Saturday 7 February 2015

Kata Motivasi Diri


Manusia mempunyai kuasa untuk memilih, kuasa untuk bertindak dan kuasa untuk mengubah.
Jalani hidup dengan imaginasi anda dan bukannya pengalaman lampau.


Kuasai pikiranmu, kamu akan dapat melakukan apapun
yang kamu inginkan dengan pikiran tersebut
(Plato)

Anda dapat mengubah , siapa Anda
dengan mengubah apa yang masuk dalam pikiran Anda


 “Manusia adalah kejadian yang sempurna tetapi
apa yang manusia lakukan selalunya
yang kurang sempurna.”

“Kelemahan utama manusia bukanlah kerana ia tidak mendapat atau tidak memperoleh apa yang belum dapat dipunyainya tetapi adalah kerana kegagalannya menggunakan apa yang dipunyainya.”

“Tidak penting apa yang orang lain fikirkan tentang diri kita tetapi  apa yang lebih penting ialah apa  yang kita fikirkan tentang  diri kita dan orang lain.”

“Setelah kita mengenali diri kita sendiri, kita akan menyedari bahawa kejayaan adalah hak mutlak kita.”

“Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah yang pertama. Oleh itu, kenalilah diri anda sebelum anda mengenali orang lain.”


“Lebih baik kita tahu apa yang kita tak tahu daripada kita tak tahu apa yang kita tahu.”

“Jangan takut kepada kegagalan kerana apa yang paling ditakuti ialah anda tidak mempunyai cita-cita untuk mencuba.”

“Kenal pasti kelemahan diri anda dan bertindak mulai sekarang.”

“Langkah pertama untuk menuju kecemerlangan adalah dengan mempunyai sikap yang betul terhadap diri sendiri.”

“Setiap label yang kita berikan pada diri kita akan mempengaruhi perlakuan dan prestasi kita.”


“Sebagai seorang insan, kita tidak boleh gagal dalam hidup ini kerana kita dicipta bukan untuk gagal.”

“Setelah kita mengenali diri kita sendiri, kita akan menyedari bahawa kejayaan adalah hak mutlak kita.”

 “Kunci kepada kejayaan adalah dengan mengenali diri sendiri.”

“Jika mahu menjadi manusia yang berjaya, jangan sekali-kali memikirkan tentang kegagalan.”

“Kegagalan itu hanyalah kekalahan sementara tetapi kekecewaan adalah kegagalan yang berkekalan.”

“Jangan takut kepada matlamat yang gagal dicapai kerana yang paling ditakuti ialah tiada matlamat untuk dicapai.”

No comments:

Post a Comment