Syarikat telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak 15/04/2013 dengan nama "DLFCRO ENTERPRISE" (JM0653798-P) bagi menjalankan perniagaan secara online. Jangan lupa like Facebook "HERBA 100% ASLI"
 

ShahKB ShahKB Author
Title: Petua Memilih Kawan
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
Bergaul dengan orang cerdas menyebabkan anda jadi cerdas. Bergaul dengan orang yang berani menyebabkan anda jadi berani. Kalau bergau...

Bergaul dengan orang cerdas menyebabkan anda jadi cerdas. Bergaul dengan orang yang berani menyebabkan anda jadi berani. Kalau bergaul dengan orang yang berjiwa besar, jiwa anda jadi besar. Kalau bergaul dengan jutawan, timbul keinginan untuk berusaha menjadi kaya.

Kerana itulah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Kalau anda bergaul dengan penjual minyak wangi, badan anda akan harum dan sebaliknya jika bergaul dengan tukang besi". 

Demikian juga formula Imam Syafie, "Ada tiga perkara yang boleh mencerdaskan mental; selalu berdamping dengan ulama, bergaul dengan orang-orang soleh dan meninggalkan perkataan yang sia-sia."

Abdullah bin Mas'ud mengatakan, "Ada empat perkara yang menggelapkan hati; perut yang selalu kenyang, bergaul dengan orang yang berbuat dosa, tidak insaf dengan dosa-dosa lalu dan panjang angan-angan." 

Kalau anda mengenali orang yang pintar dan baik akhlaknya, jangan lepaskan kesempatan untuk berkawan dengannya.

About Author

Advertisement

Post a Comment Blogger

 
Top