Sunday 28 June 2015

Khasiat Buah Manggis

Manggis mempunyai nama latin Garcinia mangostana L dan termasuk ke dalam keluarga Clusiaceae. Buah manggis dikenali dengan sebutan Queen fruit atau ratunya buah dan yang menjadi rajanya adalah durian. 

Buah manggis memiliki isi berwarna putih. Rasanya sangat manis dan menyegarkan kerana mengandungi banyak air. Namun siapa sangka, bahagian paling bermanfaat dari buah manggis ialah kulit buahnya. ya, kebelakangan ini kulit buah manggis menjadi begitu popular kerana berdasarkan kajian mempunyai manfaat yang begitu besar untuk kesihatan.

Kulit Buah Manggis
Mengandungi Xamthone
Komponen aktif utama dari buah manggis disebut xanthones. Xanthone adalah sejenis sebatian polifenol yang baru ditemui yang secara biologi aktif dan secara strukturl mirip dengan bioflavanoids. Kompaun ini paling banyak ditemui hanya dalam dua keluarga tanaman. 200 jenis xhantones semulajadi yang setakat ini telah dikenal pasti. Kira-kira 40 jenis diantaranya telah dijumpai dalam buah manggis. Xanthone dan derivatif telah terbukti mempunyai beberapa manfaat, termasuk anti-radang dan anti-alergi. Ada juga komponen lain daripada buah manggis yang mempunyai kualiti ubat, termasuk polisakarida, sterol, proanthocyanidins dan catechin, sehingga baik dimakan untuk menjaga kesihatan fungsi tubuh. 


Rendah Kalori Selain mempunyai rasa yang lazat buah manggis juga rendah kalori. Sesuai digunakan bagi anda yang sedang berdiet untuk menurunkan berat badan. Terdapat 63 kalori per 100 gram buah manggis. Tidak mengandungi lemak tepu dan kolesterol. Selain itu, buah manggis juga boleh mencukupkan keperluan serat badan sebanyak 13 peratus bagi setiap 100 gramnya. 

Kaya Vitamin C Buah manggis dapat memenuhi keperluan vitamin C badan sebanyak 12 peratus bagi setiap 100 gram isi buahnya. Vitamin C merupakan vitamin larut air yang bekerja kuat sebagai antioksidan. Membantu meningkatkan daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit seperti, flu, jangkitan, hingga kanser. 

Vitamin B Kompleks Buah manggis juga mengandungi vitamin B kompleks seperti thiamin, niasin, dan folat. Vitamin ini bertindak sebagai kofaktor dalam memetabolismekan karbohidrat, protein, dan lemak.

Cara Membuat Jus Kulit Manggis

Caranya dengan mencuci bersih kulit buah manggis, kemudian di rebus dengan 4 gelas air. Masak hingga tinggal 2 gelas sahaja. Minumlah secara rutin 2-3 kali sehari. 

Boleh copy-paste info ini dengan kredit kepada kolagenlaut.blogspot.com

No comments:

Post a Comment