Tuesday 30 June 2015

MAHKOTA DEWA – CIRI-CIRI TANAMAN SERTA KHASIAT


CIRI-CIRI TANAMAN MAHKOTA DEWA

BATANG
Ciri batang tanaman mahkota dewa: Batang berkayu, tegak, warna coklat, tinggi 1 - 2.5 m. 
DAUN Daun tunggal, bertangkai pendek, tersusun berhadapan (folia oposita), warna hijau tua, panjang 7 - 10 cm, lebar 2 - 2.5 cm, helaian daun tipis, hujung dan pangkal runcing, tepi rata, pertulangan menyirip (pinnate), permukaan licin, muncul di sepanjang batang, bertangkai pendek, mahkota berbentuk tabung (tubulosus).
BUNGA Bunga mahkota dewa berwarna putih dan berbau harum. Bunga tersebut bersaiz kecil menyerupai bunga cengkih.
BUAH dan BIJI Buah mahkota dewa terdiri daripada kulit, isi dan biji. Buah berbentuk bulat, diameter 3-5cm, permukaan licin, beralur, ketika muda warnanya hijau dan merah setelah masak. Isi buah berwarna putih, berserabut dan berair. Cangkang buah merupakan kulit dari biji yang juga termasuk bahagian yang sering di manfaatkan sebagai ubat, Biji merupakan bahagian tanaman paling beracun, Bentuknya bulat dan keras, berdiameter sekitar 1cm & berwarna coklat, bahagian dalam berwarna putih. 
AKAR Akar tunggal dan berwarna kuning kecoklatan. 
MAHKOTA DEWA

MAHKOTA DEWA

DESKRIPSI TANAMAN MAHKOTA DEWA
Tanaman atau pohon mahkota dewa seringkali ditanam sebagai tanaman peneduh, Mahkota dewa dikenali sebagai tanaman yang boleh mengubati banyak penyakit berat. 
Tanaman ini digunakan sebagai tanaman hiasan, namun kini menjadi tanaman ubat yang sangat terkenal. 
TANAMAN MAHKOTA DEWA
Tanaman mahkota dewa ditanam pada dataran rendah dan maksimum ketinggian 1200 meter dari dasar laut. Tanah yang digunakan adalah tanah dengan baja semula jadi.  Baja kimia tidak digalakkan. Lubang tanam digali sepanjang 30 cm meter dan dibiarkan terbuka selama seminggu. Penanaman boleh menggunakan biji maupun secara cantuman dari batang pohon. Biji di perolehi dari biiji buah itu sendiri, tetapi penanaman secara cantuman membuatkan ia lebih cepat berbuah.
Penanaman mahkota dewa tidak bergantung kepada musim, dapat ditanam bila-bila masa. Setelah ditanam, hal yang harus dilakukan adalah menyiram, membaja, dan merumput. Menyiram dilakukan secara kerap kerana penyerapan air mahkota dewa adalah tinggi. 
Warna merah terang dan bau manis seperti gula pasir menandakan buah mahkota dewa sedia untuk dipetik. 
Iklan Bergambar
daun cina maki

KOMPOSISI MAHKOTA DEWA

Buah mahkota dewa mengandung beberapa zat aktif seperti:
  • Alkaloid, bersifat detoksifikasi yang dapat meneutralisasi racun di dalam tubuh
  • Polifenol yang berfungsi sebagai anti histamin (antialergi)
  • Saponin, yang bermanfaat sebagai: sumber anti bakteria dan anti virus, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, meningkatkan daya hidup, mengurangkan kadar gula dalam darah, mengurangkan pembekuan darah.
  • Flavonoid yang berguna untuk:
    • melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya pembuluh darah tersumbat
    • mengurangkan kandungan kolesterol serta mengurangkan pengumpulan lemak pada dinding pembuluh darah
    • mengurangkan kadar risiko penyakit jantung koroner
    • mengandung anti inflamasi (antiradang)
    • berfungsi sebagai anti-oksidan
    • membantu mengurangkan rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan

KHASIAT DAN MANFAAT MAHKOTA DEWA

Sifat dan Khasiat Mahkota Dewa
  • Kulit Buah dan isi Buah berkhasiat untuk mengubati disentri (cirit berdarah), psoriasis & jerawat.
  • Daun dan Biji berkhasiat mengubati pelbagai jenis sakit kulit seperti ekzim & gatal2.
  • Buah berkhasiat sebagai antitumor, antidisentri, antiinsekta, mengubati eksim, hepatotoksik & antibodi.
Nota: Buah mahkota dewa jangan dimakan pada saat haid kerana akan memburukkan lagi pendarahan. 
Wanita yang hamil dilarang mengambil mahkota dewa. 

Iklan Bergambar

KLASIFIKASI ILMIAH TANAMAN MAHKOTA DEWA

Kingdom (Dunia / Kerajaan):Plantae (Tumbuhan)
Subkingdom:Tracheobionta (Tumbuhan berpembuluh)
Super bahagian:Spermatophyta (Menghasilkan biji)
Divisio (Pembahagian):Magnoliophyta (Tumbuhan berbunga)
Classis (Kelas):Magnoliopsida (berkeping dua / dikotil)
Sub Kelas:Rosidae
Aliran (Bangsa):Myrtales
Familia (Suku):Thymelaeaceae
Genus (Marga):Phaleria
Species (Jenis):Phaleria macrocarpa (Scheff) Boerl.
NAMA-NAMA LAIN MAHKOTA DEWA
Sinonim: Phaleria papuana
Nama Latin Mahkota Dewa: Phaleria macrocarpa (Scheff) Boerl.
Nama Tempatan: Makuto Rojo, Makuto Ratu, Obat Dewa, Pau (Obat Pusaka), Crown of God, Boh Anggota Dewan, Simalakama (bahasa melayu)
Boleh copy-paste info ini dengan kredit kepada kolagenlaut.blogspot.com

No comments:

Post a Comment