Syarikat telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak 15/04/2013 dengan nama "DLFCRO ENTERPRISE" (JM0653798-P) bagi menjalankan perniagaan secara online. Jangan lupa like Facebook "HERBA 100% ASLI"
 

ShahKB ShahKB Author
Title: Manfaat Daun Betik Sebagai Rawatan Alternatif
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
Betik merupakan tumbuhan yang berasal dari benua Amerika iaitu dari Mexico .  Betik mempunyai nama latin Carica papaya termasuk dalam kelua...
Betik merupakan tumbuhan yang berasal dari benua Amerika iaitu dari MexicoBetik mempunyai nama latin Carica papaya termasuk dalam keluarga Caricaceae. Selain dimakan begitu sahaja, betik yang masih muda biasa dimasak sebagai tumis.


Manfaat Daun Betik

Begitu juga dengan daun betik, sering dijadikan sebagai sayur ulam cicah sambal. Namun, manfaat daun betik bukan hanya sebatas sayur ulam peneman nasi. Sejak zaman dahulu kala daun betik sudah dijadikan ubat tradisional yang mampu mengatasi pelbagai penyakit. Beberapa penyakit yang boleh dirawat dengan ramuan daun betik antara lain cacingan, malnutrisi pada bayi, demam berdarah, dan kesakitan haid.Bahkan menurut kajian terbaru daun betik juga mampu menghalang pertumbuhan sel kanser. Selain daun, akar dan getah pokok betik juga kerap dijadikan ubat. Bahkan biji buah betik boleh juga dijadikan ubat untuk mengatasi cacingan. Sementara bunganya sering dimasak sebagai tumis.

Kandungan Nutrisi Daun Pepaya

Daun Pepaya
Daun pepaya mengandungi pelbagai macam bahan, antara lain Vitamin A 18250 SI, Vitamin B1 0,15 mg, Vitamin C 140 mg, Kalori 79 kal, Protein 8.0 gram, Lemak 2 gram, Hidrat Arang 11.9 gram, Kalsium 353 mg , fosforus 63 mg, Besi 0.8 mg, Air 75,4 gram. Kandungan carposide pada daun pepaya berkhasiat sebagai ubat cacing. Disamping pada daunnya, akar dan getah betik juga mengandungi zat papayotin, karpain, kautsyuk, karposit dan vitamin.


Manfaat Daun Betik untuk Kesihatan


Merawat Demam Berdarah
Demam berdarah boleh diatasi dengan menggunakan daun betik. Caranya ambil 5 helai daun 
betik atau secukupnya saja kemudian direbus dengan 3 gelas air hingga tinggal 1 gelas sahaja. Air rebusan daun betik tersebut diminum. Sebaiknya jangan berlebihan dalam mengkomsumsi daun pepaya ini kecuali jika sudah dalam tahap membimbangkan.

Meningkatkan Nafsu Makan Untuk meningkatkan nafsu makan, siapkan daun betik segar seukuran telapak tangan, sedikit garam, dan air panas setengah cawan. Semua bahan dicampur, ditumbuk atau di blender, kemudian di saring untuk diambil airnya kemudian diminum. Ramuan ini selamat, bahkan untuk anak-anak sekalipun. 

Merawat Sakit Haid Campuran daun betik dan asam jawa, cukup berkesan dalam mengatasi rasa sakit akibat datang bulan. Caranya, sediakan 1 helai daun betik, asam jawa, garam secukup rasa dan air dicampurkan dan direbus hingga matang. Untuk khasiat yang lebih baik sebaiknya diminum semasa masih hangat. 

Melancarkan Penghadaman Kandungan dalam daun pepaya yang dinamakan karpain sangat baik untuk saluran pencernaan kita kerana karpainlah yang membantu membunuh micro organisma yang mengganggu dalam pencernaan kita. Caranya dengan mengambil daun pepaya sebagai teman makan nasi atau sbg sayur ulam. 

Masker Anti Jerawat Selain bermanfaat bagi kesihatan, daun betik juga berkhasiat untuk kecantikan terutama dalam menghilangkan jerawat. Cara menggunakannya, daun betik di keringkan terlebih dahulu, kemudian dihancurkan dan dicampur dengan air. kemudian diusapkan ke wajah seperti masker pada umumnya. 

Sebatian Anti Kanser Dari beberapa kajian dijelaskan, batang dan daun betik mengandungi banyak getah putih seperti susu (white milky latex) , yang berpeluang dibangunkan sebagai anti-kanser, sebagaimana dikutip dari Journal Society of Biology. Getah ini automatik diperolehi semasa kita mengambil daun betik. 

Mengubati Sakit Perut Kanak-Kanak Bagi para ibu yang mempunyai anak kecil sakit kembung perut, boleh dirawat dengan menggunakan ramuan daun betik. Caranya sediakan 2 helai daun betik, 3 tangkai daun dadap serep, kapur sirih secukupnya. Semua bahan tersebut ditumbuk bersama hingga halus. Gunakan sebagai bedak dan disapu pada perut kanak-kanak kecil yang sakit.

Kekurangan Pemakanan Daun betik kaya dengan vitamin dan mineral. Jika kanak-kanak kecil mengalami kekurangan nutrisi, gunakan daun betik untuk mengatasinya. Siapkan 1 helai daun betik, cuci bersih kemudian direbus dengan 1.5 gelas air hingga mendidih, saring untuk diambil airnya. Lalu diminumkan pada kanak-kanak kecil dua sudu makan setiap hari. 

Manfaat lain Selain beberapa manfaat diatas, daun betik juga boleh digunakan untuk melembutkan daging. Jika anda ingin memasak daging, agar empuk. rebus daging bersama dengan daun betik. Tapi jangan terlalu banyak kerana rasanya akan menjadi pahit. 

itulah beberapa manfaat dari daun pepaya

About Author

Advertisement

Post a Comment Blogger

 
Top