Saturday 7 February 2015

Tidur Dengan Perut Lapar?


Biasanya orang yang sedang berdiet akan menghindari makan malam..Takut gemuk katanya. Tetapi apakah anda boleh tidur nyenyak dengan membiarkan perut berkeroncong minta di isi?

Tidak elok jika Anda membiarkan perut kelaparan semasa tidur kerana ini akan mengganggu waktu tidur. Anda juga mungkin sukar untuk tidur dengan keadaan perut yang lapar. 

Menurut seorang pakar pemakanan Stephanie Clarke, belum ada kepastian apakah itu baik atau buruk, semua itu bergantung kepada kebiasaan setiap orang dan tujuan kesihatan yang ingin di capai. Namun betulkah makan malam sebelum tidur boleh membuat berat badan naik dan dengan cara tidak makan Anda akan jadi lebih kurus? 

Menurut popsugar.com, makan pada malam hari tidak akan membuat Anda gemuk, jika Anda tidak mengonsumsi makanan melebihi keperluan kalori harian Anda. 

Pemilihan makanan perlu diperhatikan sebelum mulai makan malam. 

Karbohidrat merupakan makanan yang mudah membuat perut kenyang sekaligus mampu membuat mata mengantuk dengan cepat dan tidur lebih nyenyak. Namun pengambilan karbohidrat di malam hari juga menjadi punca kegemukan. 

Justeru untuk mengatasi perut lapar, anda boleh makan makanan tinggi karbohidrat seperti nasi sebelum jam 7 malam.

Pilih makanan yang kaya dengan protein dan serat seperti kacang-kacangan atau roti. Boleh juga makan buah-buahan. Jadi, tidak ada alasan untuk menghindari makan malam semata-mata untuk menjadi kurus.

No comments:

Post a Comment