkan akal fikiran turut menjadi lemah dan buntu. 

Kesihatan urat saraf pada tahap yang terlalu lemah dan kronik menyebabkan seseorang akan hilang akal atau kewarasan. Kelemahan urat saraf menyebabkan kelemahan akal fikiran dan kebinasaan urat saraf menyebabkan kebinasaan akal fikiran.

Berikut adalah panduan penjagaan urat saraf :-
  1. Kurangkan meminum kopi dan teh. Kopi tidak bagus untuk saraf. Meminum kopi secara berlebihan menimbulkan ketegangan saraf, darah gemuruh, sukar tidur, jantung berdebar-debar, membuang air kecil dengan berlebihan, merosakkan buah pinggang, mempercepatkan penuaan, gastrik, darah tinggi, peluh yang berlebihan dan sebagainya. Teh juga mengangu fungsi sistem saraf. Tukarkan minuman kepada susu.
  2. Tidur mencukupi.
  3. Elakkan tidur yang berlebihan.
  4. Elakkan tidur selepas Subuh dan Asar.
  5. Penjagaan makanan : Amalkan pemakanan seimbang, berzat dan berjadual. Makanlah secara sederhana iaitu tidak terlalu kenyang atau tidak terlalu lapar.
  6. Rehat apabila badan memerlukan. Jangan melakukan sesuatu pekerjaan fizikal/mental secara berlebihan. Sekiranya badan atau fikiran terasa letih sewaktu bekerja atau membaca, berilah sedikit kerehatan padanya.
  7. Elakkan ketegangan fikiran, sedih, terlarut-larut dengan emosi dalam tempoh yang lama. Ikhtiarkan untuk memulihkan kedamaian jiwa dengan sentiasa berwudhu', membaca Al-Quran, berzikir, berpuasa dan bersolat sunat, membaca buku-buku agama atau berjumpalah dengan seseorang yang boleh menenangkan anda.
  8. Kurangkan memakan makanan yang mengandungi bahan pengawet, bahan perasa, pewarna dan ubat tahan seperti makanan ringan, minuman bergas atau sebagainya.
  9. Jangan onani.
  10. Jangan Melakukan persetubuhan yang terlalu kerap.
  11. Mandi dengan air hangat.
  12. Banyak minum air oren, lemon atau segala jenis limau.
  13. Makan tomato secara mentah.
  14. Kunyah dua atau tiga ulas bawang putih pada setiap pagi.
  15. Makan telur separuh masak yang dicampur dengan madu dan beberapa biji buah badam pada setiap malam.

No comments:

Post a Comment