Syarikat telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak 15/04/2013 dengan nama "DLFCRO ENTERPRISE" (JM0653798-P) bagi menjalankan perniagaan secara online. Jangan lupa like Facebook "HERBA 100% ASLI"
 

ShahKB ShahKB Author
Title: Antara Sedekah Dan Rezeki
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
Baca kisah ini dan jadikan sebagai teladan Saya tinggal di sebuah kampung, majoriti penduduk di sana bekerja sebagai petani, begitu ju...
Antara Sedekah Dan Rezeki

Baca kisah ini dan jadikan sebagai teladan

Saya tinggal di sebuah kampung, majoriti penduduk di sana bekerja sebagai petani, begitu juga dengan orang tua saya. Setelah lulus pengajian dalam bidang penerbangan, saya bingung mau kerja apa. Saya sudah memohon banyak pekerjaan ke banyak syarikat tapi tak satu pun yang berhasil.

Saya memiliki hobi gardening, saya suka menanam bunga. Dari hobi itu, saya menanam bunga melati di halaman rumah sebagai pengharum semulajadi di laman rumah dan inilah rupanya mula-mula Allah SWT membuka jalan usaha dan pintu rezeki saya.

Salah seorang tetangga saya seorang pendandan pengantin, dari tetangga inilah saya melihat satu peluang.  Saya disarankan belajar membuat gubahan bunga melati. Akhirnya orang tua saya mengizinkan saya menanam bunga melati di sebidang tanah di sebelah rumah.  Tak banyak yang saya tanam, tidak lebih dari 100 pohon mengiringi usaha saya.

Saya berusaha memperbaiki diri dengan meningkatkan kualiti ibadah kepada Allah SWT. Dari hanya melakukan ibadat wajib, saya mulai hidupkan ibadat sunat. Solat  dhuha dan solat tahajud mulai saya jalankan dan tak lupa sedekah. Mulanya saya ragu-ragu untuk bersedekah kerana penghasilan saya yang tidak stabil. Namun keraguan tidak mengalahkan niat saya, saya harus mencuba! Di mana ada keinginan di situ ada jalan, begitu kata-kata bijak yang pernah saya dengar.

IKLAN BERGAMBAR

Niat saya untuk sedekah saya awali dengan membuat satu tabung yang saya letakkan di meja tidur. Fungsinya sebagai tabung sedekah. Setiap kali selesai solat subuh saya awali pagi hari dengan sedekah. 

Dari bunga melati yang tak lebih dari 100 pohon itu akhirnya memberikan pendapatan untuk keperluan seharian bersama kakak saya. Saya sudah tidak tinggal serumah dengan orang tua. Selain itu saya Alhamdulillah mampu membeli kereta baru tanpa hutang, hidup tanpa meminta dari orang tua dan banyak hal yang telah saya dapat dari hasil usaha bunga ini. Saat ini insyaAllah saya berencana membeli kebun sendiri, semoga Allah SWT meredai.

Orang tua dan keluarga saya tidak menyangka bahawa dari tanaman bunga di halaman rumah yang tak seberapa telah banyak membantu saya. Saya rasakan keberkatan rezeki yang luar biasa, hidup saya jadi tenang dan selalu merasa optimis kerana yakin bahawa Allah SWT menyertai setiap langkah saya.

Kini keresahan dan kebimbangan tidak saya rasakan lagi. Hidup saya jadi tenang dan damai. 

Sedekah tidak akan membuat kita miskin, itu janji Allah dan Allah tidak akan mengingkari janji-Nya. 

Sampai saat ini Alhamdulillah saya masih mampu bersedekah, keraguan saya kerana penghasilan tidak stabil dijawab Allah SWT dengan diberi kelancaran rezeki dan hidup menjadi indah.


About Author

Advertisement

Post a Comment Blogger

 
Top