Syarikat telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak 15/04/2013 dengan nama "DLFCRO ENTERPRISE" (JM0653798-P) bagi menjalankan perniagaan secara online. Jangan lupa like Facebook "HERBA 100% ASLI"
 

ShahKB ShahKB Author
Title: Kumpulan Darah Yang Disukai Nyamuk
Author: ShahKB
Rating 5 of 5 Des:
Shahkb Online - Semasa berada di kebun atau hutan, Anda pasti akan merasa gatal-gatal kerana digigit nyamuk. Itulah alasan mengapa, rama...
Kumpulan Darah Yang Disukai Nyamuk

Shahkb Online - Semasa berada di kebun atau hutan, Anda pasti akan merasa gatal-gatal kerana digigit nyamuk. Itulah alasan mengapa, ramai orang membawa ubat nyamuk atau lotion pencegah nyamuk agar tetap selesa.

Tapi pernahkah Anda perasan, ada beberapa orang yang lebih digigit nyamuk daripada yang lainnya? Saat Anda bersama teman-teman Anda di kebun dan digigit nyamuk, akan ada orang yang lebih dan jarang digigit nyamuk. Bagaimana ini boleh berlaku?

Seperti dilaporkan dari womenshealthmag.com, penelitian menunjukkan bahawa penyebab utama mengapa beberapa orang lebih banyak mendapat gigitan serangga, terutama nyamuk adalah disebabkan oleh kumpulan darah mereka.

Kajian membuktikan bahawa nyamuk paling suka dengan kumpulan darah tertentu, terutama kumpulan darah O.

Apa mungkin kumpulan darah O terasa lebih manis bagi nyamuk atau seperti apa, masih belum diketahui apa hubungan kumpulan darah tertentu dengan kecenderungan gigitan nyamuk atau serangga. Kumpulan darah O sendiri merupakan kumpulan darah yang sangat banyak di dunia ini. 

Namun bukan hanya faktor kumpulan darah saja yang menarik perhatian nyamuk. Suhu tubuh seseorang dan sensitiviti kulit juga menjadi salah satu faktor mengapa seseorang selalu digigit nyamuk atau gigitan serangga lainnya. 

About Author

Advertisement

Post a Comment Blogger

 
Top