Saturday 27 June 2015

John F. Nash ‘Beautiful Mind’ mati dalam kemalangan

John F. Nash
 Namanya terkenal kerana filem hit  Beautiful Mind lakonan Russell Crowe.

John F. Nash Jr. merupakan seorang ahli matematik yang pernah memenangi Hadiah Nobel pada tahun 1994,  terbunuh bersama-sama dengan isterinya, dalam kemalangan teksi pada hari Sabtu di New Jersey. Beliau berumur 86 tahun.

John F. Nash ‘Beautiful Mind’ mati dalam kemalangan


John Nash dan isterinya, Alicia, 82, berada dalam teksi di New Jersey Turnpike di Monroe Township sekitar 4:30 apabila pemandu teksi hilang kawalan dan berlanggar dengan kereta lain.

Pasangan itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Polis negeri berkata, ia kelihatan bahawa mereka tidak memakai tali pinggang keselamatan semasa kemalangan. Pemandu teksi dan pemandu kereta yang lain dirawat kerana kecederaan. Tiada unsur jenayah dalam kejadian tersebut.

John F. Nash Jr minggu lalu berada di Oslo, Norway, di mana beliau telah di anugerahkan Hadiah Abel daripada kerajaan Norway. dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari lapangan terbang selepas menerima Hadiah Abel dari Akademi Sains Norway.

Dr. Nash secara meluas dianggap sebagai salah satu daripada ahli matematik terbesar abad ke-20, terkenal dengan keaslian pemikiran dan keberanian dalam menyelesaikan masalah sukar yang tidak mampu di selesaikan oleh orang lain. 

Russell Crowe, yang melakonkan watak Dr. Nash dalam 2001 adaptasi filem "A Beautiful Mind," di laporkan di status Twitternya bahawa beliau "terkejut" dengan berita kematian ini. katanya. "Minda yang indah, hati yang indah."


Russell Crowe sebagai Dr. Nash dalam "A Beautiful Mind"

No comments:

Post a Comment