Syarikat telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak 15/04/2013 dengan nama "DLFCRO ENTERPRISE" (JM0653798-P) bagi menjalankan perniagaan secara online. Jangan lupa like Facebook "HERBA 100% ASLI"
 

ShahKB ShahKB Author
Title: Khasiat Ayat "Bismillah"
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
Fadilatnya:- 1. Baca 786 kali setiap hari, selama 7 hari berikutan, maka dapat berhasil. Maksudnya, untuk menarik kebaikan atau menola...

Fadilatnya:-

1. Baca 786 kali setiap hari, selama 7 hari berikutan, maka dapat berhasil. Maksudnya, untuk menarik kebaikan atau menolak kejahatan, atau mempercepat laku barang perniagaan.

2. Apabila dibaca 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.

3. Barangsiapa terlupa membaca Bismillah pada permulaan makan atau minum, ia hendaklah membaca :- “ Bismillahi awwalahu wa a’khirah” supaya syaitan memuntahkan makanan yang dimakannya.

4. Barangsiapa membaca Bismillah sebanyak 100 kali berturut-turut selama seminggu, ia membaca pada apa penyakit ataupun orang yang kena sihir, nescaya sembuh dari sihir dan penyakit.

5. Barangsiapa membaca Bismillah 313 kali ketika terbit matahari pada hari Ahad, dengan mengadap Kiblat, nescaya Allah SWT mengurniakan rezeki yang banyak kepadanya.

6.Sesiapa yang ingin supaya orang yang benci kepadanya bertukar menjadi orang yang sayang kepadanya, baca Bismillah pada satu gelas air 786 kali, kemudian diberi minum pada orang yang dikehendaki, insyaAllah berubah hatinya. Awas!! Lakukan pada perkara yang mendapat keredhaan Allah SWT sahaja.

7.Sesiapa yang akan pergi mengadap orang yang zalim atau ketika berhadapan dengannya, bacalah Bismillah 50 kali, insyaAllah hatinya yang keras akan berubah bila berhadapan dengan kita. 

8.Barangsiapa mengucapkan BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIIM dan LAA HAULA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL ALIYYIL ADZHIIM, Allah SWT lepaskan dia dari 70 pintu bala dan kesukaran, dukacita dan kesakitan.

9.Barangsiapa ingin dipelihara oleh Allah SWT dari seksaan Neraka Zabbaniah, maka hendaklah dia mengucapkan BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIIM, kerana Allah SWT menjadikan tiap-tiap huruf Bismillah itu sebagai perisai.

10.Jin suka memakai barang-barang kepunyaan manusia dan pakaian mereka. Oleh itu, setiap kali mengambil atau menyimpan barang-barang kita, ucapkanlah BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIIM agar barang-barang kepunyaan kita terjaga daripada jin dan syaitan.

11.Apabila engkau berwuduk, ucapkanlah Bismillah kerana malaikat penjagamu tidak akan berhenti menuliskan kebajikan bagimu sehingga engkau selesai.

12.Baca 760 kali dan hembus kepada air minuman. Air tersebut di beri minum kepada anak-anak dengan disertakan niat untuk terang hati, baik akhlak dan sebagainya.

About Author

Advertisement

Post a Comment Blogger

 
Top